Monday, March 10, 2008

Sebuah Permulaan Bagi Satu Kebangkitan...


Sebuah Permulaan Bagi Satu Kebangkitan...

Apabila Piliharaya Umum ke-12 (PRU-12) di umumkan pada malam 8 Mac lalu, pelbagai kejutan telah berlaku di negara tumpah darah kita, MALAYSIA. Mungkinkah ini adalah lambang kebangkitan rakyat Malaysia atau mungkinkah ini satu gimik politik yang akan yang sentiasa memberi kejutan kepada negara Malaysia yang ‘kononnya’ mengamalkan demokrasi adil dan saksama?? Tiada siapa dapat menjawab persoalan ini dengan jelas, kerana Allah sentiasa mempunyai perancangannya yang sendiri.

Tetapi yakinlah kita bahawa setiap perkara yang ditakdirkan oleh Allah Ta’ala, mempunyai hikmah yang seringkali tak terjangkau akal fikiran kita sebagai hambaNYA yang lemah. Apabila kita toleh kembali kepada sejarah Umat Islam, adalah tidak mustahil ini adalah merupakan permulaan bagi kebangkitan kepada umat Islam di negara Malaysia selepas 50 tahun kemerdekaan negara. Dengan barisan parti yang memperjuangkan negara Islam iaitu Parti Islam Semelaysia (PAS) dan bersam parti-parti lain berjaya menamatkan penguasaan 2/3 kemenangan yang di pegang oleh kerajaan Barisan Nasional.

Walaupun Parti-parti pembangkang ini masih belum berjaya menawan negara, tetapi siapa jangka bahawa mereka berjaya mencipta kejayaan paling besar dalam sejarah PRU di Malaysia dengan menawan 5 negeri dan 2 daripadanya diperintah oleh barisan yang memperjuangkan negara Islam, PAS. Saya percaya dengan kebangkitan Islam di Iran, Palastine, dan Turki, Malaysia juga tidak terkecuali dengan gelombang ini. Seperti mana di Turki, yang mana pada suatu ketika dahulu, penjajah sangat yakin bahawa Islam tak akan kembali bertapak di negara itu, tetapi siapa jangka akan ada Yang lebih Berkuasa dalam menetukan perancangan alam semasta ini, dengan kejatuhan parti sekular di Turki kepada Parti Islam, yang kini dalam proses mengembalikan syiar Islam di negeri sekular tersebut.

Begitu juga dengan Malaysia, siapa yang jangka akan wujud kebangkitan di negara ini selepas 50 tahun kemerdekaan negara dan di bawah pemerintahan parti yang sama, di kala mana rakyat Islam di negara ini bagai lalai dengan segala pembangunan dan kemewahan yang ‘konon’ disajikan oleh kerajaan, dengan projek-projek mega yang di sajikan kepada rakyat dan puluhan perkembangan negara di tunjukkan kepada rakyat oleh media-media negara, di saat kerajaan bagaikan ‘doktor’ yang kononnya ingin merawat negeri kelantan milik Tuk Guru yang kononnya amat mundur bagai kedudukan terakhir di dunia, dan ALLAH MAHA KUASA.


Tuk Guru tenang dan tiada memohon sedikit pun akan simpati kepada Perdana Menteri Malaysia, tiada pohon pada siapa-siapa, tetapi Allah tempatnya bermunajat dan memohon, dengan penuh rendah diri mengimamkan puluhan ribu manusia mengharapkan hanya dari ALLAH Tuhan Sekalian Alam, tiada ragu dan tiada sangsi. Dan hasilnya adalah dengan kemenangan besar PAS di Kelantan dengan merampas bersama 4 negeri lain dan kejatuhan penguasaan 2/3 kerajaan Barisan Nasional, yang sebelum in dengan penuh bongkak untuk merawat negeri yang di pimpin oleh seorang Tuk Guru dan Ulamak pewaris Nabi-nabi.

Jika dilihat kepada kebangkitan Islam di dunia dengan Kemenangan parti Ak tidak senangi tentera Turki dan golongan Sekular yang kian mendapat kepercayaan oleh rakyat, di Palestin pula, sebelum bermulanya kerajaan campuran, Hamas memenangi hati rakyat dan mendapat mandat untuk mentadbir Palestin, dan kebangkitan kuasa besar Islam di Iran adalah merupakan kebangkitan Islam di Timur tengah dan Eropah, dan kejatuhan penguasaan 2/3 Barisan Nasional di Malaysia inilah merupakan kebangkitan Islam di Malaysia. Semoga Umat Islam di Malaysia tidak akan luntur dan terus berjuang demi menegakkan Islam di atas muka bumi ALLAH Ta’ala...... Amin.


0 comments:

Template by:
Free Blog Templates