Wednesday, April 23, 2008

Penawar Supaya Dapat Menjauhi Maksiat

Saturday, April 19, 2008

Doa menghadapi tekanan

Thursday, April 10, 2008

Kuliah Kitab MinyatulMusolli Dr. Haron Din (update)

Siri Kuliah MinyatulMusolli dari Dr.Haron Din

  1. MinyatulMusolli 1
  2. MinyatulMusolli 2
  3. MinyatulMusolli 3
  4. MinyatulMusolli 4
  5. MinyatulMusolli 5
  6. MinyatulMusolli 6
  7. MinyatulMusolli 7
  8. MinyatulMusolli 8
  9. MinyatulMusolli 9
  10. MinyatulMusolli 10
  11. MinyatulMusolli 11
  12. MinyatulMusolli 12
  13. MinyatulMusolli 13
  14. MinyatulMusolli 14

Siri Kuliah MunyatulMusolli

Sumber Darul Syifa

Tuesday, April 8, 2008

Ulasan Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din Tentang PRU12 Arau Perlis

Ulasan Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din Tentang PRU12 Arau Perlis
Tanggal: Wednesday, 02 April 2008
Topik:

Ulasan Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din Tentang Keputusan Pilihanraya Parlimen P3 Arau Perlis

Ketika diamanahkan untuk mengendalikan laman web Darussyifa’, webmaster diingatkan beberapa kali oleh Jawatankuasa Darussyifa’ supaya tidak menyiarkan berita politik kepartian di laman web ini. Ini kerana Darussyifa’ adalah sebuah NGO yang tidak terlibat dengan politik kepartian. Darussyifa’ menjadi tempat rawatan alternatif kepada semua golongan masyarakat sama ada orang-orang Islam dan juga bukan Islam. Menyiarkan berita politik kepartian sesetengahnya mungkin sensitif bila membacanya.

Bagaimanapun, apa yang webmaster ingin paparkan di sini pada kali ini bukan berita politik sebaliknya tentang pengajaran yang sangat besar boleh di ambil daripada ulasan oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din tentang penyertaannya dalam pilihan raya umum Malaysia ke-12 baru-baru ini.

Pada hari Isnin, 17hb. Mac 2008, sebelum memulakan kuliah pengubatan Islam, Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din memberikan ulasan ringkas tetapi padat tentang keputusan Pilihanraya Parlimen Arau yang ditandingi oleh beliau. Berikut adalah transkrip ucapan beliau;



Saudara dan saudari sekalian, selesai sudah cerita pilihan raya. Setelah pengumuman keputusan pilihanraya, saya menerima banyak SMS, saya anggarkan hampir 120 semuanya, yang paling ramai mengucapkan takziah serta perasaan dukacita dan sebagainya. Yang saya suka (sambil tersenyum), ada juga yang mengucapkan tahniah.



Apa yang saya ingin nyatakan di sini bahawa, dalam sesuatu perjuangan yang begitu besar, seperti perjuangan untuk mendaulatkan Islam, ia berhajatkan kepada suatu pengorbanan yang cukup besar. Walaupun kemenangan yang semua orang kehendaki dan cita-citakan tetapi hendaklah jangan lari daripada landasan bahawa sesuatu yang besar itu kita tidak mengetahui adakah ia baik atau buruk.

Sebagai contoh, kekayaan, perkahwinan, jawatan dan kemenangan pilihanraya, tidak selama-lamanya ia baik dan tidak selama-lamanya ia buruk. Yang mengetahui kebaikannya dan keburukannya hanya Allah SWT sahaja.

Disyariatkan kepada kita supaya menghadap Allah SWT apabila kita hendak membuat sesuatu kerja-kerja besar. Rasulullah s.a.w. menyuruh kita beristikharah kepada Allah SWT, di antara mesej dalam Istikharah itu kita nyatakan;



Justeru itulah, sebelum menyertai pilihanraya ini, saya lakukan Solat Sunat Istikharah dan saya bermohon kepada Allah SWT, seandainya yang saya lakukan ini adalah baik bagi saya, bagi agama saya, bagi dunia saya dan akhirat saya, hidup saya yang segera, hidup saya yang panjang, sekiranya kesemuanya berfaedah bagi saya, maka Ya Allah saya bermohon agar ianya berjaya dan berilah kekuatan kepada saya untuk menanggung amanah tersebut.

Ya Allah, kalau yang saya buat ini, ianya tidak baik bagi saya, ianya jahat bagi saya, ianya tidak baik bagi agama saya, bagi dunia saya dan akhirat saya, kehidupan saya yang dekat atau yang jauh, jika kesemuanya tidak baik, maka janganlah Engkau anugerahkan kemenangan itu kepada saya. Saya serahkan kepada-Mu ya Allah.

Itulah yang saya bermohon kepada Allah SWT bila menghadapi persoalan yang seumpama ini. Dan akhirnya mendapat jawapan bahawa saya tidak kalah tetapi belum menang lagi. Tidak ada apa yang hendak dikecewakan.

Ada yang mengatakan mana mungkin dalam suasana tsunami politik yang begitu hebat, kemenangan yang tidak diduga-duga dikebanyakan kawasan, tetapi Ustaz Haron Din boleh kalah. Jangan mengatakan begitu, nasihat saya jangan saudara lihat kepada orang yang kalah, lihat kepada yang menang. Jangan lihat kepada angka kepada berapa orang yang kecundang, lihat kepada angka orang yang berdiri teguh yang memegang kuasa. Itulah yang saya katakan tidak ada perkara perlu disedihkan kerana perjuangan belum tamat. Kita perlukan keazaman untuk terus berjuang untuk menegakkan kalimah Allah SWT di mukabumi ini.



Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada yang bersimpati kepada saya, yang telah pergi dari Bangi, Kuala Lumpur dan dari tempat lain ke Perlis, yang turut bersama saya berkempen, bergelomang dalam kancah pilihanraya, meninggalkan anak isteri, berkorban masa, wang ringgit, tenaga, baik muslimin dan juga muslimat, saya mengucapkan terima kasih, kesemuanya tidak sia-sia di sisi Allah SWT. Semoga Allah lah yang membalasnya.

sumber dari:
http://www.darussyifa.org/

ceramah kesyukuran di satdium melawati

ceramah politk dan isu semasa oleh:
  1. YAB MB Selangor
  2. YAB MB Selangor 2
  3. YB Dr. Hassan Ali
  4. YB Dr. Hassan Ali 2
  5. YB Ust Nassarudin Md Isa
  6. YB Ust Nassarudin Md Isa 2
  7. YB Tuan Guru Haji Hadi
  8. YB Tuan Guru Haji Hadi 2
  9. YB Tuan Guru Haji Hadi 3
  10. YB Tuan Guru Haji Hadi 4
Koleksi ceramah2 politik dan isu semasa

Monday, April 7, 2008

FITNA: di manakah sensitiviti umat Islam??

FITNA: di manakah sensitiviti umat Islam??

Baru2 ini kita umat Islam di seluruh dunia telah di kejutkan dengan kontroversi video 15 minit fitna di Belanda. Dan filem pendek ini telah mengundang kemarahan umat Islam di seluruh dunia, berbagai-bagi tunjuk perasaan dan berbagai-bagai lagi.

Tetapi sejauh manakah sensitiviti kepada hati kita, apabila Kalam2 Allah di putar belitkan, apabila2 Hadis Rasulullah s.a.w di kotak katikkan sebagai tunjang pengganas di dunia ini. Sejauh manakah sayunya hati kita apabila melihat filem ini. Dan saya yakin bagi mereka yg sering memperjuangkan Islam dan memahami Islam akan terasa akan sayunya hati ini melihat Kalam Allah dan Sunnah Rasulullah di fitnah dengan sedemikian rupa. Tetapi bagi mereka yg mengambil Islam hanya untuk keperluan diri sendiri pasti video ini tidak menghasilkan apa2 emosi dalam hati mereka.

Teringat akan sebuah Hadis Rasulullah yg mengatakan
“berjayanya generasi awal (zaman Rasulullah dan sahabat) adalah kerana
mereka menyakini Islam sepenuhnya dan zuhud dengan dunia. Dan binasanya
generasi akhir disebabkan bakhil (berkira dengan Allah Ta’ala) dan panjang
akan angan2nya”

Saya yakin Geert Wilders dan Belanda berani untuk mengeluarkan video ini kerana mereka percaya bahawa kita umat Islam di dunia masih lemah dan mereka pasti akan selamat walupun video selepas video ini di keluarkan kerana dunia pasti akan melindungi mereka, kerana suara2 besar pasti akan melindungi mereka dan waktu pasti akan menghanyutkan ingatan umat Islam terhadap perkara ini, dan sudah pasti mereka akan mendapat keuntungan terhadap hasil video ini melalui kelemahan kita umat Islam di dunia.

Jika direnungkan kisah yang berlaku di zaman Saidina Umar, yg mana apabila wanita Islam ditarik tudungnya oleh orang Yahudi dan dipermain-mainkan telah menyebabkan peperangan terhadap golongan ini kerana menodai maruah uamt Islam, berbeza dengan kita apabila Geert Wilders dan Belanda secara terang2 memfitnah Kalam Allah dan Hadis Rasulullah, dan mereka pula dengan bangga menayangkan seluruh dunia. Bukanlah saya ingin meniupkan gendang perangan tersebut, tetapi hakikatnya di sini nyata betapa kita umat Islam di dunia masih adalah negara2 Islam yg lemah kerana jauhnya kita dari Islam itu sendiri.

Walaupun mereka sedar bahawa perkembangan umat Islam di dunia adalah tinggi, tetapi pucuk pimpinan negara-negara Islam di dunia masih lemah dan masih lagi di bawah “didikan sekular” penjajah2 barat dan Belanda adalah merupakan salah satu negara guru penjajah “didikan sekular” tersebut. Perkara ini terbukti sekali walaupun negara2 umat Islam kini bercantum di bawah laungan Pertubuhan Negara2 Islam (OIC) dan banyak lagi NGO2 Islam, tiada satu pun pertubuhan yg benar2 membela negara saudara Islam seperti Palastin, Iraq, dan Afganistan apabila negara Islam ini di nodai oleh kuasa2 besar seperti US dan Israel yang ingin menodai Islam.

Saudara-saudari sekalian, teringat akan saya kata2 ulamak besar Syed Qutb
“masa yg kita ada dalam hidup ini amatlah sedikit, dan
kerja2 yg perlu kita laksankan adalah amat banyak”

Oleh itu, tidak perlulah kita mensia-siakan umur kita menunggu sehingga tua baru mahu kembali kepada Islam, mengamalkan Islam dan memahami Islam, kerana umur umar umat Muhamad Rasulullah hanyalah sekitar 60 an dan jika kita menunggu sehingga 40 an baru ingin kembali kepada Islam, bayangkan kita hanya menggunakan 1/3 dari umur kita untuk Islam, dan apa ingin kita jawab apabila ditanya sumbangan kita kepada agama Allah di akhirat nanti?? Jadilah kita seperti Saad Bin Muaz yg masuk Islam 31 tahun dan syahid pada 37 tahun, walaupun singkat hidupnya bersama Islam tapi di saat kematiannya begegar arash Allah dan menangis para malaikat kerana tawaduk dan alim nya dalam jangka hayatnya bersama Islam.

Saturday, April 5, 2008

koleksi ceramah politik dan isu semasa mac 2008

ceramah kesyukuran sempena kemenangan PAS di Kerian Kelantan mac 2008
  1. YB AMAR
  2. YB IBRAHIM ALI
  3. YB HUSAM MUSA
  4. YAB MENTERI BESAR KEDAH
  5. TUAN GURU NIK AZIZ

Tuesday, April 1, 2008

Islam The Way of Life



















Islam Pemacu Semangat Perjuangan

Melihat kembali kepada kebangkitan rakyat yang berlaku pada PRU-12 Malaysia kini, ramai penganalisis politik yang menyatakan bahawa ini adalah reformasi daripada golonan muda-mudi.... kemudian saya terbaca dalam blog2 dari kalangan orang muda yang banyak menunjukkan semangat dalam memperjuangkan perubahan di Malaysia. Saya juga orang muda, seperti mereka semua.... bukan orang muda suatu persoalan, tetapi apa yang lebih merisaukan saya mengenai panduan dalam kepada semangat muda itu dalam berjuang....


Jika dinilai kembali kepada penubuhan2 kumpulan2 yang sesat dan perjuangan yang salah di negara syiah, Al-Arqam (suatu ketika dahulu), pahaman wahabi (yang banyak mempersoal perkara2 bid’ah yang khilafah) banyak di angotai oleh golongan muda-mudi.... pada saya golongan2 ini merupakan golongan yang mempunyai semangat yang tinggi, tetapi panduannya tidak pada tempat nya. Perkara ini berlaku kerana kita tidak letakkan ilmu agama Islam di hadapan dan kerana kurang nya pahaman kita terhadap Islam yang menyebab kita tersesat dalam memilih perjungan...

Dilihat kembali akan pendidikan mengenai Islam di sekolah hanyalah menitik beratkan perkara-perkara pucuknya, tidak pula pada pangkal dan aqidahnya. Inilah antara faktor yang menyebabkan pemuda pada masa kini kadang kala tergelincir dalam memilih haluan dalam perjuangan. Jika dilihat dari sudut ilmiah dan pendapat ulamak dahulu dan masa kini, ada yang berpendapat bahawa setiap umat Islam harus menguasai ilmu fardhu ain dahulu sebelum menguasai ilmu fardhu kifayah, fardhu ain di sini bukan lah sekadar pengetahuan solat tetapi menyeluruh meliputi perkara2 Aqidah, Ibadah, Tasawuf, Syariah mahupun Akhlak dalam Islam sebelum menguasai ilmu2 fardhu kifayah, yakni ilmu pembangunan zaman.


Jika direnung akan zaman kegemilangan Islam di zaman kegemilangan Islam seperti di turki, Andalus Sepanyol dan Portugal pada suatu masa dahulu, perkembangan negara tersebut menjadi panduan di seluruh Dunia, yang mana golongan barat berbangga untuk menuntut ilmu dan mempelajari Islam, menjadi contoh sebagai negara ilmu dalam pelbagai bidang pembangunan zaman seperti dalam bidang perubatan, pertanian dan lain2, dan pelopor2 ilmu ini adalah dari kalangan mereka yang menghafal Al-Quran dan golongan ahli sufi dan wali2 Allah pada ketika itu. Ini kerana mereka memiliki panduan yang betul dalam setiap kajian dan ilmu yang dipelajari dan mereka mencapai zaman kegemilangan Ilmu dalam umat Islam.

Oleh itu, saya merayu kepada semua golongan muda yang bersemangat untuk berjuang, pahamilah Islam dan letakkan Islam di hadapan dalam apa pun jua dasar perjuangan, nescaya kita tidak akan sesat kerana “Islam itu tinggi dan tiada yang lebih darinya”. Tanamkan cinta kita kepada Allah dan Muhamad Rasulullah, letakkan Al-Quran dan Hadis di hadapan dalam setiap apa jua perjungan.

Template by:
Free Blog Templates