Sunday, November 16, 2008

teman musafir hidup

jika ingin mencari teman dalam musafir hidupmu,
carilah teman yang beriman kepada ALLAH,
bila engkau melakukan kesilapa,
nescaya dia akan membimbingmu,
bila engkau melakukan kebaikan,
pasti dia akan mendorongmu,
sekalipun dia bencikan mu,
tak mungkin akan mezalimimu kerna
dia takutkan azab neraka ALLAH....

tetapi jika orong yang kufur sebagai teman musafir hidup,
bila engkau melakukan kesilapan,
pasti dia akan menyesatkan mu,
bila engkau melakukan kebaikan,
pasti akan membencikan mu,
dan bila dia bencikan mu,
nescaya dia tidak teragak-agak
untuk menzalimi mu,
kerna sedangkan ALLAH dia kufur,
inikan kita manusia, insan biasa sepertinya.....

jika ingin mengenangkan sahabatmu,
kenanglah sahabatmu kerna kebaikannya pada mu,
kerna kebaikannya adalah anugerah oleh ALLAH
untuk manfaat kita manusia,
jangan ingatkan keburukannya pada mu,
kerna keburukan adalah kelemahan kita sebagai
insan biasa.......

nescaya hidup akan sentiasa tenang

Friday, November 14, 2008

adakah Al-Quran pegangan kita??


Al-Quran pegangan dan Panduan

siri kuliah dan ceramah Ustaz Isamil Kamus

  1. 6 perkara menjadi pelik dan aneh
  2. Ibadah
  3. Persoalan Iman Islam dan Murtad
  4. mimpi
  5. ubat resah gelisah
  6. huraian doa qunut
  7. musibah
  8. hakikat tauhid
  9. iman dan amal
  10. janabah
direct link ke siri ceramah ustaz Ismail Kamus

ENGKAU puja bunga di taman



ENGKAU puja bunga di taman
Engkau terpesona dengan keindahannya
Engkau tulis di dalam sajak-sajakmu
Hingga lupa engkau dengan Tuhan
Bukankah dia akan layu kemudian jatuh
ke bumi ia tidak berguna lagi

Engkau puja perempuan,
engkau lukis dengan kata-kata
Hingga lalai dengan Tuhan
Bukankah dia akan tua bangka
Atau adakalanya dia tidak setia
yang akan mengecewakan engkau

Engkau kagum dan puja
awan yang berarak dan beralih
Engkau gambarkan dengan bahasa yang indah
Hingga lupa kewajipan kepada Tuhan
Padahal awan boleh hilang

Engkau berkhayal-khayal
dengan gunung-ganang
Kemudian engkau ungkap di dalam syair-syairmu
Padahal kalau engkau dekat
Ia adakalanya menakutkan, membencikan,
menjemukan dan memayahkan

Entah apa-apa lagi yang engkau
berkhayal dengan hal yang ada di dunia ini
Hingga engkau berfoya-foya
dan menghabiskan masa
Lupa Tuhan, lupa agama,
lupa Hari Pembalasan
Sedangkan semua itu akan binasa

Padahal kalau mata hatimu hidup jiwamu celik
Engkau puja Tuhan, engkau besarkan Dia
Seterusnya engkau cintakan Dia
dan engkau jadikan Dia idolamu
Tuhan adalah kekal, Ia adalah pembela
Dia adalah sumber segala-galanya
Inikan lebih menguntungkan engkau
Kerja engkau tidak sia-sia
Untungnya hingga ke Syurga

FAT-SZ


Marilah kita menjadi orang yang
berilmu
supaya kenal Tuhan,
cinta kepadaNya,
takut terhadapNya,
tunduk kepadaNya.....

Thursday, November 13, 2008

Ustaz Sharir Long - Bahaya Kejahilan

kepada MUSLIMAH - sila pastikan jalan anda

kepada muslimah sila pastikan jalan anda,
sama ada jalan keredhaan "NYA"
atau jalan kemurkaan "NYA"

siri kuliah ustaz Kazim Elias

  1. Jaga Orang Perempuan
  2. Tanda2 Kiamat
  3. Turunnya bala apb kemungkaran tak dicegah
  4. Isi Neraka
  5. Riak Dalam Ibadat
  6. Solat Malam & Persoalan Bid'ah
  7. 3 golongan Bersedekah
  8. Berani Kerana Benar
  9. Fitnah
  10. Sedekah yang sia2
  11. Ciptaan Allah
direct link ke siri ceramah Ustaz Kazim Elias

Thursday, November 6, 2008

keajaiban yang melampui fikiran (Allah maha Berkuasa)


Kuliah Tafsir Surah Al-'Alaq oleh Ustaz Ismail Kamus - Amaran dari Allah

siri kuliah ustaz Ismail Kamus (alam roh)

sirect link ke siri ceramah ustaz Ismail Kamus

Siri Kuliah Tafsir Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat - Tafsir Surah Al-Fatihah (Bhgn 2)

Siri Kuliah Tafsir Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat - Tafsir Surah Al-Fatihah (Bhgn 3)

Siri Kuliah Tafsir Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat - Tafsir Surah Al-Fatihah (Bhgn 1)

Sunday, November 2, 2008

doa mereka yang akan mengerjakan haji

Template by:
Free Blog Templates