Tuesday, March 4, 2008

PRU-12: Barisan Pembangkang, Basisan Profesional bahagian II

Dari bahagian satu yang mana kita telah merungkai persoalan mengenai barisan-barisan pembangkang pada PRU-12 ini merupakan barisan profesional adalah dari sudut jenanyah. Pada Bahagian ini, mari kita sama-sama merungkai persoalan ini dari satu sudut yang lebih menarik. Iaitu daru sudut media massa negara kita sendiri...

Media massa adalah merupakan satu aspek penting bagi sesebuah negara yang merdeka dan berdaulat, kerana medialah tempat untuk kita mengetahui tentang sesuatu isu dan sebarang berita dalam dan luar negara. Media juga mampu memainkan peranan dalam mendedahkan sebarang isu baik atau buruk yang perlu untuk kita beri perhatian. Tanpa media kita akan menjadi seorang yang tidak berpengetahuan luas dalam isu semasa dan dunia pada masa kini. Oleh itu, kita sentiasa mengharapkan media massa akan sentiasa bebas, telus dan jujur untuk kita mendapat isu yang bernas dan berkualiti.

Tetapi tahukaha kita bahawa media massa negara menghuni tangga ke-124 daripada tangga 169 keseluruhan, apabila “Worldwide Press Freedom Index 2007” (http://www.rsf.org/article.php3?id_article=24025) dikeluarkan pada tahun 2007. Dari kedudkan tangga media massa Malaysia lebih teruk berbanding dengan Senegal 83, Brazil 84, Indonesia 100, dan India 120. Apakah sudah berlaku dengan media massa negara kita?? Adakah kerana berita yang disiarkan tidak bebas, telus dan jujur?? Dan mengapa media massa kita berada pada suatu tangga yang begitu buruk sedangkan Malaysia adalah negara demokrasi, dimanakah silapnya?? Lihat apa kata mereka:
  • “Government repression no longer ignores bloggers"
  • The Internet is occupying more and more space in the breakdown of press freedom violations. Several countries fell in the ranking this year because of serious, repeated violations of the free flow of online news and information.”
  • In Malaysia (124th), Thailand (135th), Vietnam (162nd) and Egypt (146th), for example, bloggers were arrested and news websites were closed or made inaccessible. “We are concerned about the increase in cases of online censorship,” Reporters Without Borders said. “More and more governments have realised that the Internet can play a key role in the fight for democracy and they are establishing new methods of censoring it. The governments of repressive countries are now targeting bloggers and online journalists as forcefully as journalists in the traditional media.”

Dari kenyataan mereka, jelaslah menunjukkan media massa Malaysia tidak bebas dalam mengeluarkan sebarang isu dan berita?? Apakah contohnya, media massa milik parti politik seperti PAS, Harakah telah diharam pengeluarannya secara berleluasa pada suatu ketika dulu. Dari kelurang seminggu 2 kali kepada 2 kali sebulan dengan alasan mengeluarkan berita yang tidak benar, tetapi tiada sebarang bukti atau siasatan yang dilakukan bagi menyatakan berita mereka tidak benar dan diharamkan. Jelas menunjukkan media massa mereka tidak bebas untuk bersuara.

Dimanakah kebebasan bersuara media massa milik negara kita?? Jika suatu masa dulu medialah yang pemacu dalam kelantangan bersuara memerdekakan negara kita menentang penjajah British. Tetapi apa sudah terjadi kini, seakan-akan menunjukkan media massa negara kita bagai 100% dikawal oleh pihak kerajaan pada masa kini. Apabila pilihanraya menjelma, jelas menunjukkan media massa adalah senjata bagi Barisan Nasional mencuri hati rakyat dan ‘membunuh’ pembangkang sebelum hari mengundi diadakan. Sedangkan media adalah merupakan badan bebas yang perlu menyuarakan sebarang isu dan hak-hak rakyat. Dan seakan-akan tiada sedikit pun kecacatan parti Barisan Nasional di sisi media massa dan Parti pembangkang pula adalah seperti parti paling buruk di dunia pada pandangan media massa milik negara kita. Dan tidak hairanlah kita apabila Barisan Nasional, iaitu kerajaan pada masa kini sentiasa memenangi hati orang-orang kampung dan golongan terpencil yang sentiasa mengharapkan 100% berita daripada berita-berita dalam tv dan surat khabar tempatan milik negra...

Mengapa golongan profesional menentang kerajaan?? Dan apa kaitan dengan media massa negara yang boleh dikatakan tidak bebas ini?? Ini adalah kerana, golongan cerdik pandai adalah golongan yang sentiasa menerokai isu semasa dan memahami keadaan negara dengan lebih jelas. Golongan-golongan cerdik pandai semestinya tidak akan mengharapkan berita hanya dari media massa yang menghuni tangga ke-124 semata-mata, tetapi mencari sumber yang lebih tepat dan telus dari sumber-sumber yang lebih bernas dan bermutu seperti, pendedahan isu dalam pelbagai laman web atau blog-blog dalam internet, kajian-kajian isu semasa oleh badan-badan NGO dan sebagainya. Dan semestinya sumber-sumber ini boleh dipercayai berbanding media massa di tangga ke-124 milik negara kita. Dan sudah tentu banyak perkara yang tidak baik disembunyikan oleh media massa yang tidak mampu bersuara bebas ditemui oleh golongan-golongan bijak pandai menjadi sebab mengapa mereka menentang kerajaan pada masa kini.

Sama-samalah kita renungkan, negaraku MALAYSIA......

0 comments:

Template by:
Free Blog Templates