Tuesday, May 12, 2009

pengembaraan baru


hari ni adalah hari yang terakhir saya bersama-sama dua sahabat dari rumah saya, kerana mereka telah pun menamatkan pengajian ijazah mereka, setelah hampir 5 tahun mengembara bersama-sama mencari ilmu bermula dari diploma yang sama di UiTM Perak dan Allah meletakkan kami dalam haluan ilmu yang berbeza untuk progam ijazah di UiTM shah alam, tapi masih di satu rumah yang sama. susah senang dalam perjalanan menjadi memori yang banyak mengajar saya tenting erti sebuah kehidupan. sama juga seperti sahabat2 yang lain walaupun tidak di rumah yang sama tapi masih dalam pengembaraan yang sama.

InsyaAllah mereka akan memulakan satu lagi episod pengembaraan iaitu pengembaraan di alam pekerjaaan dimana pengembaraan ini pasti menjanjikan sesuatu yang lebih mengujikan mereka sebagai hamba di muka bumi Allah ini. pengenmbaraan yang mana akan mendugakan mereka tentang amanah, kejujuran dan ketaatan sebagai seorang pekerja dan seorang hamba Allah, andai mereka berjaya dalam dugaan ini pasti mereka akan di muliakan di hari pembalasan sana dan andai mereka gagal dalam pasti akan di hina kelak di sana.

harapanku terhadap sahabat2ku dan semua saudara seagama yang di dalam pengembaraan ini supaya sentiasa berjuang mencari keredhaan Allah dalam pengembaraan ini, tapi andai rebah jangan pernah berhenti untuk bangun kembali, andai berjaya jangan pernah melupakan terhadap TUAN EMPUNYA yang memberikan kejayaan tersebut, semoga Allah merahmati pengembaraan mereka selepas ini.

1 comments:

Osman Adli said...

caya laa cuping...

-ketz

Template by:
Free Blog Templates