Monday, May 4, 2009

mendefinasikan erti kejayaan


tahun ini adalah tahun yang sering mendugakan aku dalam mengenal erti sebuah kejayaan, memandang umurku yang yang kian menuju ke asal aku risau akan aku makin jauh dalam mendefinasikan erti sebuah kejayaan, ini kerana aku sering di kelilingngi dengan tempat dan keadaan yang mendefinasikan sebuah kejayaan dengan kejayaan yang sementara atau lebih kepada kejayaan yang menuju kemurkaan dari Pemilik Yang Empunya. tapi dalam sedikit kelalaian, Pemilik Empunya memberi sedikit ingatan untuk kembali mendefinasikan erti kejayaan ini.

Perkara ini berlaku apabila aku berhadapan dengan seorang hamba Allah yang berputus asa terhadap kehidupan akibat gagal dalam mencari kejayaan duniawi. hamba Allah ini datang dan menceritakan kedukaannya dalam kehidupan akibat gagal dalam pelajaran, tercicir dari mencari kemuliaan dan gagal dalam hidupan duniawi. Aku secara sengaja atau tidak mula mendefinasikan erti sebuah kejayaan kepada hamba Allah ini walaupun pada amalinya aku masih gagal meletakkan erti kejayaan ini dalam panduan hidup aku.

aku bermula dengan menceritakan bahawa kita hanya hamba Allah yang mencari kehidupan kekal di sana, kejayaan di dunia hanya sementara, tetapi kejayaan di akhirat adalah yang kekal selama-lamanya. Biarlah kita gagal di dunia tapi jangan kita gagal di akhirat, biarlah kita di pandang hina di dunia tapi jangan kita di pandang hina di sana, biarlah kita dipandang hina oleh segala manusia di dunia tapi jangan kita di pandang hina oleh TUAN EMPUNYA. ini yang aku cuba ceritakan ketika berdepan dengan hamba Allah ini, aku cuba nyatakan walaupun diri ini masih berdepan dalam mengenal erti ini.

berdetik hati yang lemah ini, aku masih gagal meletakkan erti kejayaan sebenar ini dalam diri aku, aku masih jauh dalam definasi ini, aku sering gagal dengan definasi ini. Ini berlaku kerana aku juga dalam perjalanan mencari kejayaan di dunia dan kadang kala aku menepikan erti kejayaan yang nyata di sana. kita kini sedang mengembara menuju kehidupan nyata, kadang kala kita mempunyai jalan yang lurus yang mana jalan menuju ke destinasi adalah jalan yang mempunyai kejayaan akhirat dan kejayaan duniawi, tapi kadang kala kita juga berdepan antara dua simpang yang kita perlu memilih satu simpang antara dua simpang. simpang kejayaan dunia susah akhirat atau simpang kejayaan akhirat susah di dunia.

apa yang merunsingkan adalah jika aku lemah, andai aku ditakdirkan berdepan dengan simpang ini.....

0 comments:

Template by:
Free Blog Templates