persoalan ini timbul dari satu kisah yang berlaku pada aku baru2 ini, selepas menunaikan solat jumaat ketika hendak aku keluar dan balik ke rumah ku, aku mendapati selipar aku hilang sebelah, kerana menyangka seliparku jatuh dalam longkang, lalu aku membuat keputusan untuk balik ke rumah dengan "berkaki ayam". mungkin ini satu keputusan yang boleh aku banggakan dari aku menzalimi selipar muslim2 yang lain. satu perasaan yang timbul dalam perjalanan aku pulang ini, aku merasakan bagai seluruh dunia sedang melihatku, dan perasaan ini membuatkan aku malu yang amat sangat, sampai2 ke rumah saja aku terus bisng2 dengan kawan2ku, kerana ingin perasaan malu ini.
satu ketika terdetik persoalan dalam hatiku, kenapa aku harus merasa malu kerana aku balik dengan berkaki ayam?? sedangkan aku melakukan perkara yang betul kerana tidak menzalimi dan mencuri selipar muslim lain?? kenapa dalam perjalanan aku pulang harus aku menebalkan muka aku, siapa sebenarnya yang aku malu?? malu atau takut terhadap mahluk seperti aku kerana aku berkaki ayam, atau malu dan takut azab Allah untuk mencuri selipar muslim lain?? redha siapa sebenarnya yang aku cari?? redha manusia yang sepertiku atau redha Allah tuhan yang sentiasa memerhati tingkah laku ku???
sesungguhnya selipar yang seburuk ini kadang2 boleh memberi azab kepada kita, boleh membawa zalim kepada saudara muslim kita, dan mungkin dengan selipar seburuk ini jugalah yang menyebabkan kita di azab dengan berat atau dimuliakan oleh yang Allah Ta'ala......
renung-renungkanlah.....
0 comments:
Post a Comment