Wednesday, September 10, 2008

Ramadhan yang mulia...

Pada hari ke 7 puasa ramadhan, di fakulti, saya tiba2 di sampuk kawan,

“man, kau da beli baju raya (baju melayu)??”

“aku tak beli baju melayu, baju melayu biasa aku pakai baju melayu putih, jadi aku pakai baju lama saja selagi boleh pakai”

Lantas ruang itu menjadi kecoh membincangkan mengenai baju raya dan perayaan yang bakal menjelang. Terkedu seketika meikirkan sesuatu di situ.

Sepanjang bulan Ramadhan dan sebelum tiba bulan ramadhan tiada saya dengar perbincangan mengenai bulan yang mulia ini, tapi dari awal bulan mulia ini sehingga hari ini, rata2 perbincangan utama hanyalah perbincangan mengenai smabutan aidilfitri, teringat saya beberapa dari hadis Rasulullah mengenai bulan Ramadhan ini:

“sekiranya umatku mengetahui kebaikan di dalam bulan ramadhan, nescaya mereka menginginkan agar sepanjang setahun semuanya menjadi ramadhan” –Al-Hadis-

Anas r.a meriwayatkan: apabila ramadhan bermula maka Rasulullah s.a.w pun bersabda: “sesungghunya telah datang kepadamu suatu bulan yang yang terdapat di dalamnua satu malam yang terlebih baik daripada seribu malam..”

Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda: “apabila masuk bulan ramadhan terbukalah pintu-pintu syurga dan terkucilah segala pintu neraka manakala sekalian syaitan di rantai dan di buka pintu rahmat” –Bukhari & Muslim-

Saya bukan mengajak sahabat2 untuk memulaukan aidilfitri ini, tapi kita harus lebih pandai membezakan antara yang mana penting dan yang mana lebih penting. Aidilfitri itu penting, tapi kelebihan di bulan ramadhan ini ternyata lebih penting dan bernilai.

Sepatutnya kita pada masa ini lebih membicarakan kelebihan dan kemuliaan bulan ramadhan ini, dimana Rasulullah dan sahabat2 telah membuktikan bahawa bulan ramadhan ini adalah bulan menjadi bulan ibadah, bulan kemenangan, bulan yang lebih penting daripada bulan2 lain. Dimana ahli kubur menyambut kedatangan ramdhan dan menangisi pemergian bula ini.

Tapi kita pada zaman ini lebih menangisi kedatangan bulan ramadhan tapi menyambut dengan penuh kemuliaan pemergian ramadhan. Tidak salah untuk memuliakan aidilfitri yang akan datang itu tapi kita tidak patut menangisi dan memulaukan ramadhan yang mulia ini....

Renung-renungkanlah....

0 comments:

Template by:
Free Blog Templates