Monday, August 11, 2008

UstazKazim Elias - Turunnya Bala dari Allah Apabila_Kemungkaran Tidak Diubah

Melayu & Islam

hari keadaan di fakulti engineering menjadi riuh apabila terdapat pengunguman dari pembesar suara fakulti menyatakan bahawa esok 12hb ogos jam 7 pagi akan diadakan perarakan ke pejabat menteri besar selangor bagi menentang pembukaan kuota kaum bukan melayu di uitm. mungkin ini adalah hasil kenyataan menteri besar dalam berita harian http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Mutakhir/20080810144332/Article/

saya tertarik dengan satu ungkapan dari pita suara itu yang berbunyi seperti "kalau anda semua sayangkan uitm marilah kita bersama2 menyertai perarakan ini". "terkejut" mungkin inilah perasaan saya apabila mendengar pita suara ini, semangat perwakilan pelajar yang membuak2 apabila persoalan melayu dan kaum dilemparkan, tetapi saya tidaklah ingin berbicara mengenai kenyataan ini.

apa yang menarik minat saya adalah keadaan seperti ini tidak berlaku di fakulti apabila isu agama seperti isu filem fitna, isu dana sekolah agama rakyat, isu penghinaan terhadap Rasulullah dan sebagainya, tiada pula wakil pelajar atau persatuan pelajar di uitm yang pelajarnya melebihi 80% adalah Islam mengumumkan untuk membuat perarakan bagi menentang isu ini, di kalamana persatuan2 NGO Islam sibuk mngadakan perarakan menentang isu2 tersebut. tiada pula semangat dari perwakilan yang semestinya melayu dan Islam ingin memperjuangkan isu ini. mungkin kerana mereka merasakan isu ini tidak berkaitan dengan mereka.

sesungguhnya saya pasti terasa dengan isu pembukaan kuota bukan melayu di uitm kerana saya adalah pelajar yang menuntut hampir 6 tahun di uitm, tetapi saya lebih terasa dengan isu Filem Fitna sebelum ini abila agama saya di permain-mainkan. saya sayangkan kaum saya, tetapi saya lebih sayngkan agama saya dan semestinya saya tahu apa yang perlu saya dahulukan dalam perjuangan saya...

renung-renungkanlah

Mat Sabu - Peristiwa Nakbah 60 tahun Baitul Maqdis

soal jawab agama

bersama membicarakan soal jawab agama dari ulama'2 terkenal di Malaysia seperti Dr. Haron Din, Dato' Ismail Kamus, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man dan sebagainya.

  1. Adakah Amalan Demokrasi mengikut syariat Islam
  2. Adakah sampai pahala Sedekah atau Hadiah pada si mati
  3. Apakah Hukum Islam Hadhari
  4. Apakah hukum isteri yang menziarahi ibu-bapa tanpa keizinan suami
  5. Apakah hukum jika tidak menunaikan Nazar
  6. Apakah Hukum Makan Telur Buaya
  7. Apakah ibubapa yang meninggal dunia terima balasan akibat anak yang jahat
  8. Apakah jenis jenis Sujud sunat
  9. Apakah NurulLah
  10. Apakah tanda tanda mimpi yang benar
Direct Link to SOAL JAWAB AGAMA

Sunday, August 10, 2008

Doa Apabila Menghadapi Perkara Yang Sulit

forum perdana - ketuanan islam vs ketuanan melayu 2

Ahli Panel:
Dato Dr Hassan Ali (moderator)
Prof Madya Hasyim Yahya
Prof Dato Dr Haron Din
Ustaz Roslan Muhammad

Saturday, August 9, 2008

forum perdana - ketuanan islam vs ketuanan melayu 1

Ahli Panel:
Dato Dr Hassan Ali (moderator)
Prof Madya Hasyim Yahya
Prof Dato Dr Haron Din
Ustaz Roslan Muhammad


Sunday, August 3, 2008

Doa Supaya Apa Yang Telah Dihafal Tidak Lupa

Tuesday, July 29, 2008

Siri Kuliyah TG Nik Abd Aziz Nik Mat -Beriman Kpd Hari Akhirat

Siri Kuliyah Magrib Aqidah Islamiyyah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat : Beriman Kepada Hari Akhirat:-
  1. Beriman Kepada Hari Akhirat Siri 1: Tanda2 Besar Kiamat
  2. Beriman Kepada Hari Akhirat Siri 2: Dajjal
  3. Beriman Kepada Hari Akhirat Siri 3: Nikmat & Azab Kubur
  4. Beriman Kepada Hari Akhirat Siri 4: Kunjungan Munkar & Nakir
  5. Beriman Kepada Hari Akhirat Siri 5: Hari Pembalasan
  6. Beriman Kepada Hari Akhirat Siri 6: Roh & Jasad (akhir)
Direct Link ke Kuliyah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat

Tuesday, July 22, 2008

Doa Untuk Mereka Yang Bakal Mengerjakan Haji

Sunday, July 20, 2008

Siri Kuliah Kitab MinyatulMusolli - Dr. Haron Din

Siri Kuliah Kitab Munyatul Musolli dari Prof. Dato' Dr. Haron Din

  1. MinyatulMusolli_Siri-01
  2. MinyatulMusolli_Siri-02
  3. MinyatulMusolli_Siri-03
  4. MinyatulMusolli_Siri-04
  5. MinyatulMusolli_Siri-05
  6. MinyatulMusolli_Siri-06
  7. MinyatulMusolli_Siri-07
  8. MinyatulMusolli_Siri-08
  9. MinyatulMusolli_Siri-09
  10. MinyatulMusolli_Siri-10
  11. MinyatulMusolli_Siri-11
  12. MinyatulMusolli_Siri-12
  13. MinyatulMusolli_Siri-13
  14. MinyatulMusolli_Siri-14
  15. MinyatulMusolli_Siri-15
  16. MinyatulMusolli_Siri-16
  17. MinyatulMusolli_Siri-17
  18. MinyatulMusolli_Siri-18
  19. MinyatulMusolli_Siri-19
  20. MinyatulMusolli_Siri-20
  21. MinyatulMusolli_Siri-21
  22. MinyatulMusolli_Siri-22
  23. MinyatulMusolli_Siri-23
  24. MinyatulMusolli_Siri-24
  25. MinyatulMusolli_Siri-25
  26. MinyatulMusolli_Siri-26
  27. MinyatulMusolli_Siri-27
Direct Link ke Siri Kuliah Kitab MunyatulMusolli Dr. Haron Din

Sumber http://www.darussyifa.org/

Friday, July 18, 2008

Doa Supaya Segala Yang Susah Menjadi Mudah

Musibah dan Perjuangan

"Musibah dan Perjuangan" inilah yang aku simpulkan terhadap sagala masalah yang dihadapiku sepanjang hampir 4 tahun sehingga hari ini. Berbagai tindakan yang aku lakukan dalam mengahadapi musibah ini. Jatuh dan bangun kembali, putus asa dan motivasikan diri, lari dan kembali. Hampir2 aku jatuh dan ingin aku larikan diri, tetapi jalan itu adalah jalan yang seorang dayus dalam pengambaraan mencari keredhaan Ilahi.

Teringat aku akan mafhum hadis apabila seorang sahabat datang kepada Rasulullah dan meminta agar di musnahkan musuh2 Islam di Makah kerana tidak tahan lagi dengan seksaan dari musuh2 Islam yang menentang Islam, lalu Rasulullah merah madam dan menyatakan bahawa umat2 sebelum ini lebih besar dugaan dalam mempertahankan agama, dan Rasulullah meminta sahabat agar bersabar kerana pertolongan dari Allah pasti datang, dan ternyata pertolongan dari Allah sampai dan kemenangan berpihak kepada Islam.

Hampir sama sekali dengan kisah Nabi Daud, apabila Allah mengujinya dengan kesenangan, semakin tingkat akan amalnya kepada Allah, lantas Allah ujinya dengan kesusahan dan kesakitan, sehingga meninggal akan anak2nya, berkulat akan tubuhnya, tetapi masih kuat akan amal ibadahnya kepada Allah Ta'ala. Lantas kerana tidak tahan dengan susah, isteri Nabi Daud meminta agar Nabi Daud berdoa dan merayu agar Allah menghentikan kesusahan dan kesakitan yang dialami mereka, lantas Nabi Daud berkata " sesungguhnya Allah telah memberi kita kesenangan selama 80 tahun, kita susah hanyalah 18 tahun, jika engkau tidak tahan akan dugaan ini pergilah". ketika isteri Nabi Daud meninggalkan dirinya tiada perubahan dalam amalannya kerna keyakinannya terhadap Allah Ta'ala.

dari 2 kisah ini adalah tidak layaklah untuk aku putus asa dan melarikan diri dari setiap dugaan dari NYA. Umat2 terdahulu lebih besar akan dugaan yang Allah uji mereka. sedangkan Allah telah beri aku kesenangan hati dalam membesar dengan menggunung rahmatnya seumur hidupku, sedangkan ujian kecil hanyalah sebahagian kecil dugaan dari NYA. maka tidak layaklah untuk aku lari dan mengalah dalam perjuangan ini, kerna seandainya aku lari dari masalah ini pasti aku di persoal akan tanggungjawabku di hari pembalasan nanti.


Mungkin segala musibah ini adalah ujian dari NYA, mugkin juga ini adalah kifarah dari NYA, kerna kelemahan diri yang lemah ini, diri yang sering gagal dalam setiap dugaan dari NYA, diri yang menggunung dosa pada NYA, diri yang sering lupa akan asal usulnya, dan juga diri yang lupa akan TUJUAN hidupnya. Tetapi aku percaya,

dunia tidak akan kiamat selagi
masih ada manusia yang berjuang,
hidup tidak akan musnah selagi
kita tidak pernah mengenal akan erti
"berputus asa"


Renung-renugkanlah.....

Monday, July 14, 2008

Sayyidul Istighfar (Penghulu Istighfar)

Sunday, July 13, 2008

Himpunan Ceramah Forum Perdana Islam dan Isu Semasa

Himpunan Ceramah Forum Perdana Islam dan Isu Semasa yang terdiri daripada tokoh2 ulamak, ilmuan dan tokoh2 politik negara seperti Dato' Dr. Haron Din, Dato' Ismail Kamus, Allahyarham Dato' Ishak Baharom, Ustaz Nasarudin Tantawi, dan ramai lagi.

  1. Forum Perdana - Menjana islam Syumul - Ust Haron Din, Ustaz Ismail Kamus, Ust Roslan Muhammad - Pengerusi Dato' Hasan Ali
  2. forum wacara 100 hari Pakatan Rakyat - Saudara Saifudin Nasution, Mufti Perlis & Pensyarah Perundangan UIA 1
  3. forum wacara 100 hari Pakatan Rakyat - Saudara Saifudin Nasution, Mufti Perlis & Pensyarah Perundangan UIA 2
  4. Forum Perdana - "tsunami" bala atau bencana alam - Dato' Dr. Haron Din, Dato' Ismail Kamus & Allahyarham Dato' Ishak Baharom
  5. Forum Debat Tsunami - "tsunami" bala atau bencana alam - Ust Nasarudin Tantawi vs Astora Jabat 1
  6. Forum Debat Tsunami - "tsunami" bala atau bencana alam - Ust Nasarudin Tantawi vs Astora Jabat 2
  7. Program Al-Kuliyah - cinta remaja - ust Taib Azamudin & ust Badrul Amin

Direct Link ke koleksi - Forum Perdana -

Tuesday, July 8, 2008

Ayatul Mahabbah (Doa Supaya Dikasihi)



Ustaz Ismail Kamus - Benteng dan Didikan anak-anak

Siri kuliah dan ceramah Ustaz Ismail Kamus

Direct link siri ceramah dan kuliah Ustaz Ismail Kamus

Sunday, July 6, 2008

siri kuliah ustaz tuan ibrahim tuan man

Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man adalah merupakan seorang bekas pensyarah uitm dan seorang pendakwah dan ahli politik yang aktif. cara beliau menyampaikan ilmu adalah dengan sentiasa memberi peringatan tentang azab Allah dan menceritakan tentang sirah nabi2 dan ulamak2 terdahulu. Siri ini ceramah dan kuliah ini merupakan siri2 ceramah agama yang lama, tetapi ilmu Islam tak terbatas oleh waktu, oleh itu siri ceramah ini akan sentiasa dapat memberi pengisian pada pengembara2 yg memikul tanggungjawab sebagai kalifah Allah di muka bumi ini.

  1. Ambang_Bahagia
  2. antara ujian dan bala Allah
  3. Aqidah_Islamiah
  4. Azab_Neraka
  5. bahaya fitnah
  6. dosa dan pahala
  7. Falsafah_Israk_dan_Mikraj
  8. Ikhlas_Dalam_Amalan
  9. Islam_dan_Sekularisme
  10. Jahiliyyah_Abad_21
  11. Keredhaan_&_Kemurkaan_Allah
  12. Ketuanan_Islam_dan_Ketuanan_Taghut
  13. tuntutan kalimah syahadah
  14. Konsep_Perubatan_Islam
  15. 5_Persiapan_Di_Bulan_Ramadhan
  16. Manusia_Munafiq
  17. Murtad
  18. Nafsu_Yang_Menggila
  19. Pengertian_Taqwa
  20. Penjajah_Pemecahbelah_Ummah
  21. Peranan_Institusi_Keluarga
  22. Tanda-Tanda_Kehancuran_Umat
  23. Tuntutan_Sebagai_Seorang_Muslim
  24. Antara_Ahli_Syurga_&_Neraka
  25. Fajar_Islam
  26. Dajjal
  27. Jejak_Rasul_Jejak_Syaitan
  28. Khalifah_Allah
  29. Manusia_Munafiq
  30. Mehnah_Dalam_Perjalanan_Dakwah

Direct link ke koleksi ceramah Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man

Doa mohon kesembuhan dari penyakit II


Friday, June 20, 2008

doa mohon kesembuhan dari penyakit

“Sakitkah remaja Islam masa kini??”

“Sakitkah remaja Islam masa kini??”

“SAKIT” mungkin inilah jawapan kepada persoalan kepada pengalaman yang saya hadapi baru2 ini.

Pada cuti semester baru2 ini, saya sempat bekerja kontrak di sebuah kilang selama 3 minggu bersama lebih kurang 20 pekerja melayu dan Islam berumur dari 18 ke 30 tahun. Dan kisah ini bermula apabila di antara mereka tiada seorang pun yang menunaikan solat isyaa dan subuh ketika kerja di bahagian malam. Dan kisah ini juga membangkitkan kisah setahun yang lalu, ketika saya bekerja sementara di salah sebuah pasaraya yang terkenal di Langkawi, yang mana saya hanya sempat bekerja lebih kurang 5 jam sahaja dan kemudiannya saya berhenti dari kerja kerana tidak di beri ruang dan waktu untuk saya menunaikan solat ketika berkerja. Tetapi di tempat kerja berkenaan saya lihat dalam lingkungan 50 pekerja melayu dan Islam bekerja dengan senang dan bagaikan tiada masalah kerna tidak menunaikan solat......

Agak bingung juga apabila memikirkan masalah ini, “tidak solatkah mereka??”, “tidakkah mereka di didik untuk solat??”, “apakah ibu dan bapa mereka ambil peduli akan solat mereka??”, inilah antara persoalan yang menghantui diri apabila memikirkan akan masalah kepada mereka yang boleh saya katakan kesemua mereka ini adalah dari kalangan remaja dalam lingkungan 15 – 30 tahun. Mungkin perkara ini ada di bangkitkan oleh ulamak dan pendakwah, tetapi inilah realiti yang berlaku sendiri kepada saya. Saya bekerja bersama meraka, makan bersama mereka dan saya solat seorang diri, inilah perkara yang menyedihkan saya.

Mungkin perkara ini adalah perkara remeh bagi sesetengah pihak, tetapi saya yakin perkara ini adalah suatu bencana bagi para pecinta Islam. Mungkin juga sesetengah pihak atau sebahagian masyarakat sudah akur dengan penyakit ini, tetapi mungkin inilah tujuan untuk pendakwah dan ulamak untuk sentiasa bekerja dan tidak boleh tunduk pada zaman atau pemerintahan. Mungkin juga perkara ini sudah menjadi kebiasaan pada sesetengah masyarakat dan sentiasa memasukkan “cotton buds” di dalam telinga mereka ketika ada isu2 seperti ini yang di bangkitkan oleh ulamak dan pendakwah.

Inilah penyakit remaja masa kini yang ubatnya tidak boleh didapati di mana2 klinik atau hospital sekitar kita masa kini. Inilah penyakit yang di gelar penyakit “hati yang rosak”, iaitu hati yang terpesong dari akidah dan syariat Islam, hati yang sangat di idami oleh Iblis dan musuh2 Islam. Teringat akan saya kisah umat terdahulu, bila seorang pemuda yang tidak menunaikan solat masuk dalam sebuah kampung yang di diami oleh golongan2 yang beriman, lalu pemuda tersebut membasuh mukanya di dalam kampung berkenaan dan jatuh air basuhan itu di dalam kampung itu, Allah tidak redha dengan pemuda itu, lalu Allah turunkan azabkan kampung itu hanya kerana tidak redha dengan pemuda itu. Berbalik dengan penyakit remaja dan muda-mudi kita masa kini yang tidak menunaikan solat ini, andai kata kita berada pada zaman tesebut, sudah tentu kita akan di azab dengan azab yang amat berat. Mungkin kita kini masih selamat kerana berkat antara doa Rasulullah yang memohon agar pembalasan terhadap dosa umatnya agar tidak disegerakan di dunia.

Apakah punca terhadap penyakit yang melanda Remaja dan muda-mudi Islam masa kini?? Mugnkinkah ini akibat dasar Islam sekular yang di amalkan negara, yang membezakan antara pentadbiran dan agama, dan di dalamnya mengagungkan pendidikan dunia tetapi pendidikan agama di pinggirkan. Mungkin ini juga adalah kesan kepada konsep Islam yang kita amalkan dalam negara selama 50 tahun kemerdekaan negara??? Bagi saya itulah punca-puncanya, apabila saya melihat dan mnegkaji masyarakat kita masa kini yang lebih mengutamakan pendidikan duniawi semata-mata dan meminggirkan pendidikan agama.

Ø Ramai ibu-bapa masa kini yang sanggup menghantar anak-anak hingga ke pintu sekolah, tetapi tidak ramai ibu bapa yang menghantar anak-anak ke kelas fardhu ain pada bahagian petang.

Ø Ramai ibu bapa yang membawa anak2 ke pusat tusyen pada bahagian malam dengan bayaran yang tinggi, tetapi tidak ramai ibu-bapa yang membawa anak-anak ke masjid mendengar ceramah agama tanpa perlu bayaran.

Ø Ramai ibu-bapa berdoa dengan kenduri dan bacaan yasin apabila anak mengambil peperiksaan dengan harapan anak menjadi doktor dan jurutera, tetapi tidak ramai yang berdoa untuk anak menjadi anak yang berjaya di akhirat.

Ø Ramai guru-guru sekolah yang mengajar ilmu dunia tetapi tidak ramai yang mengajar ilmu agama.

Ø Ramai guru-guru sekolah yang tanamkan kejayaan dunia pada murid2 di sekolah, tetapi tidak ramai guru-guru yang tanamkan kejayaan di akhirat.

Ø Ramai orang yang sanggup mendengar cakap doktor apabila sakit, tetapi tidak ramai yang sanggup mendengar cakap guru2 agama apabila “hati” mereka sakit.

Ø Ramai masyarakat berbangga apabila doktor dan jurutera menjadi pemimpin negara, tetapi tidak ramai masyarakat yang berbangga apabila orang yang beragama menjadi pemimpin negara.

Ø Ramai masyarkat mengejar kejayaan di dunia, tetapi tidak ramai yang sanggup mengejar kejayaan akhirat.

“dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezki kepadamu, kamilah yang memberikan rezki kepadamu. Dan akibat yang baik adalah bagi orang2 yang bertakwa.”

(Surah Thaahaa ayat-132)

Tepuk dada dan tanyalah pada Iman......

Friday, May 16, 2008

doa supaya dipermudah segala urusan dan hajat


Kisah Dua Perjuangan Berbeza Zaman

Kisah Dua Perjuangan Berbeza Zaman

Baru2 ini seorang sahabat saya menghubungi dan mengadu kepada saya mengenai hati yang tidak tenang akibat di tinggalkan oleh kekasihnya, lalu dia meminta nasihat daripada saya untuk menenangkan hatinya, oleh kerana saya bukan pakar psikologi untuk menenangkan hati seseorang sepertinya, lalu saya meminta dia untuk solat dan minta petunjuk dari Allah dalam solat tersebut. Kemudian dia menghubungi saya lagi dan memberitahu bahawa hatinya masih tak tenang.... respon saya, memanglah kita bila susah baru ingin mencari Allah.... lalu saya menceritakan kisah dua perjuangan dalam memilih jalan hidup iaitu kisah dari novel iaitu kisah Uda & Dara dan kisah Sahabat Rasulullah iaitu kisah Saad Bin Muaz.

Kisah Uda dan Dara ini bermula apabila si uda amat berkenan hati dengan si dara kerana kecantikan dan kebaikan si dara ini, lalu si uda menyuruh keluarganya meminangkan si dara untuk dirinya. Kerana kebaikan dan kejujuran si uda, pinangannya telah diterima oleh keluarga si dara, maka sungguh gembiralah si dara kerana pinangannya telah diterima. Ketika masa peminangan menunggu hari untuk di ijabkabulkan, si uda ada terdengar berita akan seruan oleh oleh pejuang2 negara untuk membuat demontrasi membantah penubuhan Malayan Union oleh penjajah di pusat bandaraya negara. Oleh kerana semangat patriotiknya yang tinggi, si uda turut bertekad untuk menyertai dan bergerak ke ibu negara dan menghadapi ppelbagai rintangan dalam perjalanan tersebut. Maka dengan semangat petriotik yang tinggi si uda telah berjaya bersama puluhan ribu bangsa melayu membuat demontrasi membantah penubuhan Malayan Union oleh penjajah barat.

Sesudah habis demontrasi tersebut, si uda lalu pulang ke kampung halaman dari pusat banddaraya negara. Setelah sampai di kampung, si uda telah dikejutkan dengan pinangannya telah dikahwinkan dengan pemuda lain, kerana menyangka si uda telah melarikan diri dari berkahwin dengan si dara, kerana bimbangkan malu akan fitnah dari penduduk kampung, si dara telah dikahwinkan dengan pemuda lain. Lalu si uda yang sedih dengan peristiwa ini telah membawa diri untuk mencari kerja di Singapura. Di Singapura si uda mula berkerja dan berjinak-jinak dalam bidang penulisan dan berjaya menjadi karyawan terkenal di negara. Dan pada masa yang sama negara telah berjaya mencapai kemerdekaan sedikit sebanyak hasil dari demontrasi untuk membatalkan Malayan Union yang disertainya. Lalu dikenangkan kisah lalunya, kerana beliau menyertai demontrasi tersebut, maka kemerdekaan negara dapat diicapai, kerana beliau tidak berkahwin dengan si daralah beliau dapat menjadi karyawan terkenal di negara, kerana si uda telh memilih perjuangan yang betullah beliau berjaya hari ini, dalam satu rangkap dalam novel tersebut “rupanya masih ada perjuangan yang lebih penting dari perjuangan untuk membawa si dara ke ranjanag.....” perjunagn untuk memerdekakan negara Malaysia.....

Berbeza pula dengan kisah sahabat Rasulullah iaitu Saad Bin Muaz. Saad Bin Muaz adalah seorang hamba antara sahabat yang paling hitam pada masa itu, dibandingkan Saad dengan Bilal, Saad dikatakan jauh lebih hitam dari Bilal. Saad mula memeluk Islam ketika berumur 31 tahun dan Syahid pada umur 37, seorang yang tinggi iman. Ketika berhijrah ke Madinah beliau ingin untuk mendirikan rumah tangga lalu dipinangnya perempuan di Madinah, kerana kulitnya yang hitam pinangannya telah ditolak berkali-kali oleh wanita2 Madinah. Rasa kecewa dengan peristiwa ini lalu beliau mendatangi Rasulullah untuk mengadu, “wahai Rasulullah, adakah hinanya aku ini kerna kulitku yang hitam sehingga pinanganku ditolak berkali-kali” lalu Rasulullah bekata “jangan bimbang Saad, engkau adalah orang yang aku jamin” lalu Rasulullah memanggilkan sahabat2 yang lain untuk bertanyakan kepada meraka akan rumah seorang wanita yang terkenal dengan kecantikannya di Madinah. Lalu Rasulullah menyuruh sahabat2 tersebut membawa Saad untuk di pinangkan kepada Saad atas jaminan Rasulullah. Alangkah gembiranya Saad di saat itu kerana dirinya dijamin oleh Rasulullah untuk dikahwinkan dengan wanita yang cantik.

Maka Saad pun dibawa oleh sahabat2 kerumah wanita yang cantik di Madinah itu. Ketika sampai di rumah tersebut, lalu Saad dan sahabat2 di layan oleh bapa kepada wanita tersebut. Lalu sahabat2 yang lain menyampaikan hajat bahawa Saad telah dijamin oleh Rasulullah datang untuk meminangka anaknya yang cantik tersebut. Bapa wanita kemudian gembira kerana salah faham menyangka anaknya dipinang oleh Rasulullah. Oleh kerana Saad seorang yang jujur lalu dinyatakan maksud yang sebanar bahawa beliaulah yang ingin meminang wanita yang cantik tersebut. Bapa wanita tersebut kemudian bertukar menjadi marah kerana menghina Saad yang berkulit hitam ingin mengahwini anaknya yang cantik. Saad pun balik berjumpa dan mengadu kepada Rasulullah. Perempuan yang cantik ini kemudian menegur bapanya kerana menolak pinangan Saad kerana Saad adalah seorang yang di jamin oleh Rasulullah, dan ketentuan oleh Allah. Lalu bapa wanita pergi mengejar Saad dan meminta maaf dan menerima pinangan Saad di depan Rasulullah. Rasulullah lalu menanyakan Saad samada beliau memiliki wang. Kerana mengetahui bahawa Saad tiada wang untuk berkahwin maka disuruhnya untuk meminta wang kepada Abd Rahman, Usman dan Ali. Dan Rasullulah menyuruh Saad membeli kelengkapan untuk perkahwinannya.

Ketika sedang membeli keperluan untuk perkahwinan Saad terdengar seruan jihad dari Rasulullah “wahai pemuda2 Islam bersiap sedia segera kerna musuh sedang datang untuk menyerang kita”, lalu Saad menukar fikiran dengan membeli kelengkapan perang siap sedia dengan baju perisai dan kuda untuk berperang. Dan Saad dengan segera pergi berbaris paling hadapan dengan sahabat2 lain dengan siap berpakain perisai perang. Kerana baju perisai yang lengkap, Saad tidak dikenali oleh sahabat2 lain. Takdir Allah Saad telah syahid dalam peperangan tersebut, dan selepas perang jihad tersebut, sahabat2 terkejut kerna tidak menyangka orang yang berperisai lengkap tersebut adalah Saad, mereka sedih dan tidak menyangka kerana Saad sedang bersiap sedia untuk perkahwinannya. Berita syahidnya Saad ini segera disampaikan kepada Rasulullah dan Rasulullaj berkata “di saat kematian Saad bergegar arash Allah dan menangis para maklaikat di langit dan di bumi”. Saad Bin Muaz dimuliakan oleh Allah di saat kematiannya adalah seorang yang hanya 6 tahun jangka hayatnya dalam Islam. Tetapi apakah kita kini yang ketika balir telah pun Islam sehingga hari ini adalah Islam akan dimuliakan oleh Allah di saat kematian kita??

Kesimpulan dari dua kisah ini adalah mereka berjaya dalam hidup mereka kerana mereka memilih perjuangan yang lebih penting iaitu perjuangan untuk memartabatkan Islam dan memerdekakan negara di muka bumi Allah ini. Berbeza dengan kita hari ini, sentiasa dibuai oleh angan2 dan bakhil dengan Allah. kita sanggup menghabiskan berbual dengan “pasangan” atau “awek” yang belum pasti sah atau tidak hubungan tersebut sehingga berjam-jam, tetapi kita solat untuk berjumpa Allah bagaikan kilat tidak sampai dua minit kerana kejarkan masa yang belum tentu akan datang...... kita sanggup habiskan kredit seminggu sepuluh ringgit untuk top-up hanset untuk sentiasa berhubung dengan orang tersayang, tapi kedekut apabila fakir miskin meminta sedekah atau bersedekah untuk masjid demi untuk menjaga hubungan kita dengan Allah........ kita sentiasa tepat masa dalam menonton segala rancangan tv yang kita minati, tetapi sentiasa kita lambatkan janji solat kita dengan Allah walaupun setelah lama masuk waktunya..... kita sanggup membuat puluhan ayat2 indah merayu untuk orang tersayang jika orang tersayang merajuk, tetapi kedekut untuk mengeluarkan ayat rayuan memohon pengampunan kepada Allah atas segala dosa yang kita lakukan dalam hidup ini....... inilah antara punca kelemahan Islam masa kini, kerana kita lebih cintakan dunia dari cintakan Allah kerana kurangnya penghayatan kita terhadap agama Islam kita sendiri. Kita sentiasa menjaga sesuatu yang penting, tetapi kita juga sentiasa lupa akan sesuatu yang lebih penting. Benarlah akan hadis Rasulullah Mafhumnya:

““berjayanya generasi awal (zaman Rasulullah dan sahabat) adalah kerana

mereka menyakini Islam sepenuhnya dan zuhud dengan dunia. Dan binasanya

generasi akhir disebabkan bakhil (berkira dengan Allah Ta’ala) dan panjang

akan angan2nya”

Renung-renungkanlah......

Wallahu a'lam.

Monday, May 5, 2008

sebuah permulaan bagi sebuah perjuangan (http://mindaulama.blogspot.com/)



28. Dan demikian (pula) di antara manusia, binatang-binatang melata dan binatang-binatang ternak ada yang bermacam-macam warnanya (dan jenisnya). Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama[1258]. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun. (surah Faathir- ayat 28)

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam yang memberi kekuatan untuk aku berbakti dalam perjuangan ini. Hanyalah ENGKAU tujuan hidup kami Ya ALLAH dan hanyalah kepada ENGKAU kami mengharap untuk kembali Ya ALLAH, dan semoga laman dan ruangan yang kecil ini dapat memberi sedikit sumbangan kepada perjuangan dalam menegakkan kembali ISLAM di atas muka bumimu Ya ALLAH.

-minda ulama'- (http://mindaulama.blogspot.com/) nama diberi kepada laman dan ruangan ini, adalah untuk himpunan pendapat2 dan idea2 ulama' di Malaysia yang sentiasa bersuara demi menegakkan syiar Islam di Malaysia, ulama' ini tiada lelah dan sangsi dalam dalam perjuangan ini kerna tanggungjawab terhadap Ilahi dan cinta akan Nabi, bukan duniawi yang mereka cari, tapi keredhaan akan Ilahi.

Semoga laman ini dapat memberi manfaat kepada iman diri ini dan kepada semua yang sudi melawati...... bacalah tulisan dan pandangan ulama'2 ini, fikirlah dengan akal dipandukan iman, dan dan jangan kita fikir berpandukan nafsu, fikirlah sebagai seorang Islam, dan fikirlah sebagai seorang hamba ALLAH.

Wallahu a'lam.


doa supaya mencukupkan keperluan diri dan keluarga


Ujian dari Allah dan Ujian dari manusia

Ujian dari manusia dan ujian dari Allah

Alhamdulillah selesai sudah akan dugaan dunia baru2 ini apabila saya menghadapi peperiksaan universiti seperti mana saudara2 lain2 yang turut sama menghadapi peperiksaan universiti dan peperiksaan2 lain. Dalam menghadapi tekanan ujian universiti ini, belbagai perkara telah membuatkan saya tersedar, bahawa sesungguhnya ujian peperiksaan universiti yang kita hadapi ini juga adalah merupakan ujian dari Allah Ta'ala kepada kita hamba NYA.....

Perperiksaan universiti ini sesungguhnya memerlukan kita masa yang lebih besar untuk mengulangkaji pelajaran, tetapi pada masa yang sama, sejauh mana pula kesibukan dan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah di muka bumi milik yang Maha Esa ini. Di masa inilah tempat untuk kita menguji iman dan cinta kita kepada Allah. Kerna bagi orang yang beriman dan cinta akan Allah Ta'ala, selama mana mereka menghadapi tekanan dan ujian semakin dekatlah mereka kepada Allah Ta'ala, kerna mereka yakin bahawa hanya Allah tempat untuk mengandungan hidup dalam apa perkara sekalipun.

Kerna kadang-kala ujian seperti ini juga boleh menjauhkan diri kita dari Allah Ta’ala, kerna mungkin dalam hati ini terdapat akan rasa sangsi terhadap penggantungan hidup kepada Allah Ta’ala. Mungkin juga sesetengah dari kita akan melambatkan solatnya kerna melebihkan ulangkajinya, mungkin juga akan terdapat dari kita yang tertinggal solat subuh kerna tidur lewat pada waktu malam kerna ulangkajinya, dan belbagai-bagai keadaan yang lain2 lagi....

Kadangkala dalam keadaan2 seperti ini, kita kerap tercicir dari ujian Allah ini kerna akal dan iman kita yang gagal membezakan antara “yang penting dan yang lebih penting”. Sesungguh dalam keadaan seperti inilah kita perlu meletakkan lebih sesuatu yang lebih dari sesuatu yang penting. Bukan lah saya menafikan seseorang untuk mengulangkaji pelajaran, tetapi biarlah bila mana kita sentiasa meletakkan “yang lebih penting” itu di hadapan dari “yang penting”.

Sesungguhnya mengulangkaji pelajaran itu adalah penting, tetapi solat dan amalan kita kepada Allah adalah lebih penting, benarlah menuntut ilmu itu penting, tetapi biarlah disaat kita dituntut untuk menghadap Allah kita lalaikan kerna alasan untuk mengulangkaji pelajaran dengan alasan untuk cemerlang dalam ujian. Biarlah medan ujian ini membuatkan kita untuk lebih bertafakur dan mengharap kepada Allah. Jadikanlah medan ujian ini untuk mengajarkan kita lebih untuk meletakkan pergantungan dan cinta kita kepada Allah Ta’ala dengan melakukan perkara sunat seperti tahajud dan perkara2 sunat yang lain. Sesungguhnya kita mungkin cemerlang apabila mendapat keputusan yang baik dalam ujian ini, tetapi terdapat cemerlang yang lebih tinggi disisi Allah apabila kita cemerlang memlihara iman kita.

Semoga ujian ini dapat mengingatkan untuk terus meningkatkan iman kita kepada Allah Ta’ala pada masa kini dan masa hadapan. Sama-samalah kita renungkan.....

Wednesday, April 23, 2008

Penawar Supaya Dapat Menjauhi Maksiat

Saturday, April 19, 2008

Doa menghadapi tekanan

Thursday, April 10, 2008

Kuliah Kitab MinyatulMusolli Dr. Haron Din (update)

Siri Kuliah MinyatulMusolli dari Dr.Haron Din

  1. MinyatulMusolli 1
  2. MinyatulMusolli 2
  3. MinyatulMusolli 3
  4. MinyatulMusolli 4
  5. MinyatulMusolli 5
  6. MinyatulMusolli 6
  7. MinyatulMusolli 7
  8. MinyatulMusolli 8
  9. MinyatulMusolli 9
  10. MinyatulMusolli 10
  11. MinyatulMusolli 11
  12. MinyatulMusolli 12
  13. MinyatulMusolli 13
  14. MinyatulMusolli 14

Siri Kuliah MunyatulMusolli

Sumber Darul Syifa

Tuesday, April 8, 2008

Ulasan Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din Tentang PRU12 Arau Perlis

Ulasan Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din Tentang PRU12 Arau Perlis
Tanggal: Wednesday, 02 April 2008
Topik:

Ulasan Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din Tentang Keputusan Pilihanraya Parlimen P3 Arau Perlis

Ketika diamanahkan untuk mengendalikan laman web Darussyifa’, webmaster diingatkan beberapa kali oleh Jawatankuasa Darussyifa’ supaya tidak menyiarkan berita politik kepartian di laman web ini. Ini kerana Darussyifa’ adalah sebuah NGO yang tidak terlibat dengan politik kepartian. Darussyifa’ menjadi tempat rawatan alternatif kepada semua golongan masyarakat sama ada orang-orang Islam dan juga bukan Islam. Menyiarkan berita politik kepartian sesetengahnya mungkin sensitif bila membacanya.

Bagaimanapun, apa yang webmaster ingin paparkan di sini pada kali ini bukan berita politik sebaliknya tentang pengajaran yang sangat besar boleh di ambil daripada ulasan oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din tentang penyertaannya dalam pilihan raya umum Malaysia ke-12 baru-baru ini.

Pada hari Isnin, 17hb. Mac 2008, sebelum memulakan kuliah pengubatan Islam, Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din memberikan ulasan ringkas tetapi padat tentang keputusan Pilihanraya Parlimen Arau yang ditandingi oleh beliau. Berikut adalah transkrip ucapan beliau;



Saudara dan saudari sekalian, selesai sudah cerita pilihan raya. Setelah pengumuman keputusan pilihanraya, saya menerima banyak SMS, saya anggarkan hampir 120 semuanya, yang paling ramai mengucapkan takziah serta perasaan dukacita dan sebagainya. Yang saya suka (sambil tersenyum), ada juga yang mengucapkan tahniah.



Apa yang saya ingin nyatakan di sini bahawa, dalam sesuatu perjuangan yang begitu besar, seperti perjuangan untuk mendaulatkan Islam, ia berhajatkan kepada suatu pengorbanan yang cukup besar. Walaupun kemenangan yang semua orang kehendaki dan cita-citakan tetapi hendaklah jangan lari daripada landasan bahawa sesuatu yang besar itu kita tidak mengetahui adakah ia baik atau buruk.

Sebagai contoh, kekayaan, perkahwinan, jawatan dan kemenangan pilihanraya, tidak selama-lamanya ia baik dan tidak selama-lamanya ia buruk. Yang mengetahui kebaikannya dan keburukannya hanya Allah SWT sahaja.

Disyariatkan kepada kita supaya menghadap Allah SWT apabila kita hendak membuat sesuatu kerja-kerja besar. Rasulullah s.a.w. menyuruh kita beristikharah kepada Allah SWT, di antara mesej dalam Istikharah itu kita nyatakan;



Justeru itulah, sebelum menyertai pilihanraya ini, saya lakukan Solat Sunat Istikharah dan saya bermohon kepada Allah SWT, seandainya yang saya lakukan ini adalah baik bagi saya, bagi agama saya, bagi dunia saya dan akhirat saya, hidup saya yang segera, hidup saya yang panjang, sekiranya kesemuanya berfaedah bagi saya, maka Ya Allah saya bermohon agar ianya berjaya dan berilah kekuatan kepada saya untuk menanggung amanah tersebut.

Ya Allah, kalau yang saya buat ini, ianya tidak baik bagi saya, ianya jahat bagi saya, ianya tidak baik bagi agama saya, bagi dunia saya dan akhirat saya, kehidupan saya yang dekat atau yang jauh, jika kesemuanya tidak baik, maka janganlah Engkau anugerahkan kemenangan itu kepada saya. Saya serahkan kepada-Mu ya Allah.

Itulah yang saya bermohon kepada Allah SWT bila menghadapi persoalan yang seumpama ini. Dan akhirnya mendapat jawapan bahawa saya tidak kalah tetapi belum menang lagi. Tidak ada apa yang hendak dikecewakan.

Ada yang mengatakan mana mungkin dalam suasana tsunami politik yang begitu hebat, kemenangan yang tidak diduga-duga dikebanyakan kawasan, tetapi Ustaz Haron Din boleh kalah. Jangan mengatakan begitu, nasihat saya jangan saudara lihat kepada orang yang kalah, lihat kepada yang menang. Jangan lihat kepada angka kepada berapa orang yang kecundang, lihat kepada angka orang yang berdiri teguh yang memegang kuasa. Itulah yang saya katakan tidak ada perkara perlu disedihkan kerana perjuangan belum tamat. Kita perlukan keazaman untuk terus berjuang untuk menegakkan kalimah Allah SWT di mukabumi ini.



Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada yang bersimpati kepada saya, yang telah pergi dari Bangi, Kuala Lumpur dan dari tempat lain ke Perlis, yang turut bersama saya berkempen, bergelomang dalam kancah pilihanraya, meninggalkan anak isteri, berkorban masa, wang ringgit, tenaga, baik muslimin dan juga muslimat, saya mengucapkan terima kasih, kesemuanya tidak sia-sia di sisi Allah SWT. Semoga Allah lah yang membalasnya.

sumber dari:
http://www.darussyifa.org/

ceramah kesyukuran di satdium melawati

ceramah politk dan isu semasa oleh:
  1. YAB MB Selangor
  2. YAB MB Selangor 2
  3. YB Dr. Hassan Ali
  4. YB Dr. Hassan Ali 2
  5. YB Ust Nassarudin Md Isa
  6. YB Ust Nassarudin Md Isa 2
  7. YB Tuan Guru Haji Hadi
  8. YB Tuan Guru Haji Hadi 2
  9. YB Tuan Guru Haji Hadi 3
  10. YB Tuan Guru Haji Hadi 4
Koleksi ceramah2 politik dan isu semasa

Monday, April 7, 2008

FITNA: di manakah sensitiviti umat Islam??

FITNA: di manakah sensitiviti umat Islam??

Baru2 ini kita umat Islam di seluruh dunia telah di kejutkan dengan kontroversi video 15 minit fitna di Belanda. Dan filem pendek ini telah mengundang kemarahan umat Islam di seluruh dunia, berbagai-bagi tunjuk perasaan dan berbagai-bagai lagi.

Tetapi sejauh manakah sensitiviti kepada hati kita, apabila Kalam2 Allah di putar belitkan, apabila2 Hadis Rasulullah s.a.w di kotak katikkan sebagai tunjang pengganas di dunia ini. Sejauh manakah sayunya hati kita apabila melihat filem ini. Dan saya yakin bagi mereka yg sering memperjuangkan Islam dan memahami Islam akan terasa akan sayunya hati ini melihat Kalam Allah dan Sunnah Rasulullah di fitnah dengan sedemikian rupa. Tetapi bagi mereka yg mengambil Islam hanya untuk keperluan diri sendiri pasti video ini tidak menghasilkan apa2 emosi dalam hati mereka.

Teringat akan sebuah Hadis Rasulullah yg mengatakan
“berjayanya generasi awal (zaman Rasulullah dan sahabat) adalah kerana
mereka menyakini Islam sepenuhnya dan zuhud dengan dunia. Dan binasanya
generasi akhir disebabkan bakhil (berkira dengan Allah Ta’ala) dan panjang
akan angan2nya”

Saya yakin Geert Wilders dan Belanda berani untuk mengeluarkan video ini kerana mereka percaya bahawa kita umat Islam di dunia masih lemah dan mereka pasti akan selamat walupun video selepas video ini di keluarkan kerana dunia pasti akan melindungi mereka, kerana suara2 besar pasti akan melindungi mereka dan waktu pasti akan menghanyutkan ingatan umat Islam terhadap perkara ini, dan sudah pasti mereka akan mendapat keuntungan terhadap hasil video ini melalui kelemahan kita umat Islam di dunia.

Jika direnungkan kisah yang berlaku di zaman Saidina Umar, yg mana apabila wanita Islam ditarik tudungnya oleh orang Yahudi dan dipermain-mainkan telah menyebabkan peperangan terhadap golongan ini kerana menodai maruah uamt Islam, berbeza dengan kita apabila Geert Wilders dan Belanda secara terang2 memfitnah Kalam Allah dan Hadis Rasulullah, dan mereka pula dengan bangga menayangkan seluruh dunia. Bukanlah saya ingin meniupkan gendang perangan tersebut, tetapi hakikatnya di sini nyata betapa kita umat Islam di dunia masih adalah negara2 Islam yg lemah kerana jauhnya kita dari Islam itu sendiri.

Walaupun mereka sedar bahawa perkembangan umat Islam di dunia adalah tinggi, tetapi pucuk pimpinan negara-negara Islam di dunia masih lemah dan masih lagi di bawah “didikan sekular” penjajah2 barat dan Belanda adalah merupakan salah satu negara guru penjajah “didikan sekular” tersebut. Perkara ini terbukti sekali walaupun negara2 umat Islam kini bercantum di bawah laungan Pertubuhan Negara2 Islam (OIC) dan banyak lagi NGO2 Islam, tiada satu pun pertubuhan yg benar2 membela negara saudara Islam seperti Palastin, Iraq, dan Afganistan apabila negara Islam ini di nodai oleh kuasa2 besar seperti US dan Israel yang ingin menodai Islam.

Saudara-saudari sekalian, teringat akan saya kata2 ulamak besar Syed Qutb
“masa yg kita ada dalam hidup ini amatlah sedikit, dan
kerja2 yg perlu kita laksankan adalah amat banyak”

Oleh itu, tidak perlulah kita mensia-siakan umur kita menunggu sehingga tua baru mahu kembali kepada Islam, mengamalkan Islam dan memahami Islam, kerana umur umar umat Muhamad Rasulullah hanyalah sekitar 60 an dan jika kita menunggu sehingga 40 an baru ingin kembali kepada Islam, bayangkan kita hanya menggunakan 1/3 dari umur kita untuk Islam, dan apa ingin kita jawab apabila ditanya sumbangan kita kepada agama Allah di akhirat nanti?? Jadilah kita seperti Saad Bin Muaz yg masuk Islam 31 tahun dan syahid pada 37 tahun, walaupun singkat hidupnya bersama Islam tapi di saat kematiannya begegar arash Allah dan menangis para malaikat kerana tawaduk dan alim nya dalam jangka hayatnya bersama Islam.

Saturday, April 5, 2008

koleksi ceramah politik dan isu semasa mac 2008

ceramah kesyukuran sempena kemenangan PAS di Kerian Kelantan mac 2008
  1. YB AMAR
  2. YB IBRAHIM ALI
  3. YB HUSAM MUSA
  4. YAB MENTERI BESAR KEDAH
  5. TUAN GURU NIK AZIZ

Tuesday, April 1, 2008

Islam The Way of Life



















Islam Pemacu Semangat Perjuangan

Melihat kembali kepada kebangkitan rakyat yang berlaku pada PRU-12 Malaysia kini, ramai penganalisis politik yang menyatakan bahawa ini adalah reformasi daripada golonan muda-mudi.... kemudian saya terbaca dalam blog2 dari kalangan orang muda yang banyak menunjukkan semangat dalam memperjuangkan perubahan di Malaysia. Saya juga orang muda, seperti mereka semua.... bukan orang muda suatu persoalan, tetapi apa yang lebih merisaukan saya mengenai panduan dalam kepada semangat muda itu dalam berjuang....


Jika dinilai kembali kepada penubuhan2 kumpulan2 yang sesat dan perjuangan yang salah di negara syiah, Al-Arqam (suatu ketika dahulu), pahaman wahabi (yang banyak mempersoal perkara2 bid’ah yang khilafah) banyak di angotai oleh golongan muda-mudi.... pada saya golongan2 ini merupakan golongan yang mempunyai semangat yang tinggi, tetapi panduannya tidak pada tempat nya. Perkara ini berlaku kerana kita tidak letakkan ilmu agama Islam di hadapan dan kerana kurang nya pahaman kita terhadap Islam yang menyebab kita tersesat dalam memilih perjungan...

Dilihat kembali akan pendidikan mengenai Islam di sekolah hanyalah menitik beratkan perkara-perkara pucuknya, tidak pula pada pangkal dan aqidahnya. Inilah antara faktor yang menyebabkan pemuda pada masa kini kadang kala tergelincir dalam memilih haluan dalam perjuangan. Jika dilihat dari sudut ilmiah dan pendapat ulamak dahulu dan masa kini, ada yang berpendapat bahawa setiap umat Islam harus menguasai ilmu fardhu ain dahulu sebelum menguasai ilmu fardhu kifayah, fardhu ain di sini bukan lah sekadar pengetahuan solat tetapi menyeluruh meliputi perkara2 Aqidah, Ibadah, Tasawuf, Syariah mahupun Akhlak dalam Islam sebelum menguasai ilmu2 fardhu kifayah, yakni ilmu pembangunan zaman.


Jika direnung akan zaman kegemilangan Islam di zaman kegemilangan Islam seperti di turki, Andalus Sepanyol dan Portugal pada suatu masa dahulu, perkembangan negara tersebut menjadi panduan di seluruh Dunia, yang mana golongan barat berbangga untuk menuntut ilmu dan mempelajari Islam, menjadi contoh sebagai negara ilmu dalam pelbagai bidang pembangunan zaman seperti dalam bidang perubatan, pertanian dan lain2, dan pelopor2 ilmu ini adalah dari kalangan mereka yang menghafal Al-Quran dan golongan ahli sufi dan wali2 Allah pada ketika itu. Ini kerana mereka memiliki panduan yang betul dalam setiap kajian dan ilmu yang dipelajari dan mereka mencapai zaman kegemilangan Ilmu dalam umat Islam.

Oleh itu, saya merayu kepada semua golongan muda yang bersemangat untuk berjuang, pahamilah Islam dan letakkan Islam di hadapan dalam apa pun jua dasar perjuangan, nescaya kita tidak akan sesat kerana “Islam itu tinggi dan tiada yang lebih darinya”. Tanamkan cinta kita kepada Allah dan Muhamad Rasulullah, letakkan Al-Quran dan Hadis di hadapan dalam setiap apa jua perjungan.

Template by:
Free Blog Templates