“Sakitkah remaja Islam masa kini??”
“SAKIT” mungkin inilah jawapan kepada persoalan kepada pengalaman yang saya hadapi baru2 ini.
Pada cuti semester baru2 ini, saya sempat bekerja kontrak di sebuah kilang selama 3 minggu bersama lebih kurang 20 pekerja melayu dan Islam berumur dari 18 ke 30 tahun. Dan kisah ini bermula apabila di antara mereka tiada seorang pun yang menunaikan solat isyaa dan subuh ketika kerja di bahagian malam. Dan kisah ini juga membangkitkan kisah setahun yang lalu, ketika saya bekerja sementara di salah sebuah pasaraya yang terkenal di Langkawi, yang mana saya hanya sempat bekerja lebih kurang 5 jam sahaja dan kemudiannya saya berhenti dari kerja kerana tidak di beri ruang dan waktu untuk saya menunaikan solat ketika berkerja. Tetapi di tempat kerja berkenaan saya lihat dalam lingkungan 50 pekerja melayu dan Islam bekerja dengan senang dan bagaikan tiada masalah kerna tidak menunaikan solat......
Agak bingung juga apabila memikirkan masalah ini, “tidak solatkah mereka??”, “tidakkah mereka di didik untuk solat??”, “apakah ibu dan bapa mereka ambil peduli akan solat mereka??”, inilah antara persoalan yang menghantui diri apabila memikirkan akan masalah kepada mereka yang boleh saya katakan kesemua mereka ini adalah dari kalangan remaja dalam lingkungan 15 – 30 tahun. Mungkin perkara ini ada di bangkitkan oleh ulamak dan pendakwah, tetapi inilah realiti yang berlaku sendiri kepada saya. Saya bekerja bersama meraka, makan bersama mereka dan saya solat seorang diri, inilah perkara yang menyedihkan saya.
Mungkin perkara ini adalah perkara remeh bagi sesetengah pihak, tetapi saya yakin perkara ini adalah suatu bencana bagi para pecinta Islam. Mungkin juga sesetengah pihak atau sebahagian masyarakat sudah akur dengan penyakit ini, tetapi mungkin inilah tujuan untuk pendakwah dan ulamak untuk sentiasa bekerja dan tidak boleh tunduk pada zaman atau pemerintahan. Mungkin juga perkara ini sudah menjadi kebiasaan pada sesetengah masyarakat dan sentiasa memasukkan “cotton buds” di dalam telinga mereka ketika ada isu2 seperti ini yang di bangkitkan oleh ulamak dan pendakwah.
Inilah penyakit remaja masa kini yang ubatnya tidak boleh didapati di mana2 klinik atau hospital sekitar kita masa kini. Inilah penyakit yang di gelar penyakit “hati yang rosak”, iaitu hati yang terpesong dari akidah dan syariat Islam, hati yang sangat di idami oleh Iblis dan musuh2 Islam. Teringat akan saya kisah umat terdahulu, bila seorang pemuda yang tidak menunaikan solat masuk dalam sebuah kampung yang di diami oleh golongan2 yang beriman, lalu pemuda tersebut membasuh mukanya di dalam kampung berkenaan dan jatuh air basuhan itu di dalam kampung itu, Allah tidak redha dengan pemuda itu, lalu Allah turunkan azabkan kampung itu hanya kerana tidak redha dengan pemuda itu. Berbalik dengan penyakit remaja dan muda-mudi kita masa kini yang tidak menunaikan solat ini, andai kata kita berada pada zaman tesebut, sudah tentu kita akan di azab dengan azab yang amat berat. Mungkin kita kini masih selamat kerana berkat antara doa Rasulullah yang memohon agar pembalasan terhadap dosa umatnya agar tidak disegerakan di dunia.
Apakah punca terhadap penyakit yang melanda Remaja dan muda-mudi Islam masa kini?? Mugnkinkah ini akibat dasar Islam sekular yang di amalkan negara, yang membezakan antara pentadbiran dan agama, dan di dalamnya mengagungkan pendidikan dunia tetapi pendidikan agama di pinggirkan. Mungkin ini juga adalah kesan kepada konsep Islam yang kita amalkan dalam negara selama 50 tahun kemerdekaan negara??? Bagi saya itulah punca-puncanya, apabila saya melihat dan mnegkaji masyarakat kita masa kini yang lebih mengutamakan pendidikan duniawi semata-mata dan meminggirkan pendidikan agama.
Ø Ramai ibu-bapa masa kini yang sanggup menghantar anak-anak hingga ke pintu sekolah, tetapi tidak ramai ibu bapa yang menghantar anak-anak ke kelas fardhu ain pada bahagian petang.
Ø Ramai ibu bapa yang membawa anak2 ke pusat tusyen pada bahagian malam dengan bayaran yang tinggi, tetapi tidak ramai ibu-bapa yang membawa anak-anak ke masjid mendengar ceramah agama tanpa perlu bayaran.
Ø Ramai ibu-bapa berdoa dengan kenduri dan bacaan yasin apabila anak mengambil peperiksaan dengan harapan anak menjadi doktor dan jurutera, tetapi tidak ramai yang berdoa untuk anak menjadi anak yang berjaya di akhirat.
Ø Ramai guru-guru sekolah yang mengajar ilmu dunia tetapi tidak ramai yang mengajar ilmu agama.
Ø Ramai guru-guru sekolah yang tanamkan kejayaan dunia pada murid2 di sekolah, tetapi tidak ramai guru-guru yang tanamkan kejayaan di akhirat.
Ø Ramai orang yang sanggup mendengar cakap doktor apabila sakit, tetapi tidak ramai yang sanggup mendengar cakap guru2 agama apabila “hati” mereka sakit.
Ø Ramai masyarakat berbangga apabila doktor dan jurutera menjadi pemimpin negara, tetapi tidak ramai masyarakat yang berbangga apabila orang yang beragama menjadi pemimpin negara.
Ø Ramai masyarkat mengejar kejayaan di dunia, tetapi tidak ramai yang sanggup mengejar kejayaan akhirat.
“dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezki kepadamu, kamilah yang memberikan rezki kepadamu. Dan akibat yang baik adalah bagi orang2 yang bertakwa.”
(Surah Thaahaa ayat-132)
Tepuk dada dan tanyalah pada Iman......
0 comments:
Post a Comment