Showing posts with label sinar ramadhan. Show all posts
Showing posts with label sinar ramadhan. Show all posts

Wednesday, August 25, 2010

Lailatul-Qadar



Thursday, August 12, 2010

marhaban ya Ramadhan III

siri mp3 Kuliah Sempena Ramadhan

siri mp3 Kuliah Sempena Ramadhan

click icon -> direct link (mediafire)


Monday, August 9, 2010

marhaban ya Ramadhan II

marhaban ya Ramadhan


Hadis Abu Hurairah r.a:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang mendirikan sembahyang malam pada bulan ramadan kerana keimanan (kepada Allah) dan mengharapkan keredaan Allah semata-mata, maka diampunkan segala dosanya yang telah lalu. (sahih Muslim)

Saturday, September 19, 2009

Salam Syawal & Selamat bertemu lagi Ramadhan




Selamat Tinggal Ramadhan, semoga bertemu lagi &
selamat datang syawal, semoga rahmat Ramadhan
membimbing keredhaan Allah




Saturday, September 12, 2009

mp3 Forum Perdana Badar Kubro - Azman Sapawi, Ir Khalid Samad, Dr Badrul Amin

Sedikit Renungan Badar Kubro

Perang badar kubro adalah perang pertama umat Islam selepas penghijrahan Rasulullah s.a.w dari ke Mekah ke Madinah, saya tidaklah ingin menghurai segala hikmah di sebalik peperangan yang unggul ini, tapi saya hanya ingin melihat dari sudut kecil yang dari kisah peperangan ini.Seperti yang kita sedia maklum peperangan ini berlaku hanya selepas hijrah Rasulullah dan melibatkan dari golongan muhajirin, bani aus dan kharaj. Dengan membawa pelbagai puak ini, Rasulullah mengetuai dan membawa untuk memerangi kafir dari Madinah yang sebahagian besar adalah dari puak Quraish dan kaum Rasulullah s.a.w sendiri.

Di sini apa yang ingin saya nyatakan bahawa Rasulullah meletakkan Islam adalah matlamat dan menepikan konsep "kita satu bangsa". Tentera Islam yang Rasulullah s.a.w bimbing juga meletakkan konsep yang sama, walaupun kita dari bangsa @ kaum yang sama, tetapi bila mereka menolak Islam maka mereka adalah musuh tanpa mengira Quraish atau apa saja bangsa atau bani di dunia ini.

Saudara @ saudari yang dihormati, kita hari ini lebih menjunjung melayu melebihi Islam @ kita lebih melayu dari Islam. kebanyakan orang melayu lebih memikirkan melayunya dari Islamnya. dan inilah punca terbantutnya perkambangan syiar Islam yang ingin kita tunjuk kepada kafir di Malaysia. Bila isu Islam dipertikai dari sebahagian pihak tidak ramai Islam di Malaysia menunjukan sensitiviti Islamnya tersentuh, tapi apabila usul melayu dipertikankan, maka berbangkitbuaklah segala orang MELAYU ISLAM di malaysia memprotes dari segala ruang dan tempat.

Apa yang ingin saya simpulkan disini bahawa musuh kita khususnya umat Islam di Malaysia kini bukan orang kafir yang menentang Islam se mata2, tapi juga orang Melayu Islam itu sendiri yang suka mempertikaikan perlaksanaan Islam dan suka memberi gambaran buruk mengenai Islam kepada orang kafir di Malaysia. Tuan2 dan Puan2, kita juga akan di pertangungjawabkan di akhirat kelak apabila kita gagal menunjukan syiar Islam kepada orang kafir, kerana kita lebih mengagungkan syiar 'melayu' di Malaysia kini.

sesungguhnya anatra sifat Abdullah bin Ubai (bapa Munafik) adalah mnghina orang muhajirin dan memuliakan orang ansar dan Rasulullah s.a.w sendiri adalah golongan Muhajirin, samalah sperti kita yang lebih mengejar Melayu yang tidak disoal di akhirat, tapi kita menepikan Islam yang menjadi syarat di akhirat, dan sesungguhnya mulianya kita diakhirat bukan kerana Melayu tetapi Islam yang kita junjung.

renung-renungkanlah.

salam Lailatul Qadr

Monday, September 7, 2009

keagungan Ramadhan

Wednesday, September 2, 2009

sinar Ramadhan III

Tuesday, September 1, 2009

siri mp3 ustaz Hasrizal Abdul Jamil - tazkirah Ramadhan


Monday, August 31, 2009

mp3 ustaz Kazim Elias - tazkirah Ramadhan & penjelasan isu kartika


Sunday, August 30, 2009

sinar ramadhan II

Friday, August 28, 2009

sinar ramdhan

Saturday, August 22, 2009

Forum Ramadhan Cara Rasulullah SAW


Friday, August 21, 2009

Forum Ramadhan Cara Rasulullah SAW - Dr Nik Mazian & Dr Abdul Basit

Thursday, August 20, 2009

salam ramadhan


Salam Ramadhan kepada semua umat Islam,
semoga ramadhan ini akan menjadi ramadhan yang lebih baik,
dan semoga ramadhan juga dapat memebimbing kita menjadi umat
yang lebih hebat sebagimana yang dibuktikan oleh Rasulullah s.a.w,
sahabat2 dan umat2 terdahulu sebagai umat yang hebat dalam
-BULAN RAMADHAN-

Thursday, September 18, 2008

kisah Nabi Luth dari Al-Quran

Sinopsis: Kisah kaum Nabi Luth yang mengingkari perintah Allah dan melakukan larangan2 Allah. Kisah kaum Nabi Luth yang terkenal dengan dosa homoseksual. Ikuti kisah dari al-Quran ini, tentang bagaimana Allah menyampaikan utusanNya untuk mengkhabarkan balasan dosa kaum Luth dan khabar gembira buat Nabi Ibrahim dan Sarah..


Surah Al-a’raf 7:82-84

82. Dan tidak ada jawab dari kaumnya selain daripada berkata: Usirlah mereka (Nabi Lut dan pengikut-pengikutnya yang taat) dari negeri kamu ini, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang (mendakwa) mensucikan diri.
83. Maka Kami selamatkan dia dan keluarganya (serta pengikut-pengikutnya) melainkan isterinya, dia (isterinya) dari orang-orang yang dibinasakan.
84. Dan Kami telah menghujani mereka dengan hujan (batu yang membinasakan). Oleh itu, lihatlah, bagaimana akibat orang-orang yang melakukan dosa.

Surah Hud 11:69-83

69. Dan sesungguhnya telah datang malaikat utusan-utusan kami kepada Nabi Ibrahim, dengan membawa berita yang menggembirakan. Lalu mereka memberi salam dengan berkata: Salam sejahtera kepadamu (wahai Ibrahim). Nabi Ibrahim menjawab: Salam sejahtera kepada kamu. Maka tidak berapa lama selepas itu, dia membawa jamuan untuk mereka seekor anak lembu yang dipanggang.
70. Maka apabila dia melihat tangan mereka tidak menyentuh hidangan itu, dia merasa pelik akan hal mereka serta merasa takut dari keadaan mereka. (Melihat kecemasannya) mereka berkata: Janganlah engkau takut wahai Ibrahim, sebenarnya kami ini diutus kepada kaum Lut (untuk membinasakan mereka).
71. Dan isterinya pada ketika itu berdiri (mendengar), lalu dia tersenyum (kerana hilang perasaan takutnya). Maka Kami pun memberikan berita yang menggembirakan kepadanya (melalui malaikat itu), bahawa dia akan mendapat seorang anak: Ishak, dan sesudah Ishak, (dia pula akan mendapat seorang cucu): Yaakub.
72. Isterinya berkata: Sungguh ajaib keadaanku! Adakah aku akan melahirkan anak padahal aku sudah tua dan suamiku ini juga sudah tua? Sesungguhnya kejadian ini suatu perkara yang menghairankan.
73. Malaikat-malaikat itu berkata: Patutkah engkau merasa hairan tentang perkara yang telah ditetapkan oleh Allah? Memanglah rahmat Allah dan berkatNya melimpah-limpah kepada kamu, wahai ahli rumah ini. Sesungguhnya Allah Maha Terpuji, lagi Maha Melimpah kebaikan dan kemurahanNya.
74. Maka apabila hilang perasaan takut dari hati Nabi Ibrahim dan sampai kepadanya berita yang menggembirakan itu, (mulailah) dia membantah (utusan-utusan) Kami tentang (azab yang akan menimpa) kaum Nabi Lut.
75. Sesungguhnya Nabi Ibrahim, penyabar, lembut hati (bertimbang rasa) lagi suka kembali kepada Allah dengan mengerjakan amal bakti.
76. (Malaikat-malaikat itu berkata): Wahai Ibrahim! Janganlah dihiraukan hal ini. Sesungguhnya telah datang perintah Tuhanmu (menghukum mereka) dan sesungguhnya mereka akan didatangi azab yang tidak akan dapat ditolak (oleh bantahan atau doa permohonan).
77. Dan apabila datang utusan-utusan Kami kepada Nabi Lut dia merasa dukacita dengan kedatangan mereka dan merasa tidak terdaya untuk mengawal mereka (dari gangguan kaumnya), sambil berkata: Ini adalah hari yang amat mencemaskan.
(Nabi Lut merasa susah akan kedatangan utusan Allah itu kerana mereka berupa pemuda yang rupawan sedangkan kaum Lut sangat menyukai pemuda-pemuda yang rupawan untuk melakukan homoseksual. Dia merasa tidak sanggup melindungi mereka bilamana ada gangguan dari kaumnya)
78. Dan kaumnya pun datang meluru kepadanya (dengan tujuan hendak mengganggu tetamunya), sedang mereka sebelum itu sudah biasa melakukan kejahatan. Nabi Lut berkata: Wahai kaumku! Di sini ada anak-anak perempuanku mereka lebih suci bagi kamu (maka berkahwinlah dengan mereka). Oleh itu takutlah kamu kepada Allah dan janganlah kamu memberi malu kepadaku terhadap tamuku ini. Tidakkah ada di antara kamu seorang lelaki yang bijak berakal (yang dapat memberi nasihat)?
79. Mereka menjawab: Sesungguhnya engkau telahpun mengetahui bahawa kami tidak mempunyai keinginan (syahwat) terhadap anak-anak perempuanmu dan sebenarnya engkau sedia mengetahui akan apa yang kami kehendaki.
80. Nabi Lut berkata: Kalaulah aku ada kekuatan untuk menentang kamu atau aku dapat berlindung kepada keluarga yang kuat (tentu aku lakukan).
81. (Mendengarkan yang demikian) tetamunya berkata: Wahai Lut! Sesungguhnya kami (adalah malaikat) utusan Tuhanmu. Kaum engkau yang jahat itu tidak sekali-kali akan dapat melakukan kepadamu (sebarang bencana). Oleh itu, pergilah berundur dari sini bersama-sama dengan keluargamu pada tengah malam dan janganlah seorangpun di antara kamu menoleh ke belakang. Kecuali isterimu, sesungguhnya dia akan ditimpa azab yang akan menimpa mereka (kerana dia memihak kepada mereka). Sesungguhnya masa yang dijanjikan untuk menimpakan azab kepada mereka ialah waktu Subuh; bukankah waktu Subuh itu sudah dekat?
82. Maka apabila datang (masa perlaksanaan) perintah Kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu diterbalikkan (tertimbus segala yang ada di muka buminya) dan kami menghujaninya dengan batu-batu dari tanah yang dibakar, menimpanya bertalu-talu.
83. Batu-batu itu ditandakan di sisi Tuhanmu (untuk membinasakan mereka) dan Ia pula tidaklah jauh dari orang-orang yang zalim itu.

Surah Al-anbiya’ 21:72-75

72. Dan Kami kurniakan kepadanya: Ishak (anaknya) dan Yaakub (cucunya) sebagai tambahan dan tiap-tiap seorang (dari mereka) Kami jadikan orang yang soleh.
73. Dan Kami jadikan mereka ketua-ketua ikutan, yang memimpin (manusia ke jalan yang benar) dengan perintah Kami dan Kami wahyukan kepada mereka mengerjakan kebaikan dan mendirikan sembahyang, serta memberi zakat dan mereka pula sentiasa beribadat kepada Kami.
74. Dan kepada Nabi Lut, Kami berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu dan Kami selamatkan dia dari bandar yang penduduknya selalu melakukan perkara-perkara yang keji; sesungguhnya mereka itu adalah kaum jahat, yang fasik, derhaka.
75. Dan Kami masukkan Nabi Lut dalam (kumpulan mereka yang dilimpahi) rahmat Kami; sesungguhnya dia dari orang-orang yang soleh.

Surah Ash-Shu’ara’ 26:160-175

160. (Demikian juga) kaum Nabi Lut telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka).
161. Ketika saudara mereka Nabi Lut, berkata kepada mereka: Hendaknya kamu mematuhi perintah Allah dan menjauhi laranganNya.
162. Sesungguhnya aku ini Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu.
163. Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah dan taatlah kepadaku.
164. Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam.
165. Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki dari kalangan manusia,
166. Dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh Tuhan kamu untuk kamu (melakukan hubungan yang halal) dari badan isteri-isteri kamu? (Kamu orang-orang yang bersalah) bahkan kamu adalah kaum yang melampaui batas (keinginan kebanyakan haiwan)!
167. Mereka menjawab: Sesungguhnya jika engkau tidak berhenti wahai Lut (daripada mencaci dan menyalahkan kami), nescaya engkau akan diusir keluar!
168. Nabi Lut berkata: Sesungguhnya aku dari orang-orang yang bencikan perbuatan kamu yang keji itu.
169. (Nabi Lut berdoa): Wahai Tuhanku, selamatkanlah daku dan keluarga serta pengikut-pengikutku dari apa yang dilakukan oleh golongan (yang jahat) itu.
170. Maka Kami selamatkan dia dan keluarganya serta pengikut-pengikutnya (semuanya);
171. Kecuali seorang perempuan tua tertinggal dalam golongan yang kena azab itu.
172. Kemudian Kami hancurkan yang lain (yang menentang Nabi Lut).
173. Dan Kami hujani mereka dengan hujan (azab yang membinasakan); maka amatlah buruknya hujan azab yang menimpa kaum yang telah diberi amaran.
174. Sesungguhnya peristiwa yang demikian, mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.
175. Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dialah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.

Surah an-naml 27:54-58

54. Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan); (ingatlah peristiwanya) ketika dia berkata kepada kaumnya: Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji sedang kamu nampak kejinya?
55. Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki, bukan perempuan, kerana memuaskan nafsu syahwat kamu. (Perbuatan kamu itu amatlah keji) bahkan kamu kaum yang jahil (yang tidak mengetahui akan akibatnya).
56. Maka kaumnya tidak menjawab selain dari berkata: Usirlah Lut dan pengikut-pengikutnya dari bandar kamu ini; sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang mendakwakan dirinya bersih suci.
57. Lalu Kami selamatkan Nabi Lut dan keluarganya serta pengikut-pengikutnya, kecuali isterinya, Kami takdirkan dia menjadi dari golongan yang tertinggal dalam azab.
58. Dan Kami hujani mereka dengan hujan yang membinasakan, maka amatlah buruknya hujan azab yang menimpa orang-orang yang telah diberi amaran.

Surah As-Saffat 37:133-136

133. Dan sesungguhnya Nabi Lut adalah dari Rasul-rasul (Kami) yang diutus.
134. (Ingatkanlah peristiwa) ketika kami selamatkan dia dan keluarga serta pengikut-pengikutnya semuanya.
135. Kecuali seorang perempuan tua tertinggal dalam golongan yang dibinasakan.
136. Kemudian Kami hancurkan yang lain (dari pengikut-pengikut Nabi Lut).

Surah Az-Zariyat 51:31-37

31. Nabi Ibrahim bertanya: (Selain dari itu) apa lagi tugas penting kamu wahai utusan Tuhan?
32. Mereka menjawab: Sesungguhnya Kami diutus kepada suatu kaum yang berdosa (untuk membinasakan mereka);
33. Supaya Kami menimpakan mereka dengan batu-batu dari tanah (yang dibakar),
34. Batu-batu itu ditandakan di sisi Tuhanmu, untuk membinasakan orang-orang yang melampaui batas (dalam keingkarannya).
35. (Setelah sampai utusan Kami ke tempat itu), Kami (perintahkan mereka) mengeluarkan orang-orang yang beriman yang tinggal di situ.
36. (Sesudah diperiksa) maka (utusan) Kami tidak mendapati di situ melainkan sebuah rumah sahaja yang ada penduduknya dari orang-orang Islam (yang beriman kepada Nabi Lut).
37. Dan Kami tinggalkan di negeri itu (timbunan batu-batu yang telah menghujani dan membinasakan mereka), sebagai tanda (yang mendatangkan keinsafan) bagi orang-orang yang sedia takut kepada azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

Surah Al-Qamar 54:33-39

33. (Demikian juga) kaum Nabi Lut telah mendustakan peringatan dan amaran (yang disampaikan oleh Rasulnya).
34. Sesungguhnya Kami telah menghantarkan kepada mereka angin ribut yang menghujani mereka dengan batu, kecuali keluarga Nabi Lut, Kami selamatkan mereka (dengan menyuruh mereka keluar dari situ) pada waktu jauh malam,
35. Sebagai limpah kurnia dari Kami. Demikianlah kami membalas orang-orang yang bersyukur.
36. Dan demi sesungguhnya! Nabi Lut telah memberi amaran kepada mereka mengenai azab seksa Kami; dalam pada itu, mereka tetap mendustakan amaran-amaran itu.
37. Dan demi sesungguhnya! Mereka telah memujuk Nabi Lut mengenai tetamunya, lalu Kami hapuskan biji mata mereka, serta (dikatakan kepada mereka): Rasalah azabKu dan kesan amaran-amaranKu!
38. Dan demi sesungguhnya! Mereka telah ditimpa azab yang kekal pada pagi-pagi hari (esoknya).
39. Lalu (dikatakan kepada mereka): Rasalah azabKu dan kesan amaran-amaranKu!

Surah At-Tahrim 66:10

10. Allah mengemukakan satu misal perbandingan (yang menyatakan tidak ada manfaatnya) bagi orang-orang kafir (berhubung rapat dengan orang-orang mukmin selagi mereka tidak beriman dengan sebenar-benarnya), iaitu: Perihal isteri Nabi Nuh dan isteri Nabi Lut; mereka berdua berada di bawah jagaan dua orang hamba yang soleh dari hamba-hamba Kami (yang sewajibnya mereka berdua taati); dalam pada itu mereka berlaku khianat kepada suami masing-masing; maka kedua-dua suami mereka (yang berpangkat Nabi itu) tidak dapat memberikan sebarang pertolongan kepada mereka dari (azab) Allah dan (sebaliknya) dikatakan kepada mereka berdua (pada hari pembalasan): Masuklah kamu berdua ke dalam Neraka bersama-sama orang-orang yang masuk (ke situ).

Sadaqallahul’azim..

Sunday, August 31, 2008

doa2 panduan di bulan ramadhan

niat puasa doa berbuka puasa



















amalan sunat pada bulan ramadhan








Ertinya : "Ya Allah, Ya Tuhanku kurniakan kepadaku rahmat

kerana Engkau sahaja yang dapat memberi rahmat"








Ertinya : Ya Allah, Ya Tuhanku ampunilah dosaku.

Ya Tuhan pentadbir semesta alam"













Ertinya : "Ya Allah Ya Tuhan bebaskan aku dari siksa api neraka
dan masukkan aku ke dalam syurga Engkau Ya Tuhan pentadbir semesta alam
dengan rahmat Engkau, kerana Engkau sahaja yang dapat memberi rahmat."


Sunat diperbanyakkan membaca sebelum berbuka puasa, dengan harapan memohon keampunan dari Allah berkat bulan yang mulia





Template by:
Free Blog Templates