Showing posts with label pilihanraya Malaysia. Show all posts
Showing posts with label pilihanraya Malaysia. Show all posts

Tuesday, April 8, 2008

Ulasan Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din Tentang PRU12 Arau Perlis

Ulasan Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din Tentang PRU12 Arau Perlis
Tanggal: Wednesday, 02 April 2008
Topik:

Ulasan Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din Tentang Keputusan Pilihanraya Parlimen P3 Arau Perlis

Ketika diamanahkan untuk mengendalikan laman web Darussyifa’, webmaster diingatkan beberapa kali oleh Jawatankuasa Darussyifa’ supaya tidak menyiarkan berita politik kepartian di laman web ini. Ini kerana Darussyifa’ adalah sebuah NGO yang tidak terlibat dengan politik kepartian. Darussyifa’ menjadi tempat rawatan alternatif kepada semua golongan masyarakat sama ada orang-orang Islam dan juga bukan Islam. Menyiarkan berita politik kepartian sesetengahnya mungkin sensitif bila membacanya.

Bagaimanapun, apa yang webmaster ingin paparkan di sini pada kali ini bukan berita politik sebaliknya tentang pengajaran yang sangat besar boleh di ambil daripada ulasan oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din tentang penyertaannya dalam pilihan raya umum Malaysia ke-12 baru-baru ini.

Pada hari Isnin, 17hb. Mac 2008, sebelum memulakan kuliah pengubatan Islam, Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din memberikan ulasan ringkas tetapi padat tentang keputusan Pilihanraya Parlimen Arau yang ditandingi oleh beliau. Berikut adalah transkrip ucapan beliau;



Saudara dan saudari sekalian, selesai sudah cerita pilihan raya. Setelah pengumuman keputusan pilihanraya, saya menerima banyak SMS, saya anggarkan hampir 120 semuanya, yang paling ramai mengucapkan takziah serta perasaan dukacita dan sebagainya. Yang saya suka (sambil tersenyum), ada juga yang mengucapkan tahniah.



Apa yang saya ingin nyatakan di sini bahawa, dalam sesuatu perjuangan yang begitu besar, seperti perjuangan untuk mendaulatkan Islam, ia berhajatkan kepada suatu pengorbanan yang cukup besar. Walaupun kemenangan yang semua orang kehendaki dan cita-citakan tetapi hendaklah jangan lari daripada landasan bahawa sesuatu yang besar itu kita tidak mengetahui adakah ia baik atau buruk.

Sebagai contoh, kekayaan, perkahwinan, jawatan dan kemenangan pilihanraya, tidak selama-lamanya ia baik dan tidak selama-lamanya ia buruk. Yang mengetahui kebaikannya dan keburukannya hanya Allah SWT sahaja.

Disyariatkan kepada kita supaya menghadap Allah SWT apabila kita hendak membuat sesuatu kerja-kerja besar. Rasulullah s.a.w. menyuruh kita beristikharah kepada Allah SWT, di antara mesej dalam Istikharah itu kita nyatakan;



Justeru itulah, sebelum menyertai pilihanraya ini, saya lakukan Solat Sunat Istikharah dan saya bermohon kepada Allah SWT, seandainya yang saya lakukan ini adalah baik bagi saya, bagi agama saya, bagi dunia saya dan akhirat saya, hidup saya yang segera, hidup saya yang panjang, sekiranya kesemuanya berfaedah bagi saya, maka Ya Allah saya bermohon agar ianya berjaya dan berilah kekuatan kepada saya untuk menanggung amanah tersebut.

Ya Allah, kalau yang saya buat ini, ianya tidak baik bagi saya, ianya jahat bagi saya, ianya tidak baik bagi agama saya, bagi dunia saya dan akhirat saya, kehidupan saya yang dekat atau yang jauh, jika kesemuanya tidak baik, maka janganlah Engkau anugerahkan kemenangan itu kepada saya. Saya serahkan kepada-Mu ya Allah.

Itulah yang saya bermohon kepada Allah SWT bila menghadapi persoalan yang seumpama ini. Dan akhirnya mendapat jawapan bahawa saya tidak kalah tetapi belum menang lagi. Tidak ada apa yang hendak dikecewakan.

Ada yang mengatakan mana mungkin dalam suasana tsunami politik yang begitu hebat, kemenangan yang tidak diduga-duga dikebanyakan kawasan, tetapi Ustaz Haron Din boleh kalah. Jangan mengatakan begitu, nasihat saya jangan saudara lihat kepada orang yang kalah, lihat kepada yang menang. Jangan lihat kepada angka kepada berapa orang yang kecundang, lihat kepada angka orang yang berdiri teguh yang memegang kuasa. Itulah yang saya katakan tidak ada perkara perlu disedihkan kerana perjuangan belum tamat. Kita perlukan keazaman untuk terus berjuang untuk menegakkan kalimah Allah SWT di mukabumi ini.



Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada yang bersimpati kepada saya, yang telah pergi dari Bangi, Kuala Lumpur dan dari tempat lain ke Perlis, yang turut bersama saya berkempen, bergelomang dalam kancah pilihanraya, meninggalkan anak isteri, berkorban masa, wang ringgit, tenaga, baik muslimin dan juga muslimat, saya mengucapkan terima kasih, kesemuanya tidak sia-sia di sisi Allah SWT. Semoga Allah lah yang membalasnya.

sumber dari:
http://www.darussyifa.org/

Monday, March 10, 2008

Sebuah Permulaan Bagi Satu Kebangkitan...


Sebuah Permulaan Bagi Satu Kebangkitan...

Apabila Piliharaya Umum ke-12 (PRU-12) di umumkan pada malam 8 Mac lalu, pelbagai kejutan telah berlaku di negara tumpah darah kita, MALAYSIA. Mungkinkah ini adalah lambang kebangkitan rakyat Malaysia atau mungkinkah ini satu gimik politik yang akan yang sentiasa memberi kejutan kepada negara Malaysia yang ‘kononnya’ mengamalkan demokrasi adil dan saksama?? Tiada siapa dapat menjawab persoalan ini dengan jelas, kerana Allah sentiasa mempunyai perancangannya yang sendiri.

Tetapi yakinlah kita bahawa setiap perkara yang ditakdirkan oleh Allah Ta’ala, mempunyai hikmah yang seringkali tak terjangkau akal fikiran kita sebagai hambaNYA yang lemah. Apabila kita toleh kembali kepada sejarah Umat Islam, adalah tidak mustahil ini adalah merupakan permulaan bagi kebangkitan kepada umat Islam di negara Malaysia selepas 50 tahun kemerdekaan negara. Dengan barisan parti yang memperjuangkan negara Islam iaitu Parti Islam Semelaysia (PAS) dan bersam parti-parti lain berjaya menamatkan penguasaan 2/3 kemenangan yang di pegang oleh kerajaan Barisan Nasional.

Walaupun Parti-parti pembangkang ini masih belum berjaya menawan negara, tetapi siapa jangka bahawa mereka berjaya mencipta kejayaan paling besar dalam sejarah PRU di Malaysia dengan menawan 5 negeri dan 2 daripadanya diperintah oleh barisan yang memperjuangkan negara Islam, PAS. Saya percaya dengan kebangkitan Islam di Iran, Palastine, dan Turki, Malaysia juga tidak terkecuali dengan gelombang ini. Seperti mana di Turki, yang mana pada suatu ketika dahulu, penjajah sangat yakin bahawa Islam tak akan kembali bertapak di negara itu, tetapi siapa jangka akan ada Yang lebih Berkuasa dalam menetukan perancangan alam semasta ini, dengan kejatuhan parti sekular di Turki kepada Parti Islam, yang kini dalam proses mengembalikan syiar Islam di negeri sekular tersebut.

Begitu juga dengan Malaysia, siapa yang jangka akan wujud kebangkitan di negara ini selepas 50 tahun kemerdekaan negara dan di bawah pemerintahan parti yang sama, di kala mana rakyat Islam di negara ini bagai lalai dengan segala pembangunan dan kemewahan yang ‘konon’ disajikan oleh kerajaan, dengan projek-projek mega yang di sajikan kepada rakyat dan puluhan perkembangan negara di tunjukkan kepada rakyat oleh media-media negara, di saat kerajaan bagaikan ‘doktor’ yang kononnya ingin merawat negeri kelantan milik Tuk Guru yang kononnya amat mundur bagai kedudukan terakhir di dunia, dan ALLAH MAHA KUASA.


Tuk Guru tenang dan tiada memohon sedikit pun akan simpati kepada Perdana Menteri Malaysia, tiada pohon pada siapa-siapa, tetapi Allah tempatnya bermunajat dan memohon, dengan penuh rendah diri mengimamkan puluhan ribu manusia mengharapkan hanya dari ALLAH Tuhan Sekalian Alam, tiada ragu dan tiada sangsi. Dan hasilnya adalah dengan kemenangan besar PAS di Kelantan dengan merampas bersama 4 negeri lain dan kejatuhan penguasaan 2/3 kerajaan Barisan Nasional, yang sebelum in dengan penuh bongkak untuk merawat negeri yang di pimpin oleh seorang Tuk Guru dan Ulamak pewaris Nabi-nabi.

Jika dilihat kepada kebangkitan Islam di dunia dengan Kemenangan parti Ak tidak senangi tentera Turki dan golongan Sekular yang kian mendapat kepercayaan oleh rakyat, di Palestin pula, sebelum bermulanya kerajaan campuran, Hamas memenangi hati rakyat dan mendapat mandat untuk mentadbir Palestin, dan kebangkitan kuasa besar Islam di Iran adalah merupakan kebangkitan Islam di Timur tengah dan Eropah, dan kejatuhan penguasaan 2/3 Barisan Nasional di Malaysia inilah merupakan kebangkitan Islam di Malaysia. Semoga Umat Islam di Malaysia tidak akan luntur dan terus berjuang demi menegakkan Islam di atas muka bumi ALLAH Ta’ala...... Amin.


Tuesday, March 4, 2008

PRU-12: Barisan Pembangkang, Basisan Profesional bahagian II

Dari bahagian satu yang mana kita telah merungkai persoalan mengenai barisan-barisan pembangkang pada PRU-12 ini merupakan barisan profesional adalah dari sudut jenanyah. Pada Bahagian ini, mari kita sama-sama merungkai persoalan ini dari satu sudut yang lebih menarik. Iaitu daru sudut media massa negara kita sendiri...

Media massa adalah merupakan satu aspek penting bagi sesebuah negara yang merdeka dan berdaulat, kerana medialah tempat untuk kita mengetahui tentang sesuatu isu dan sebarang berita dalam dan luar negara. Media juga mampu memainkan peranan dalam mendedahkan sebarang isu baik atau buruk yang perlu untuk kita beri perhatian. Tanpa media kita akan menjadi seorang yang tidak berpengetahuan luas dalam isu semasa dan dunia pada masa kini. Oleh itu, kita sentiasa mengharapkan media massa akan sentiasa bebas, telus dan jujur untuk kita mendapat isu yang bernas dan berkualiti.

Tetapi tahukaha kita bahawa media massa negara menghuni tangga ke-124 daripada tangga 169 keseluruhan, apabila “Worldwide Press Freedom Index 2007” (http://www.rsf.org/article.php3?id_article=24025) dikeluarkan pada tahun 2007. Dari kedudkan tangga media massa Malaysia lebih teruk berbanding dengan Senegal 83, Brazil 84, Indonesia 100, dan India 120. Apakah sudah berlaku dengan media massa negara kita?? Adakah kerana berita yang disiarkan tidak bebas, telus dan jujur?? Dan mengapa media massa kita berada pada suatu tangga yang begitu buruk sedangkan Malaysia adalah negara demokrasi, dimanakah silapnya?? Lihat apa kata mereka:
  • “Government repression no longer ignores bloggers"
  • The Internet is occupying more and more space in the breakdown of press freedom violations. Several countries fell in the ranking this year because of serious, repeated violations of the free flow of online news and information.”
  • In Malaysia (124th), Thailand (135th), Vietnam (162nd) and Egypt (146th), for example, bloggers were arrested and news websites were closed or made inaccessible. “We are concerned about the increase in cases of online censorship,” Reporters Without Borders said. “More and more governments have realised that the Internet can play a key role in the fight for democracy and they are establishing new methods of censoring it. The governments of repressive countries are now targeting bloggers and online journalists as forcefully as journalists in the traditional media.”

Dari kenyataan mereka, jelaslah menunjukkan media massa Malaysia tidak bebas dalam mengeluarkan sebarang isu dan berita?? Apakah contohnya, media massa milik parti politik seperti PAS, Harakah telah diharam pengeluarannya secara berleluasa pada suatu ketika dulu. Dari kelurang seminggu 2 kali kepada 2 kali sebulan dengan alasan mengeluarkan berita yang tidak benar, tetapi tiada sebarang bukti atau siasatan yang dilakukan bagi menyatakan berita mereka tidak benar dan diharamkan. Jelas menunjukkan media massa mereka tidak bebas untuk bersuara.

Dimanakah kebebasan bersuara media massa milik negara kita?? Jika suatu masa dulu medialah yang pemacu dalam kelantangan bersuara memerdekakan negara kita menentang penjajah British. Tetapi apa sudah terjadi kini, seakan-akan menunjukkan media massa negara kita bagai 100% dikawal oleh pihak kerajaan pada masa kini. Apabila pilihanraya menjelma, jelas menunjukkan media massa adalah senjata bagi Barisan Nasional mencuri hati rakyat dan ‘membunuh’ pembangkang sebelum hari mengundi diadakan. Sedangkan media adalah merupakan badan bebas yang perlu menyuarakan sebarang isu dan hak-hak rakyat. Dan seakan-akan tiada sedikit pun kecacatan parti Barisan Nasional di sisi media massa dan Parti pembangkang pula adalah seperti parti paling buruk di dunia pada pandangan media massa milik negara kita. Dan tidak hairanlah kita apabila Barisan Nasional, iaitu kerajaan pada masa kini sentiasa memenangi hati orang-orang kampung dan golongan terpencil yang sentiasa mengharapkan 100% berita daripada berita-berita dalam tv dan surat khabar tempatan milik negra...

Mengapa golongan profesional menentang kerajaan?? Dan apa kaitan dengan media massa negara yang boleh dikatakan tidak bebas ini?? Ini adalah kerana, golongan cerdik pandai adalah golongan yang sentiasa menerokai isu semasa dan memahami keadaan negara dengan lebih jelas. Golongan-golongan cerdik pandai semestinya tidak akan mengharapkan berita hanya dari media massa yang menghuni tangga ke-124 semata-mata, tetapi mencari sumber yang lebih tepat dan telus dari sumber-sumber yang lebih bernas dan bermutu seperti, pendedahan isu dalam pelbagai laman web atau blog-blog dalam internet, kajian-kajian isu semasa oleh badan-badan NGO dan sebagainya. Dan semestinya sumber-sumber ini boleh dipercayai berbanding media massa di tangga ke-124 milik negara kita. Dan sudah tentu banyak perkara yang tidak baik disembunyikan oleh media massa yang tidak mampu bersuara bebas ditemui oleh golongan-golongan bijak pandai menjadi sebab mengapa mereka menentang kerajaan pada masa kini.

Sama-samalah kita renungkan, negaraku MALAYSIA......

Wednesday, February 27, 2008

Piliharaya ke-12: kembali kepada Islam

Piliharaya ke-12: kembali kepada Islam

Jika pada zaman Rasulullah, umat Islam perlu berjihad untuk menegakkan negara Islam, untuk mengagungkan Islam di atas muka bumi Allah, tetapi kita kini, pada piliharaya ini lah tempat untuk kita kembali menegakkan Islam di Malaysia atas muka bumi Allah ini. pada medan pilihanraya inilah medan untuk kita menentukan kedudukan Islam di Malaysia pada masa akan datang, pada pilihanraya inilah utk kita kembali mengagungkan Al-quran dan Sunnah di negara Malaysia....

mungkin pada sesetengah individu hanya mengangap piliharaya hanyalah permainan politik yang perlu kita pilih dalam jangka masa lima tahun sekali, tetapi dengan undian kita itulah bakal menentukan hala tuju pimpinan negara yang akan menentukan kedudukan Islam di Malaysia. mungkin ada pula yg berkata tiada apa dengan suatu undian dari individu tersebut, tetapi ingatlah akan kita bila bertemu Allah ta'ala, akan disoal kita mengenai setiap perkara yg kita lakukan di atas muka buminya dan apakah yg kita sumbang kepada agama NYA....

Inilah masa untuk kita menyumbang kepada agama NYA, inilah masa untuk kita kembali meletakkan Islam pada tempatnya, inilah masa untuk kembali pada Al-Quran dan Sunnah, dan mengagungkan Islam kembali di tanah melayu setelah kian lama merdeka, tetapi masih dijajah dari segi perundangan baratnya, setelah sekian lama merdeka tetapi masih dijajah dari segi pemikiran sekular baratnya....

marilah kita kembali kepada Islam, jangan kita terpengaruh dengan golongan yang cuba mempergunakan nama Islam dengan laungkan "kita negara Islam" tetapi perundangan nya berqiblatkan barat, "kita negara Islam" arak dan judi berleluasa merata-rata, "kita negara Islam" pimpinan wanita Islam negara sendiri pun tidak mengamalakan Islam pada pakaiannya, "kita negara Islam" artis2 yg melakukan maksiat di agungkan, ulamak2 pewaris nabi pula, di matikan peranannya dalam negara, bahkan apabila ulamak2 ini bersuara di humbannya ke dalam undang "ISA" ciptaan mereka....

cukuplah pelbaga musibah yg kita terima dari kes2 jenanyah adik Nurin dan adik Sharlinie yg masih belum ditemui lagi, kes2 rasuah jenanyah pimpinan negara dan kes2 menghina
hukum Allah Ta'ala. kembalilah kepada Islam dalam mengatasi setiap masalah ini, kembalilah kepada Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.

Marilah kita kembali pada Islam, tentukan pimpinan negara yg mahu mengamalkan Islam, yg ingin melaksanakan syariat Islam, dan ingin kembali kepada Al-Quran dan Sunnah. jangan kita takut dengan setiap ugutan atau sebarang ancaman untuk menegakkan kebenaran, kerana nescaya Allah akan bersama orang2 yang benar, tetapi takutlah kita apabila menyembunyikan kebenaran malah menentang kebenaran, kerana nescaya bala Allah akan dekat dengan kita....

"Islam The Way Of Life"

Template by:
Free Blog Templates