بسم لله الر حمن الر حيم
Memasuki hari pertama bulan Rejab,di hari Jumaat yang mulia Ustaz Ghazali Hasbullah telah pun kembali menghadap Allah.Ustaz Ghazali Hasbullah meninggal di Hospital Selayang,Selangor lebih kurang jam 11.00 malam.Darul Atiq di Selangor yang menghimpunkan anak yatim,remaja liar,anak terbuang dll adalah antara hasil kerja tangan Ustaz Ghazali Hasbullah.Darul Atiq hidup dengan duit derma tanpa mengharapkan apa-apa sumbangan dari kerajaan. Berbahagialah wahai Ustaz Ghazali...
Di bawah ini ada gambar perjalanan akhir seorang guru yang hidupnya dihabiskan untuk Islam.
Semoga Ustaz Ghazali Hasbullah bahagia di sana.Kalau dulu semasa ustaz masih ada,kuliah-kuliah beliau penuh dengan amalan berbentuk zikir.Ustaz Ghazali juga tegas mengkritik kerajaan yang tak mau pada Islam.Tak hairanlah Ustaz Ghazali Hasbullah pernah digiring ke penjara pengap akta zolim ISA.
0 comments:
Post a Comment