Friday, January 1, 2010

Larangan guna perkataan 'Allah' tidak sah : Sudah bersediakah kita dengan kekeliruan ini??

Kelmarin mahkamah tinggi Kuala Lumpur telah memutuskan bahawa larangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap penggunaan perkataan 'Allah' adalah tidak sah. Dengan keputusan ini membenarkan akan membenarkan agama2 lain untuk menggunakan Allah pada dalam buku2 agama kristian.

saya bukan menulis di sini untuk berhujah hukum isu ini , tetapi saya ingin mengutarakan satu persoalan adakah semua remaja dan anak2 muda kita sudah bersedia untuk berhadapan dengan kekeliruan penggunaan perkataan 'Allah' yang sebelum ini lebih kerap mereka gunakan 'The God'??? bahkan jelas sudah dinyatakan oleh paderi2 besar eropah bahawa tuhan mereka adalah 'The God'.

Saya rasa kita semua sudah sedia jelas dengan kadar murtad yang tinggi pada akhir kurun ke-20 ini. Jadi adakah kita sedia untuk membenarkan kekeliruan ini timbul pada remaja dan muda-mudi kita yang ternyata masih banyak yang masih jauh dari pemahaman Islam sebenar.

Kita juga tidak boleh membandingkan remaja dan muda-mudi kita seperti muda-mudi pada zaman zaman Rasulullah @ zaman sahabat @ tabii dan lain2 zaman keagungan Islam. dan ternyata jika persoalan ini diutarakan pada zaman sahabat @ Tabii @ zaman keagungan Islam ternyata tidak sedikit pun mengugat Islam dalam diri umat slam pada ketika itu, tapi persoalannya kini mampukah kekeliruan itu dihadapi oleh muda-mudi Islam sekarang yang ternyata masih juah dari memahami Islam...

Sama2lah kita renungkan

0 comments:

Template by:
Free Blog Templates