Friday, March 27, 2009

seruan jahiliah


hari ni hujan lebat bersambungan dengan dentuman guruh dan kilat, luar biasa kerana guruh dan kilat menyambung tiada henti. termenung, sambil bacaan istigfar mengingatkan aku bahawa 2,3 hari ni ada laungan jahiliah di ibu negara, laungan "HIDUP MELAYU! HIDUP MELAYU1 HIDUP MELAYU!.

terkanang dalam fikiran yang lemah ini andai Rasulullah yang membawa rahmat untuk umat dunia orang arab yang berbangsa Quraish melaungkan seruan HIDUP ARAB @ Hidup QURAISh, maka rugi, hinalah dan tida adillah untuk kita bangsa2 lain di muka bumi Allah ini dan untunglah bangsa arab di dunia seperti agungnya bangsa Israel yang menganggap mereka lebih dari bangsa lain.

tapi kerna agung dan mulianya ISLAM ini, maka Rasulullah yang berbangsa arab ini tidak mengagungkan bangsanya malah meletakkan seruan Islam atas segala seuan2 jahiliah. Inilah yang perlu kita beri perhatian walu siapa pun kita, walau siapa jua moyang kita, walau siapa jua baka dan keturunan kita, rahmat Islam adalah sebesar-besar rahmat yang Allah kurniakan keatas diri kita, rahmat Islam adalah segala-galanya untuk kita.

marilah semua saudara2 seagamaku kita bersatu, tapi bersatu atas satu dasar dan rahmat agung yang Allah kurniakan atas kita, bersatu atas dasar Islam, tanpa mengira siapa kita sama ada melayu @ cina @ india @ siam @ apa jua bangsa kita, tapi kita di bawah suatu jalan Islam yang akan memberi kita kemulian di hari pembalasan, dan bukan bersatu atas satu jalan jahiliah yang mungkin memberi kemulian sementara di dunia tapi akan di hina di SANA....

sama-samalah kita renungkan

0 comments:

Template by:
Free Blog Templates