Tuesday, February 10, 2009

Ketinggian Islam atas segala perkauman


akhir-akhir ini macam-macam yang berlaku terhadap kancah politik neraga kita di celah-celah kemelut besar Islam di Palastin yang tidak kurang di negara kita dan ramai antara kita yang suka memberi respon dalam blog-blog di negara kita, tapi apa yang terbaik perlu kita lakukan adalah balik kepada perjuangan asal kita Al-Quran dan As-Sunnah.

ramai juga yang mula membawa-bawa sifat asabiyah dengan seringkali melaungkan ketuanan melayu dan lain-lain lagi, ada juga yang memainkan faktor sultan-sultan melayu. tapi jangan kita lupa, sifat asabiyah adalah sifat yang dikutuk Rasulullah s.a.w dan sifat ini lah yang membawa kepada kejatuhan Islam seperti kejatuhan kerajaan uthmaniah apabila bangsa arab antara tentera yang berkerjasama dengan tentara kafir menjatuh kerajaan uthmaniah yang memerintah Pakistan dengan alasan hanya bangsa arab yang layak memerintah negara arab.

oleh itu tidak perlulah kita taksub sangat dengan ketuanan melayu ini, kerana kita berpegang dengan satu pegangan yang lebih besar iaitu pegangan agama Islam dan tidak perlulah kita taksub dengan pemerintah-pemerintah kerna mereka bukan setinggi darjat Rasul yang dijamin Allah tapi mereka hanya pemerintah yang memegang tanggungjawab, andai mereka membuat kesilapan atau tidak berlaku adil atau tidak menyokong perjuangan Islam maka perlulah kita menyatakan mereka di pihak yang salah tidak kiralah siapa jua mereka sama ada raja di dunia atau raja di Malaysia, kerna mereka tetap hamba kepada TUAN yang miliki semua.

sama-samalah kita renungkan.

0 comments:

Template by:
Free Blog Templates