Saturday, February 28, 2009
Doa Pendinding & Penggerak

1. Beruntung, Tidak Menanggung Rugi.
2. Berhasil, Berjaya dan Tidak Gagal.
3. Selamat dari bahaya.
4. Tidak melarat, Menjadi Senang.
sumber dan maklumat lanjut: http://www.darussyifa.org/
Labels:
doa-doa pilihan,
wallpaper
sifat hamba yang ber jaya
Dibersihkannya kalbunya daripada sangkaan yang salah, dibersihkannya fikirannya daripada anganangan yang jahat. Diperjamkannya matanya daripada melihat kekejian. Ditulikannya telinganya daripada mendengar yang buruk-buruk. Dipeliharanya lidahnya daripada memperkatakan sesuatu yang berlawanan dengan kebenaran. Ia memilih mati kelaparan daripada diisinya perutnya dengan rezki yang haram. Ditahannya tangannya daripada berbuat zalim dan memperkosa hak orang lain. Ia tidak melangkahkan kakinya di jalan yang jahat. Ia tidak mahu menundukkan kepalanya di depan kebatilan meskipun ia disalibkan atau tubuhnya dikerat-kerat. Segala cita-cita dan hajatnya tidak dibawanya ke alam nyata dengan melalui jalan kejahatan, kezaliman dan permusuhan. Yang paling dimuliakannya ialah yang hak, berkata benar dan berlaku jujur. Ia tidak kedekut terhadap dirinya dan hartanya pada jalan yang hak. Dalam padanga nya, yang paling dimurkainya ialah kezaliman, dusta dan khianat. Ia tidak rela menggunakan sifat-silat ini dan ia tidak mahu memilih jalan ini disebabkan takut mudarat menimpa dirinya atau mengharapkan manfa’at bagi dirinya.
sumber: Asas-asas Islam - Abu’l A’la Al-Maududi
sumber: Asas-asas Islam - Abu’l A’la Al-Maududi
Labels:
sebuah renungan
Tuesday, February 24, 2009
Sunday, February 22, 2009
Friday, February 20, 2009
Monday, February 16, 2009
Ustaz Muhammad Aidil Azwal Zainuddin - (Riyadhus Solihin ) bab_sabar_01
Kuliah dari http://www.almuttaqin.tv/
Siri Mp3 Dr. Mohd Fadzilah Kamsah - Petua Pelajar Cemerlang
- Dato` Dr. Hj Mohd Fadzilah Kamsah - Track 1
- Dato` Dr. Hj Mohd Fadzilah Kamsah - Track 2
- Dato` Dr. Hj Mohd Fadzilah Kamsah - Track 3
- Dato` Dr. Hj Mohd Fadzilah Kamsah - Track 4
- Dato` Dr. Hj Mohd Fadzilah Kamsah - Track 5
- Dato` Dr. Hj Mohd Fadzilah Kamsah - Track 6
direct link ke siri motivasi Petua Pelajar Cemerlang
Labels:
mp3 Dr. Fadzilah Kamsah
Sunday, February 15, 2009
Al-Fadhil Ustaz Muhammad Aidil Azwal Zainuddin - siri kuliah Riyadhus Solihin (bab sabar)
- Riyadhus Solihin - bab_sabar_01
- Riyadhus Solihin - bab_sabar_02
- Riyadhus Solihin - bab_sabar_03
- Riyadhus Solihin - bab_sabar_04
- Riyadhus Solihin - bab_sabar_05
- Riyadhus Solihin - bab_sabar_06
- Riyadhus Solihin - bab_sabar_07
Direct link ke siri kuliah _ Riyadhus Solihin - bab_sabar
Thursday, February 12, 2009
Ustaz Muhammad Aidil Azwal Zainuddin - Hukum Melebatkan Janggut Dan Mencukur Misai
Kuliah dari http://www.almuttaqin.tv/
bertarikh : 10-12-07
Wednesday, February 11, 2009
Tuesday, February 10, 2009
Ketinggian Islam atas segala perkauman

akhir-akhir ini macam-macam yang berlaku terhadap kancah politik neraga kita di celah-celah kemelut besar Islam di Palastin yang tidak kurang di negara kita dan ramai antara kita yang suka memberi respon dalam blog-blog di negara kita, tapi apa yang terbaik perlu kita lakukan adalah balik kepada perjuangan asal kita Al-Quran dan As-Sunnah.
ramai juga yang mula membawa-bawa sifat asabiyah dengan seringkali melaungkan ketuanan melayu dan lain-lain lagi, ada juga yang memainkan faktor sultan-sultan melayu. tapi jangan kita lupa, sifat asabiyah adalah sifat yang dikutuk Rasulullah s.a.w dan sifat ini lah yang membawa kepada kejatuhan Islam seperti kejatuhan kerajaan uthmaniah apabila bangsa arab antara tentera yang berkerjasama dengan tentara kafir menjatuh kerajaan uthmaniah yang memerintah Pakistan dengan alasan hanya bangsa arab yang layak memerintah negara arab.
oleh itu tidak perlulah kita taksub sangat dengan ketuanan melayu ini, kerana kita berpegang dengan satu pegangan yang lebih besar iaitu pegangan agama Islam dan tidak perlulah kita taksub dengan pemerintah-pemerintah kerna mereka bukan setinggi darjat Rasul yang dijamin Allah tapi mereka hanya pemerintah yang memegang tanggungjawab, andai mereka membuat kesilapan atau tidak berlaku adil atau tidak menyokong perjuangan Islam maka perlulah kita menyatakan mereka di pihak yang salah tidak kiralah siapa jua mereka sama ada raja di dunia atau raja di Malaysia, kerna mereka tetap hamba kepada TUAN yang miliki semua.
sama-samalah kita renungkan.

Siri Motivasi Dr. Fadzilah Kamsah - Mengenali Diri
- Dato` Dr. Mohd Fadzilah Kamsah - 01 - Track 1
- Dato` Dr. Mohd Fadzilah Kamsah - 02 - Track 2
- Dato` Dr. Mohd Fadzilah Kamsah - 03 - Track 3
- Dato` Dr. Mohd Fadzilah Kamsah - 04 - Track 4
- Dato` Dr. Mohd Fadzilah Kamsah - 05 - Track 5
direct link ke siri motivasi ini
Labels:
mp3 Dr. Fadzilah Kamsah
Tuesday, February 3, 2009
dua kisah tentang tentang kematian
Bismillahirahmanilrahim

mungkin dari ayat inilah boleh aku rumuskan segala yang terjadi dalam perjalanan cuti semester dan dalam pengembaraan sebagai hamba Allah yang lemah ini. kisah ini berkenaan dengan dua hamba Allah yangg sangat aku kenali sebagai saudara seagama dan orang yang dekat dgn aku. mungkin dua kisah ini berlaku serentak di depan aku sebagai peringatan dan pengajaran untuk diri yg lemah ini dan semua orang.
Kisah pertama mengenai seorang hamba Allah yang hampa dengan hidup, kecewa dengan masa lampau sehinggakan ingin memutuskan roh dari badan dengan perbuatannya sendiri, sehinggakan bangunan 4 tingkat diterjunnya, ubat tidur 12 biji ditelannya. tetapi inilah sesuaatu yang kita tak layak untuk kita usik, kerna tiada sesuatupun mampu kita lakukan tanpa kebenaran dari NYA.
Kisah kedua pula berkenaan dengan seorang lagi hamba Allah yang sangat teruja dgn hidupnya dan dengan pernigaannya yang baik dan tiada pernah aku dengar tentang kematian dlm percakapannya. Bersemangat dalam pekerjaannya, tapi bila Allah menjanjikan sesuatu pasti tiada lewat walaupun sedetik, Allah memisahkan roh dan tubuhnya tanpa memerlukan kebenaran dari hamba ini di tengah2 keberangsangan melakukan perkerjaannya dengan hanya satu perlanggaran yang tiada siapa duga, walaupun perancangan teliti telah mereka siapkan.
Apa yang menariknya tentang dua kisah ini, kedua2 hamba Allah ini awal 20-an dan mengenali satu sama lain dan memahami suatu sama lain. mungkin juga hamba Allah yg ingin mati ini boleh berkata "aku yg nak mati engkau yg pergi", atau sebaliknya bagi yang telah pergi. Tapi dari kisah ini apa yg perlu kita pahami bukan aku, dan bukan engkau, dan bukan kita semua yang layak untuk menentukan perpisahan di antara "roh dan badan" ini, tapi ayat di ataslah yang menerangkan yang selayaknya untuk roh dan jasad ini.
sema-samalah kita renungkan

Subscribe to:
Posts (Atom)