Tuesday, March 25, 2008

Ceramah Maulidur Rasul di stadium Kedah


  1. ceramah sempena Maulidur Rasul oleh
    kerajaan baru Kedah


Saturday, March 22, 2008

Koleksi Ceramah Politik dan Isu Semasa

  1. ust Hamid Derani - Ceramah Isu Semasa pru-12
  2. Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat - ceramah kesyukuran pru1-12
  3. ust Hamid Derani & Tuan Ibrahim Tuan Man - Ijtihad tak betul
  4. Mat Sabu - Islam Hadhari gigit jari
  5. Dato' Anuar Ibrahim - Pencacai pd pemimpin
  6. ust Tuan Ibrahim Tuan Man - ceramah isu semasa 071207

Tuesday, March 18, 2008

Koleksi Ceramah Tsunami

Koleksi ceramah peristiwa tsunami
  1. Debat tsunami Ust Nasaruddin Tantawi & Astora Jabat 1
  2. Debat tsunami Ust Nasaruddin Tantawi & Astora Jabat 2
  3. Forum Agama Tsunami bersama Dr. Haron Din, Ustz Ismail Kamus & Allahyarham Dato' Ishak Baharom

Selawat Munjiyah

Koleksi ceramah politik dan Isu semasa

Monday, March 17, 2008

Koleksi Ceramah Tuan Ibrahim Tuan Man 2

Sunday, March 16, 2008

Munajat Mu Didengari Tuhan!

Munajat Mu Didengari Tuhan! Mar 15, '08 4:22 AM
by asrul for everyone
http://manchuping.multiply.com/journal/item/32/Munajat_Mu_Didengari_Tuhan



Malam itu bukan seperti malam-malam biasa. Juga bukan seperti mana di tempat-tempat dan kawasan-kawasan lain di bumi Malaysia ini. Selalunya kawasan-kawasan seperti itulah berlakunya pelbagai acara gilang gemilang. Acara yang menyaksikan dan memanggil kemarahan dan kemurkaan tuhan. oh, sungguh berbeza sekali orang tua yang sentiasa tunduk dan sujud pada ilahi itu. Semakin beliau terkenal, semakin beliau merendahkan diri pada sang pencipta. Semakin beliau berkuasa, semakin takut beliau untuk mensia-siakan amanah yang telah diberikan.
orang tua itu tahu, amanah bukannya satu anugerah. tetapi amanah merupakan tanggungjawab orang tua itu untuk memikulnya. dia mengetahui bahwa di akhir hayatnya, kuasa yang ada padanya akan menjadi penyelamat atau menghumban dan mengheretnya ke lembah neraka jahannam.

"Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh," (33:72)

Kesekian rakyat jelata di himpun pada malam itu. Orang tua itu sayu merintih, merayu agar bumi yang tercinta ini akan tetap jua terpacak syariat tertinggi yang perlu di tegakkan dan di bangunkan semula. itulah misi dan visi seorang MUKMIN.


Malam itu, di stadium itu menjadi saksi kedengaran lembut suara si tua itu merayu dan merintih dalam munajatnya pada tuhan seru sekelian alam.

"Wahai Tuhan Kami, berilah kami perasaan takut kepadamu yang dapat menghalang kami dari kemaksiatan dan berilah kami ketaatan kepadamua yang menyampaikan kami ke syurgamu, dan berilah dan berilah keyakinan yang memudahkan kami menghadapi bencana di dunia."


"Wahai tuhan kami berilah kami kenikmatan pendengaran, penglihatan dan kekuatan tubuh badan selama hidup kami dan jadikanlah dia mewarisi kami dan berilah pembalasan kepada orang yang menzalimi kami. Dan tolonglah kami terhadap orang yang memusuhi kami.Dan janganlah engkau jadikan bencana bagi kami dalam ugama kami dan janganlah jadikan keduniaan sebesar-besar cita-citanya dami dan tidak sampai batasan ilmu kami. Dan janganlah Engkau biarkan orang yang tidak menaruh kasihan balas terhadap kami, dapat menguasai ke atas kami."

"Wahai Tuhan kami, kami pohon perlindungna dengan nur kesucian engkau dan berkat kebersihan dan keagungan sifat jalal engkau, dari setiap yang datang waktu malam kecuali yang datang dengan baik." "Wahai tuhan kami, engkaulah penolong kami, maka kepada engkau kami mohon pertolongna. Wahai tuhan kami, engkaulah tempat kami menyelamatkan diri, maka kepada engkaulah kami pohon selamat. Wahai tuhan bagilah kelemahan dan kehinaan yang mana segala tengkuk pembesar dunia."

"Dan tunduk kepadanya segala urusan dan kebesaran raja-raja Firaun, selamatkan kami dari penghinaan dan hukuman siksamu, ketika malam atau siang, ketika kami tidur atau berada di suatu tempat. Tiada tuhan bagi kami melainkan engkau demi kebesaran wajah engkau dan kemuliaan kesucian engkau, hindarkanlah kami dari segala kejahatan hamba-hamba engkau, berilah kemudahan kepada kami dengan limpah kurnia dari engkau wahai tuhan yang maha pemurah."

"Wahai Tuhan sama ada engkau lembutkan hati-hati mereka untuk kami sebagaimana kamu lembutkan besi untuk Nabi Daud, dan kamu menundukkan mereka seperti seperti kamu tundukkan bukit bukau, gunung ganang untuk Nabi Sulaiman atau pun kamu lipat balik rancnagan jahat mereka supaya berpatah balik ke atas mereka sendiri , dan kamu hancur leburkan pakatan mereka dan kacau bilaukan kumpulan mereka dan goncangkan pendirian mereka dan Ya Allah turunkan bendera mereka rapat ke bumi, Wahai Tuhan yang tetap hidup yang mentadbir urusan makhluknya, Wahai Tuhan yang mempunyai keagungna dan kemuliaan, sesungguhnya Engkau berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu."

"Ya Allah Tuhan kami, limpahkanlah rahmat ke atas junjungna kami Nabi Muhammad S.A.W yang dengannya dapat emngubati hati dan menjadikan penawar, menyihatkan badan yang menyembuhkannya, menjadi cahaya bagi pandangan mata dan menyinarkannnya dan limpahkanlah rahmat dan kesejahteraan kepada keluarga dan para sahabat baginda sekalian."



"berFIKIR,meRENUNG, dan meNAFSIR"




Saturday, March 15, 2008

Sebuah Renungan



Koleksi Ceramah Tuan Ibrahim Tuan Man

  1. ahli syurga & ahli neraka
  2. ambang bahagia
  3. azab neraka
  4. islam iman dan ihsan
  5. petua kebahagiaan rumah tangga
  6. tuntutan kalimah syahadah

Monday, March 10, 2008

Sebuah Permulaan Bagi Satu Kebangkitan...


Sebuah Permulaan Bagi Satu Kebangkitan...

Apabila Piliharaya Umum ke-12 (PRU-12) di umumkan pada malam 8 Mac lalu, pelbagai kejutan telah berlaku di negara tumpah darah kita, MALAYSIA. Mungkinkah ini adalah lambang kebangkitan rakyat Malaysia atau mungkinkah ini satu gimik politik yang akan yang sentiasa memberi kejutan kepada negara Malaysia yang ‘kononnya’ mengamalkan demokrasi adil dan saksama?? Tiada siapa dapat menjawab persoalan ini dengan jelas, kerana Allah sentiasa mempunyai perancangannya yang sendiri.

Tetapi yakinlah kita bahawa setiap perkara yang ditakdirkan oleh Allah Ta’ala, mempunyai hikmah yang seringkali tak terjangkau akal fikiran kita sebagai hambaNYA yang lemah. Apabila kita toleh kembali kepada sejarah Umat Islam, adalah tidak mustahil ini adalah merupakan permulaan bagi kebangkitan kepada umat Islam di negara Malaysia selepas 50 tahun kemerdekaan negara. Dengan barisan parti yang memperjuangkan negara Islam iaitu Parti Islam Semelaysia (PAS) dan bersam parti-parti lain berjaya menamatkan penguasaan 2/3 kemenangan yang di pegang oleh kerajaan Barisan Nasional.

Walaupun Parti-parti pembangkang ini masih belum berjaya menawan negara, tetapi siapa jangka bahawa mereka berjaya mencipta kejayaan paling besar dalam sejarah PRU di Malaysia dengan menawan 5 negeri dan 2 daripadanya diperintah oleh barisan yang memperjuangkan negara Islam, PAS. Saya percaya dengan kebangkitan Islam di Iran, Palastine, dan Turki, Malaysia juga tidak terkecuali dengan gelombang ini. Seperti mana di Turki, yang mana pada suatu ketika dahulu, penjajah sangat yakin bahawa Islam tak akan kembali bertapak di negara itu, tetapi siapa jangka akan ada Yang lebih Berkuasa dalam menetukan perancangan alam semasta ini, dengan kejatuhan parti sekular di Turki kepada Parti Islam, yang kini dalam proses mengembalikan syiar Islam di negeri sekular tersebut.

Begitu juga dengan Malaysia, siapa yang jangka akan wujud kebangkitan di negara ini selepas 50 tahun kemerdekaan negara dan di bawah pemerintahan parti yang sama, di kala mana rakyat Islam di negara ini bagai lalai dengan segala pembangunan dan kemewahan yang ‘konon’ disajikan oleh kerajaan, dengan projek-projek mega yang di sajikan kepada rakyat dan puluhan perkembangan negara di tunjukkan kepada rakyat oleh media-media negara, di saat kerajaan bagaikan ‘doktor’ yang kononnya ingin merawat negeri kelantan milik Tuk Guru yang kononnya amat mundur bagai kedudukan terakhir di dunia, dan ALLAH MAHA KUASA.


Tuk Guru tenang dan tiada memohon sedikit pun akan simpati kepada Perdana Menteri Malaysia, tiada pohon pada siapa-siapa, tetapi Allah tempatnya bermunajat dan memohon, dengan penuh rendah diri mengimamkan puluhan ribu manusia mengharapkan hanya dari ALLAH Tuhan Sekalian Alam, tiada ragu dan tiada sangsi. Dan hasilnya adalah dengan kemenangan besar PAS di Kelantan dengan merampas bersama 4 negeri lain dan kejatuhan penguasaan 2/3 kerajaan Barisan Nasional, yang sebelum in dengan penuh bongkak untuk merawat negeri yang di pimpin oleh seorang Tuk Guru dan Ulamak pewaris Nabi-nabi.

Jika dilihat kepada kebangkitan Islam di dunia dengan Kemenangan parti Ak tidak senangi tentera Turki dan golongan Sekular yang kian mendapat kepercayaan oleh rakyat, di Palestin pula, sebelum bermulanya kerajaan campuran, Hamas memenangi hati rakyat dan mendapat mandat untuk mentadbir Palestin, dan kebangkitan kuasa besar Islam di Iran adalah merupakan kebangkitan Islam di Timur tengah dan Eropah, dan kejatuhan penguasaan 2/3 Barisan Nasional di Malaysia inilah merupakan kebangkitan Islam di Malaysia. Semoga Umat Islam di Malaysia tidak akan luntur dan terus berjuang demi menegakkan Islam di atas muka bumi ALLAH Ta’ala...... Amin.


Wednesday, March 5, 2008

Koleksi Ceramah Politik Dan Isu Semasa

  1. Anuar Ibrahim - ubah sebelum terlambat
  2. Dr Haron Din - hak dan batil
  3. Ustaz Tuan Ibrhim Tuan Man - drebar gila
  4. Ustaz Taib Azanuddin
  5. Dr Haron Din - Prinsip Pas

Tuesday, March 4, 2008

Koleksi Ceramah Politik dan Isu Semasa

PRU-12: Barisan Pembangkang, Basisan Profesional bahagian II

Dari bahagian satu yang mana kita telah merungkai persoalan mengenai barisan-barisan pembangkang pada PRU-12 ini merupakan barisan profesional adalah dari sudut jenanyah. Pada Bahagian ini, mari kita sama-sama merungkai persoalan ini dari satu sudut yang lebih menarik. Iaitu daru sudut media massa negara kita sendiri...

Media massa adalah merupakan satu aspek penting bagi sesebuah negara yang merdeka dan berdaulat, kerana medialah tempat untuk kita mengetahui tentang sesuatu isu dan sebarang berita dalam dan luar negara. Media juga mampu memainkan peranan dalam mendedahkan sebarang isu baik atau buruk yang perlu untuk kita beri perhatian. Tanpa media kita akan menjadi seorang yang tidak berpengetahuan luas dalam isu semasa dan dunia pada masa kini. Oleh itu, kita sentiasa mengharapkan media massa akan sentiasa bebas, telus dan jujur untuk kita mendapat isu yang bernas dan berkualiti.

Tetapi tahukaha kita bahawa media massa negara menghuni tangga ke-124 daripada tangga 169 keseluruhan, apabila “Worldwide Press Freedom Index 2007” (http://www.rsf.org/article.php3?id_article=24025) dikeluarkan pada tahun 2007. Dari kedudkan tangga media massa Malaysia lebih teruk berbanding dengan Senegal 83, Brazil 84, Indonesia 100, dan India 120. Apakah sudah berlaku dengan media massa negara kita?? Adakah kerana berita yang disiarkan tidak bebas, telus dan jujur?? Dan mengapa media massa kita berada pada suatu tangga yang begitu buruk sedangkan Malaysia adalah negara demokrasi, dimanakah silapnya?? Lihat apa kata mereka:
  • “Government repression no longer ignores bloggers"
  • The Internet is occupying more and more space in the breakdown of press freedom violations. Several countries fell in the ranking this year because of serious, repeated violations of the free flow of online news and information.”
  • In Malaysia (124th), Thailand (135th), Vietnam (162nd) and Egypt (146th), for example, bloggers were arrested and news websites were closed or made inaccessible. “We are concerned about the increase in cases of online censorship,” Reporters Without Borders said. “More and more governments have realised that the Internet can play a key role in the fight for democracy and they are establishing new methods of censoring it. The governments of repressive countries are now targeting bloggers and online journalists as forcefully as journalists in the traditional media.”

Dari kenyataan mereka, jelaslah menunjukkan media massa Malaysia tidak bebas dalam mengeluarkan sebarang isu dan berita?? Apakah contohnya, media massa milik parti politik seperti PAS, Harakah telah diharam pengeluarannya secara berleluasa pada suatu ketika dulu. Dari kelurang seminggu 2 kali kepada 2 kali sebulan dengan alasan mengeluarkan berita yang tidak benar, tetapi tiada sebarang bukti atau siasatan yang dilakukan bagi menyatakan berita mereka tidak benar dan diharamkan. Jelas menunjukkan media massa mereka tidak bebas untuk bersuara.

Dimanakah kebebasan bersuara media massa milik negara kita?? Jika suatu masa dulu medialah yang pemacu dalam kelantangan bersuara memerdekakan negara kita menentang penjajah British. Tetapi apa sudah terjadi kini, seakan-akan menunjukkan media massa negara kita bagai 100% dikawal oleh pihak kerajaan pada masa kini. Apabila pilihanraya menjelma, jelas menunjukkan media massa adalah senjata bagi Barisan Nasional mencuri hati rakyat dan ‘membunuh’ pembangkang sebelum hari mengundi diadakan. Sedangkan media adalah merupakan badan bebas yang perlu menyuarakan sebarang isu dan hak-hak rakyat. Dan seakan-akan tiada sedikit pun kecacatan parti Barisan Nasional di sisi media massa dan Parti pembangkang pula adalah seperti parti paling buruk di dunia pada pandangan media massa milik negara kita. Dan tidak hairanlah kita apabila Barisan Nasional, iaitu kerajaan pada masa kini sentiasa memenangi hati orang-orang kampung dan golongan terpencil yang sentiasa mengharapkan 100% berita daripada berita-berita dalam tv dan surat khabar tempatan milik negra...

Mengapa golongan profesional menentang kerajaan?? Dan apa kaitan dengan media massa negara yang boleh dikatakan tidak bebas ini?? Ini adalah kerana, golongan cerdik pandai adalah golongan yang sentiasa menerokai isu semasa dan memahami keadaan negara dengan lebih jelas. Golongan-golongan cerdik pandai semestinya tidak akan mengharapkan berita hanya dari media massa yang menghuni tangga ke-124 semata-mata, tetapi mencari sumber yang lebih tepat dan telus dari sumber-sumber yang lebih bernas dan bermutu seperti, pendedahan isu dalam pelbagai laman web atau blog-blog dalam internet, kajian-kajian isu semasa oleh badan-badan NGO dan sebagainya. Dan semestinya sumber-sumber ini boleh dipercayai berbanding media massa di tangga ke-124 milik negara kita. Dan sudah tentu banyak perkara yang tidak baik disembunyikan oleh media massa yang tidak mampu bersuara bebas ditemui oleh golongan-golongan bijak pandai menjadi sebab mengapa mereka menentang kerajaan pada masa kini.

Sama-samalah kita renungkan, negaraku MALAYSIA......

Monday, March 3, 2008

Siri Bacaan Al-Quran

Sunday, March 2, 2008

Jawapan Kepada Persoalan Bid'ah dan Perkara Kifayah

Thursday, February 28, 2008

PRU-12: Barisan Pembangkang, Barisan Profesional

APABILA penamaan calon pada 24 Febuary 2008 lepas di umumkan, kita dikejutkan dengan barisan yang mewakili pembangkang terdiri daripada barisan golongan-golongan yang berkaliber dan profeional-profesional dari negara kita. Jika suatu masa dulu parti politik seperti PAS hanya menghantar calon-calon dari kalangan tokoh-tokoh agama dan ustaz-ustaz dari kampung-kampung, tidak untuk pilihanraya kali ke -12 ini. Mungkin kematangan PAS sudah membuatkan mereka tidak lagi tertumpu kepada tokoh-tokoh agama yang mungkin gagal untuk mendapatkan sumbangan dari kaum Cina dan India.


PAS kini lebih matang dengan meletakkan kepelbagaian tokoh profesional dalam calon pilihanraya ke-12 ini, seperti tokoh ugama yang tidak asing lagi dengan masyarakat umat Islam di Malaysia, iaitu Dato' Dr. Haron Din, MB Kelantan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, dan pemimpin tertinggi PAS sendiri Ustas Hadi Awang. Mereka merupakan antara calon ulama yang dibawakan oleh PAS. Tidak kurang juga dengan calon-calon profesional dan intelektual seperti Dr Syed Azman Syed Nawawi, Dr Dzulkifli Ahmad, Dr Hatta Ramli, Ir Haji Khalid Samad, Ir Fakhrurrazi Nawawi, Ir Amirudin Hamzah, Dato’ Dr Hasan Ali, peguam Hanipa Mydin, Haji Taulan Rasul, Taqiyuddin Hassan, Dr Shafie Abu Bakar, Dr Mariah Mahmud, Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali dan puluhan lagi doktor dan peguam serta ahli ekonomi dan jurutera.


Tetapi bukan calon-calon ini yang menjadi persoalannya, persoalannya mengapakah golongan profesional yang bijak pandai ini menentang kerajaan? adakah terdapat sesuatu yang agak ganjil dengan kerajaan pada masa kini? ini lah persoalan yang perlu kita sama-sama jawab dalam pilihanraya ke-12 ini . Cuba kita renung-renungkan sejenak, mengapa golongan ini menentang kerajaan, kalau di lihat dari pandangan kasar, karajaan ini merupakan kerajaan yang agak baik dengan slogan Islam Hadhari yg dibawakan oleh Pak Lah, adalah berbeza dengan apa yang cuba PAS bawa, iaitu perundangan berdasarkan Islam iaitu hukum hudud Qisas dan sebagainya. Tetapi mengapa mereka tidak yakin akan Islam Hadhari yang dibawakan oleh Pak Lah?


Mari bersama kita huraikan persoalan ini, dari sudut peningkatan jenayah, pelbagai jenyah yang berlaku kini seperti kes jenanyah adik Nurin, kes culik adik Sarlinie yang belum selesai, rasuah dan kehilangan wang negara jelas menunjukkan Islam Hadhari bukan penyelesaian dalam menyelesaikan masalah ini, bahkan selepas peristiwa adik Nurin yang menggemparkan negara kita dan masih pun belum hilang hausnya, timbul pula dengan kes culikan adik Sarlinie yang masih belum pun ditemui, jelas menunjukkan bahawa sistem cegah jenayah dan Islam Hadhari yang konon nya mementingkan pembangunan rohani ini gagal memainkan peranannya dalam meningkatkan rohani si penculik dan penjenayah-penjenyah jurjana ini.

Jadi, apakah jalan penyelesaiannya??? Mungkin inilah salah satu faktor yang membangkitkan semangat para-para cerdik pandai ini untuk menentang kerajaan yang ada kini, mungkin mereka mula yakin bahawa perundangan cara Islam seperti hudud akan menyelesaikan masalah ini. Mari kita lihat apa kata cerdik pandai Barisan Nasional dalam satu majlis mengenai hukum hudud ini iaitu Dr. Mashitah "mengapa kita nak potong tangan orang-orang mencuri, mereka oran susah, orang-orang ini apabila kita taburkan kebaikan kepada mereka, mereka akan sedar dan jadi baik" menurut kata nya. Persoalannya kini, apa jenis kebaikan yang patut kita beri kepada penjenayah adik Nurin??? bagaimana pula wang negara yang disalah guna oleh orang-orang atasan iaitu orang senang dan bukan kalangan mereka yang fakir dan miskin. Adakah patut kita buat amal, dan gadaikan segala harta negara kepada orang-orang atasan ini dengan harapan yang mereka akan menjadi baik???

sama-samalah kita jawab segala PERSOALAN ini.......

Wednesday, February 27, 2008

Piliharaya ke-12: kembali kepada Islam

Piliharaya ke-12: kembali kepada Islam

Jika pada zaman Rasulullah, umat Islam perlu berjihad untuk menegakkan negara Islam, untuk mengagungkan Islam di atas muka bumi Allah, tetapi kita kini, pada piliharaya ini lah tempat untuk kita kembali menegakkan Islam di Malaysia atas muka bumi Allah ini. pada medan pilihanraya inilah medan untuk kita menentukan kedudukan Islam di Malaysia pada masa akan datang, pada pilihanraya inilah utk kita kembali mengagungkan Al-quran dan Sunnah di negara Malaysia....

mungkin pada sesetengah individu hanya mengangap piliharaya hanyalah permainan politik yang perlu kita pilih dalam jangka masa lima tahun sekali, tetapi dengan undian kita itulah bakal menentukan hala tuju pimpinan negara yang akan menentukan kedudukan Islam di Malaysia. mungkin ada pula yg berkata tiada apa dengan suatu undian dari individu tersebut, tetapi ingatlah akan kita bila bertemu Allah ta'ala, akan disoal kita mengenai setiap perkara yg kita lakukan di atas muka buminya dan apakah yg kita sumbang kepada agama NYA....

Inilah masa untuk kita menyumbang kepada agama NYA, inilah masa untuk kita kembali meletakkan Islam pada tempatnya, inilah masa untuk kembali pada Al-Quran dan Sunnah, dan mengagungkan Islam kembali di tanah melayu setelah kian lama merdeka, tetapi masih dijajah dari segi perundangan baratnya, setelah sekian lama merdeka tetapi masih dijajah dari segi pemikiran sekular baratnya....

marilah kita kembali kepada Islam, jangan kita terpengaruh dengan golongan yang cuba mempergunakan nama Islam dengan laungkan "kita negara Islam" tetapi perundangan nya berqiblatkan barat, "kita negara Islam" arak dan judi berleluasa merata-rata, "kita negara Islam" pimpinan wanita Islam negara sendiri pun tidak mengamalakan Islam pada pakaiannya, "kita negara Islam" artis2 yg melakukan maksiat di agungkan, ulamak2 pewaris nabi pula, di matikan peranannya dalam negara, bahkan apabila ulamak2 ini bersuara di humbannya ke dalam undang "ISA" ciptaan mereka....

cukuplah pelbaga musibah yg kita terima dari kes2 jenanyah adik Nurin dan adik Sharlinie yg masih belum ditemui lagi, kes2 rasuah jenanyah pimpinan negara dan kes2 menghina
hukum Allah Ta'ala. kembalilah kepada Islam dalam mengatasi setiap masalah ini, kembalilah kepada Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.

Marilah kita kembali pada Islam, tentukan pimpinan negara yg mahu mengamalkan Islam, yg ingin melaksanakan syariat Islam, dan ingin kembali kepada Al-Quran dan Sunnah. jangan kita takut dengan setiap ugutan atau sebarang ancaman untuk menegakkan kebenaran, kerana nescaya Allah akan bersama orang2 yang benar, tetapi takutlah kita apabila menyembunyikan kebenaran malah menentang kebenaran, kerana nescaya bala Allah akan dekat dengan kita....

"Islam The Way Of Life"

Template by:
Free Blog Templates