Pagi pukul 4.00 ke 5.00a.m pagi, seperti biasa abah bangun pagi berwuduk sambil melihat keperluan anak istimewanya, Azhar yang lumpuh. Kadang-kadang azhar yang mengejutkan abah dengan seruan mintak air atau gatal belakang badan. Abah bangun, selesai urusan yang di perlukan, tunaikan solat sunat. Dalam solat sunatnya, doa terhadap azhar agar kembali sembuh tak pernah putus, tidak lupa juga doa kepada anak sulung nya Dr. Azwan, kemudian satu-satunya anak perempuanya Cikgu Azlina, dan anak bongsunya Azman. Doa untuk anak2nya tak pernah putus. Seusai solat sunat, abah seperti hari-hari lain, segera mencapai motor kapcai kriss nya untuk ke masjid menunaikan solat subuh berjemaah. Selesai keperluan solat jumaah, abah meneruskan rutin biasanya untuk berdoa sendirian, tetapi hari ini doa abah panjang dari hari biasa, segala pengharapan terhadap yang maha Esa dipohon dengan penuh kusyuk lebih dari hari kebiasaan. Doa untuk dirinya dan keluarga, terhadap Azhar dan semua kejayaan anak2 yang lain, didoa dengan penuh kusyuk. Kemudian abah bergerak mencapai kapcainya untuk pulang ke rumah. Selalunya abah sarapan di kedai kopi zaini sambil berbual-kabar dan bergurau bersama sahabat2 kampung felda Chuping. Selalu juga abah belanja sahabat2 nya yang minum bersamanya.
Pulang ke rumah, andai ada keperluan azhar, disegerakan keperluan Azhar, andai lapar di beri makan, andai kotor dibersihkannya, andai dahaga diberinya minum. Seperti hari-hari lain, tanaman sekeliling rumah, abah menjadi rutin harian abah, berbudi dengan tanaman atay berbudi dengan alam. Penat lelah selesai rutin rumah, kucing2 pula diberi makan andai perlu. Selesai semuanya, 4 sept 2019, hari yg abah temujanji ubat untuk Azhar di klinik Ge. Disiapkan diri secukupnya, dicapainya helmet, hidupkan pula enjin kapcai kriss nya. Pada usia 72 tahun, abah masih menguruskan segala keperluan Azhar dan dirinya sendiri, walaupun seringkali diberi pesan oleh anak sulungnya agar, segala urusan ubat dan lain-lain keperluan keluar dari kampung tak perlu abah uruskan, kerna abah mempunyai penyakit kencing manis. Azwan berpesan dia akan lakukan urusan itu kemudian. Tapi bagi abah, Azhar adalah urusannya, tanggungjawabnya sebolehnya mahu diuruskan sendiri.
Sempat abah bertegur sapa dengan jiran kak rahana, di pesannya andai dia lambat pulan mintak tolong di beri makan Azhar anaknya. Sesuatu yang tidak pernah abah pesan, tidak pernah abah berpesan pada orang lain untuk diuruskan Azhar, kecuali kepada anak2nya yang lain. Dengan sedikit keletihan atas segala urusan pagi abah bergerak ke klinik Ge. Seperti sediakala juga di klinik Ge, sempat juga abah bertegur sapa dengan staf dan orang2 sakit di klinik. Seusai urusan, abah bergegas pulang dengan motor krissnya. Dalam sedikit keletihan, abah dalam keaadaan separa sedar, kerna 15Km perjalanan dari rumah ke klinik bagai rutin yang selalu abah tempuh setiap sebulan sekali kadang lebih mengikut keperluan Azhar atau kadang dirinya yang berpenyakit kencing manis. Tapi hari ini, perjalanan separa sedar abah sidikit terganggu dengan keletihan, dan abah terlepas dari simpang yang sepatutnya abah belok. Sesedarnya dirinya telah lebih hampir 500m dari simpang itu, dengan keadaan yang agak terganggu dan di toleh sisi cerminnya bagai tiada orang di belakang dan jalan bertentangan yang kosong, abah segera belok. Tetapi ternyata cermin sisi tak membantu untuk melihat, sebuah motorsikal yang laju hampir di belakangnya, atau apa yg selalu digelarkan 'blind side'. Motor ini laju, dan melanggar abah. Dan Allah menjemput abah dengan kemalangan ini atau ini adalah janji Allah untuk penutup kepada perjalanan abah. Ini adalah perjalanan akhir abah, perjalanan orang biasa pada sisi pandangan kebanyakan orang, tetapi bagi anaknya ini adalah perjalanan akhir seorang bapa dan pejuang dalam setiap isi hidup perjalanannya, perjalanan akhir kisah abah luar biasa.