Thursday, May 7, 2009

ujian dan kejayaan


pagi ni aku bersama sahabat-sahabat aku pergi menonton perlawanan bola sepak di kedai mamak, antara chelsea vs barcalona. dan keputusan dari perlawanan ini ialah chelsea kalah dengan jaringan pada minit-minit akhir perlawanan, dan ramailah penyokong chelsea yang berduka cita dengan keputusan perlawanan tersebut. semasa dalam perjalanan balik, ramai lah yang menyebut pelawanan tersebut berat sebelah dan menyebelahi chelsea. ada yang berbunyi chelsea bermain dengan baik tapi di kalahkan oleh pengadil dan banyak lagi.

tapi apa yang aku ingin huraikan di sini bukan lah mengenai bola sepak yang menyebabkan orang ramai berduka cita ini, tapi apa yang boleh kita ambil dari perlawanan bola sepak ini ialah tentang kehidupan kita. seperti perlawanan bola sepak inilah kehidupan kita, lumrah kalah dan menang dalam kehidupan, kadang kala kita berusaha dan kita dapat apa yang kita hajati, dan kadang kala kita berusaha sekuat-kuatnya, tapi kita gagal dapat apa yang kita hajati. ini kerana ada kuasa yang menentukan segala sesuatu, kuasa yang berhak atas segala sesuatu.

kadang kala TUAN EMPUNYA mudahkan perjalanan hidup kita dengan penuh kejayaan dan kesukaan, tapi ada masa yang TUAN EMPUNYA uji kita dengan penuh kegagalan dan penuh dengan kedukacitaan walaupun kita di pihak yang benar walaupun kita di pihak yang kuat dan walaupun kita di pihak yang berusaha, maka di sinilah titik permulaan kita, andai kita berduka cita dan kecewa dengan dengan perjalanan dan kehidupan kita maka jatuh lah di kalangan orang yang yang semakin jauh dari TUAN EMPUNYA, tapi andai kita redha dan bersabar dengan kegagalan demi kegagalan, dan tunduk pada TUAN EMPUNYA maka kita orang yang akan mendapat rahmat dari NYA di hari pembalasan kelak, kerana kegaglan kita telah digantikan dengan kejayaan di sana.

dan sesungguhnya ALLAH itu MAHA ADIL walaupun kita tidak diadili di dunia, tapi kita pasti di adili di akhirat sana.....

0 comments:

Template by:
Free Blog Templates