Tuesday, April 21, 2009

Perkara tersirat dari larangan penggunaan perkataan Allah secara tebuka kepada orang bukan Islam

akhir2 ini banyak isu2 agama yang dibangkitkan, bermula dari penggunaan perkataan "Allah" sehinggalah isu orang bukan islam membaca Al-Quran di bangkitkan. saya tidaklah mahu berhujah mengenai perkara ini kerana kita mempunyai ulama' sebagai rujukan, jadi perkara ini boleh kita rujuk kepada ulama'2 kita. apa yang ingin saya huraikan adalah perkara tersirat dari pengharaman penggunaan perkataan Allah kepadaorang bukan Islam secara terbuka.

bila kita melihatkan kembali alasan yang diberikan oleh pihak berkuasa yang melarang penggunaan Allah terhadap orang kafir dengan menyatakan bimbang kerana remaja2 dan anak2 muslim bercelaru terhadap penggunaan perkataan Allah dalam kitab dan majalah agama kafir. ada logik dengan alasan yang diberikan berdasarkan kadar murtad yang menjadi2 dikalangan remaja2 islam pada masa kini. kita juga tidak perlu hairan dengan suasana ini kerana orang kafir sentiasa bekerja untuk agama mereka, tapi kita masih di takuk lama dari banyak sudut perjuangan.

tapi ada mesej yang tersirat dari alasan yang pihak berkuasa berikan. mesej yang mana remaja2 kita mudah terpengaruh dengan kitab dan majalah kafir ini. mesej inilah perkara yang perlu kita beri perhatian. mari kita sama2 rungkaikan mesej yang tersirat ini. kenapa remaja2 kita mudah terpengaruh dengan perkataan Allah dari kitab dan majalah kafir ini??? kenapa masyarakat kita mudah terpesong dengan situasi ini?? kenapa kita sering kali meragukan diri kita bila terbaca majalah2 yang menunjukkan perkataan Allah yang di kaitkan dengan agama kafir ini???

dan mesej mudah yang mungkin kita terlupa atau sahaja lupa yang tersirat dari persoalan ini adalah kerana remaja2 kita, kerana kita dan kerana orang2 Islam sendiri kurang keyakinan terhadap agama kita. dan kenapa terjadi keadaan ini?? jawapannya sangat mudah kerana umat Islam kita kurang didikan agama dan itulah sebab utama kenapa remaja2 dan umat Islam sendiri mudah terpengaruh dengan masalah ini. kita tidak perlu nak salahkan orang kafir kerana mereka bekerja untuk agama mereka, mereka sentiasa memperkukuhkan diri mereka dengan agama mereka, tapi persoalan yang timbul kenapa kita tidak mengukuhkan pegangan kita???

pihak berkuasa mengambil tindakan dengan mengharamkan penggunaan perkataan tuhan untuk semua manusia Allah secara terbuka untuk agama bukan Islam. mungkin mereka mengambil tindakan ini bagi melindungi bahawa kita umat yang lemah tapi kita lupa bahwa kita umat islam malaysia sebagai tentera yang lemah tanpa senjata dan berdepan dengan musuh yang sangat kuat dan ganas, tapi tiba2 kita melarang mereka menggunakan senjata, sedangkan kita lupa mereka masih musuh yang ganas walaupun tanpa senjata dan kita masih tentera yang lemah dan tiada senjata, jadi tiada bezanya dengan senjata atau tidak kerana mereka masih kuat dan kita masih lemah.

perkara yang lebih penting yang perlu pihak berkuasa laksanakan ialah dengan meningkatkan didikan agama dalam remaja2 kita dan masyarakat Islam kita, kerana ternyata didikan agama dan pegangan Islam yang diberikan oleh sistem pendidikan yang kita guna selama lebih 50 tahun kemerdekaan negara kita masih belum cukup ampuh untuk menangkis serangan dari orang kafir. sedangkan mereka sentiasa bergerak, dan kita masih menggunakan sistem pendidikan yang meminggirkan Islam dalam sistem pendidikan kita, yang mana pendidikan Islam hanyalah sebagai syarat dalam sambilan dalam pendidikan kebangsaan. tapi apa yang perlu kita tingkatkan ialah dengan meletakkan pendidikan Islam sebagai asas pendidikan terhadap semua sistem pendidikan dalam negara kita.

tingkatkan syiar pendidikan Islam dalam sistem pendidikan kita bukan sekadar pendidikan yang mementingkan kejayaan akdemik semata, dan bukan sistem pendidikan Islam yang diajar 3 jam seminggu yang semata-mata, tapi tanamkan pengajaran dan pembelajaran Al-quran, tafsir Al-Quran, Hadis, tauhid, sirah dan banyak lagi cabang2 ilmu Islam yang mana di amalkan di sekolah agama rakyat pada masa kini bagi mengukuh pegangan remaja2 kita. sistem inilah yang perlu kita tanamkan dalam sistem pendidikan kita, yang mana telah terbukti di zaman kegemilangan Islam yang lalu telah melahirkan ilmuan2 tersohor seperti ibnu sina seorang ibu kedoktoran tapi pada masa yang sama seorang yang alim dalam islam.

dan andai sistem ini dapat dilaksanakan, maka kita tidak perlu lagi bimbang dengan perkataan Allah dalam kitab atau majalah mereka kerana kita kenal Allah tuhan kita yang sebenar dan bukan seperti yang mereka duga.

sama-samalah kita renungkan...

0 comments:

Template by:
Free Blog Templates