Monday, March 23, 2009

Taqwa: kunci kemuliaan di sisi ALLAH

"Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang
yang paling taqwa diantara kamu"

perkara inilah paling susah untuk dijelaskan kepada semua orang, bahawa yang terbaik disisi Allah adalah yang paling bertakwa, bukan yang paling tinggi pangkat, bukan yang paling kaya, dan bukan-bukan semua yang lain-lain. inilah perkara yang paling susah untuk dijelaskan. dan aku juga sering terjerumus dalam kekeliruan ini.

Kita sering meletakkan kehormatan dan kepujian seseorang terhadap pangkat, terhadap kekayaan, dan taraf pendidikan seseorang. ramai orang yang mengejar ketinggian ini, kerana ingin mendapat kepujian dan kehormatan. dan bila seseorang tidak memenuhi syarat ini maka dia akan dipandang hina, dipandang tidak berguna sebagai seorang insan.

maka aku berada dalam golongan ini, golongan yang ramai ingin mengejar taraf pendidikan yang akan menjadi jambatan untuk mendapat pangkat dan menjadi ukuran untuk mendapt kekayaan dan menjadi tali leher unduk dipandang mulia dan terpuji. tapi hanya segolongan yang kecil ingin mencari ilmu, untuk menambah pengetahuan dan untuk berbakti dengan alam untuk mencari keredhaan dari TUAN empunya.

Mungkin inilah sebabnya lahir seorang pemimpin tapi pemimpin yang tidak adil, lahir seorang doktor tapi doktor yang tak amanah, lahir seorang enggineer tapi enggineer yang suka makan rasuah, lahir seorang pendidik tapi pendidik yang senang di herdik dan semua perkara ini akan membawa kita jauh dari TUAN empunya.

Inilah yang perlu kita tanamkan dalam pemikiran kita, siapa pun kita, walau dunia bawah pemerintahan kita, walau segunung tinggi harta kita, walau selaut luas ilmu kita, tiada guna andai tiada takwa untuk TUAN empunya, lebih mulia pula untuk peminta yang hina, walau hidup merempat jalanan, tiada mengerti apa jua, tapi takwa hanya untuk TUAN empunya.


sama-samalah kita renungkan

0 comments:

Template by:
Free Blog Templates