Saturday, February 28, 2009

sifat hamba yang ber jaya

Dibersihkannya kalbunya daripada sangkaan yang salah, dibersihkannya fikirannya daripada anganangan yang jahat. Diperjamkannya matanya daripada melihat kekejian. Ditulikannya telinganya daripada mendengar yang buruk-buruk. Dipeliharanya lidahnya daripada memperkatakan sesuatu yang berlawanan dengan kebenaran. Ia memilih mati kelaparan daripada diisinya perutnya dengan rezki yang haram. Ditahannya tangannya daripada berbuat zalim dan memperkosa hak orang lain. Ia tidak melangkahkan kakinya di jalan yang jahat. Ia tidak mahu menundukkan kepalanya di depan kebatilan meskipun ia disalibkan atau tubuhnya dikerat-kerat. Segala cita-cita dan hajatnya tidak dibawanya ke alam nyata dengan melalui jalan kejahatan, kezaliman dan permusuhan. Yang paling dimuliakannya ialah yang hak, berkata benar dan berlaku jujur. Ia tidak kedekut terhadap dirinya dan hartanya pada jalan yang hak. Dalam padanga nya, yang paling dimurkainya ialah kezaliman, dusta dan khianat. Ia tidak rela menggunakan sifat-silat ini dan ia tidak mahu memilih jalan ini disebabkan takut mudarat menimpa dirinya atau mengharapkan manfa’at bagi dirinya.

sumber: Asas-asas Islam - Abu’l A’la Al-Maududi

0 comments:

Template by:
Free Blog Templates