Monday, May 5, 2008

Ujian dari Allah dan Ujian dari manusia

Ujian dari manusia dan ujian dari Allah

Alhamdulillah selesai sudah akan dugaan dunia baru2 ini apabila saya menghadapi peperiksaan universiti seperti mana saudara2 lain2 yang turut sama menghadapi peperiksaan universiti dan peperiksaan2 lain. Dalam menghadapi tekanan ujian universiti ini, belbagai perkara telah membuatkan saya tersedar, bahawa sesungguhnya ujian peperiksaan universiti yang kita hadapi ini juga adalah merupakan ujian dari Allah Ta'ala kepada kita hamba NYA.....

Perperiksaan universiti ini sesungguhnya memerlukan kita masa yang lebih besar untuk mengulangkaji pelajaran, tetapi pada masa yang sama, sejauh mana pula kesibukan dan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah di muka bumi milik yang Maha Esa ini. Di masa inilah tempat untuk kita menguji iman dan cinta kita kepada Allah. Kerna bagi orang yang beriman dan cinta akan Allah Ta'ala, selama mana mereka menghadapi tekanan dan ujian semakin dekatlah mereka kepada Allah Ta'ala, kerna mereka yakin bahawa hanya Allah tempat untuk mengandungan hidup dalam apa perkara sekalipun.

Kerna kadang-kala ujian seperti ini juga boleh menjauhkan diri kita dari Allah Ta’ala, kerna mungkin dalam hati ini terdapat akan rasa sangsi terhadap penggantungan hidup kepada Allah Ta’ala. Mungkin juga sesetengah dari kita akan melambatkan solatnya kerna melebihkan ulangkajinya, mungkin juga akan terdapat dari kita yang tertinggal solat subuh kerna tidur lewat pada waktu malam kerna ulangkajinya, dan belbagai-bagai keadaan yang lain2 lagi....

Kadangkala dalam keadaan2 seperti ini, kita kerap tercicir dari ujian Allah ini kerna akal dan iman kita yang gagal membezakan antara “yang penting dan yang lebih penting”. Sesungguh dalam keadaan seperti inilah kita perlu meletakkan lebih sesuatu yang lebih dari sesuatu yang penting. Bukan lah saya menafikan seseorang untuk mengulangkaji pelajaran, tetapi biarlah bila mana kita sentiasa meletakkan “yang lebih penting” itu di hadapan dari “yang penting”.

Sesungguhnya mengulangkaji pelajaran itu adalah penting, tetapi solat dan amalan kita kepada Allah adalah lebih penting, benarlah menuntut ilmu itu penting, tetapi biarlah disaat kita dituntut untuk menghadap Allah kita lalaikan kerna alasan untuk mengulangkaji pelajaran dengan alasan untuk cemerlang dalam ujian. Biarlah medan ujian ini membuatkan kita untuk lebih bertafakur dan mengharap kepada Allah. Jadikanlah medan ujian ini untuk mengajarkan kita lebih untuk meletakkan pergantungan dan cinta kita kepada Allah Ta’ala dengan melakukan perkara sunat seperti tahajud dan perkara2 sunat yang lain. Sesungguhnya kita mungkin cemerlang apabila mendapat keputusan yang baik dalam ujian ini, tetapi terdapat cemerlang yang lebih tinggi disisi Allah apabila kita cemerlang memlihara iman kita.

Semoga ujian ini dapat mengingatkan untuk terus meningkatkan iman kita kepada Allah Ta’ala pada masa kini dan masa hadapan. Sama-samalah kita renungkan.....

0 comments:

Template by:
Free Blog Templates