Friday, May 16, 2008

doa supaya dipermudah segala urusan dan hajat


Kisah Dua Perjuangan Berbeza Zaman

Kisah Dua Perjuangan Berbeza Zaman

Baru2 ini seorang sahabat saya menghubungi dan mengadu kepada saya mengenai hati yang tidak tenang akibat di tinggalkan oleh kekasihnya, lalu dia meminta nasihat daripada saya untuk menenangkan hatinya, oleh kerana saya bukan pakar psikologi untuk menenangkan hati seseorang sepertinya, lalu saya meminta dia untuk solat dan minta petunjuk dari Allah dalam solat tersebut. Kemudian dia menghubungi saya lagi dan memberitahu bahawa hatinya masih tak tenang.... respon saya, memanglah kita bila susah baru ingin mencari Allah.... lalu saya menceritakan kisah dua perjuangan dalam memilih jalan hidup iaitu kisah dari novel iaitu kisah Uda & Dara dan kisah Sahabat Rasulullah iaitu kisah Saad Bin Muaz.

Kisah Uda dan Dara ini bermula apabila si uda amat berkenan hati dengan si dara kerana kecantikan dan kebaikan si dara ini, lalu si uda menyuruh keluarganya meminangkan si dara untuk dirinya. Kerana kebaikan dan kejujuran si uda, pinangannya telah diterima oleh keluarga si dara, maka sungguh gembiralah si dara kerana pinangannya telah diterima. Ketika masa peminangan menunggu hari untuk di ijabkabulkan, si uda ada terdengar berita akan seruan oleh oleh pejuang2 negara untuk membuat demontrasi membantah penubuhan Malayan Union oleh penjajah di pusat bandaraya negara. Oleh kerana semangat patriotiknya yang tinggi, si uda turut bertekad untuk menyertai dan bergerak ke ibu negara dan menghadapi ppelbagai rintangan dalam perjalanan tersebut. Maka dengan semangat petriotik yang tinggi si uda telah berjaya bersama puluhan ribu bangsa melayu membuat demontrasi membantah penubuhan Malayan Union oleh penjajah barat.

Sesudah habis demontrasi tersebut, si uda lalu pulang ke kampung halaman dari pusat banddaraya negara. Setelah sampai di kampung, si uda telah dikejutkan dengan pinangannya telah dikahwinkan dengan pemuda lain, kerana menyangka si uda telah melarikan diri dari berkahwin dengan si dara, kerana bimbangkan malu akan fitnah dari penduduk kampung, si dara telah dikahwinkan dengan pemuda lain. Lalu si uda yang sedih dengan peristiwa ini telah membawa diri untuk mencari kerja di Singapura. Di Singapura si uda mula berkerja dan berjinak-jinak dalam bidang penulisan dan berjaya menjadi karyawan terkenal di negara. Dan pada masa yang sama negara telah berjaya mencapai kemerdekaan sedikit sebanyak hasil dari demontrasi untuk membatalkan Malayan Union yang disertainya. Lalu dikenangkan kisah lalunya, kerana beliau menyertai demontrasi tersebut, maka kemerdekaan negara dapat diicapai, kerana beliau tidak berkahwin dengan si daralah beliau dapat menjadi karyawan terkenal di negara, kerana si uda telh memilih perjuangan yang betullah beliau berjaya hari ini, dalam satu rangkap dalam novel tersebut “rupanya masih ada perjuangan yang lebih penting dari perjuangan untuk membawa si dara ke ranjanag.....” perjunagn untuk memerdekakan negara Malaysia.....

Berbeza pula dengan kisah sahabat Rasulullah iaitu Saad Bin Muaz. Saad Bin Muaz adalah seorang hamba antara sahabat yang paling hitam pada masa itu, dibandingkan Saad dengan Bilal, Saad dikatakan jauh lebih hitam dari Bilal. Saad mula memeluk Islam ketika berumur 31 tahun dan Syahid pada umur 37, seorang yang tinggi iman. Ketika berhijrah ke Madinah beliau ingin untuk mendirikan rumah tangga lalu dipinangnya perempuan di Madinah, kerana kulitnya yang hitam pinangannya telah ditolak berkali-kali oleh wanita2 Madinah. Rasa kecewa dengan peristiwa ini lalu beliau mendatangi Rasulullah untuk mengadu, “wahai Rasulullah, adakah hinanya aku ini kerna kulitku yang hitam sehingga pinanganku ditolak berkali-kali” lalu Rasulullah bekata “jangan bimbang Saad, engkau adalah orang yang aku jamin” lalu Rasulullah memanggilkan sahabat2 yang lain untuk bertanyakan kepada meraka akan rumah seorang wanita yang terkenal dengan kecantikannya di Madinah. Lalu Rasulullah menyuruh sahabat2 tersebut membawa Saad untuk di pinangkan kepada Saad atas jaminan Rasulullah. Alangkah gembiranya Saad di saat itu kerana dirinya dijamin oleh Rasulullah untuk dikahwinkan dengan wanita yang cantik.

Maka Saad pun dibawa oleh sahabat2 kerumah wanita yang cantik di Madinah itu. Ketika sampai di rumah tersebut, lalu Saad dan sahabat2 di layan oleh bapa kepada wanita tersebut. Lalu sahabat2 yang lain menyampaikan hajat bahawa Saad telah dijamin oleh Rasulullah datang untuk meminangka anaknya yang cantik tersebut. Bapa wanita kemudian gembira kerana salah faham menyangka anaknya dipinang oleh Rasulullah. Oleh kerana Saad seorang yang jujur lalu dinyatakan maksud yang sebanar bahawa beliaulah yang ingin meminang wanita yang cantik tersebut. Bapa wanita tersebut kemudian bertukar menjadi marah kerana menghina Saad yang berkulit hitam ingin mengahwini anaknya yang cantik. Saad pun balik berjumpa dan mengadu kepada Rasulullah. Perempuan yang cantik ini kemudian menegur bapanya kerana menolak pinangan Saad kerana Saad adalah seorang yang di jamin oleh Rasulullah, dan ketentuan oleh Allah. Lalu bapa wanita pergi mengejar Saad dan meminta maaf dan menerima pinangan Saad di depan Rasulullah. Rasulullah lalu menanyakan Saad samada beliau memiliki wang. Kerana mengetahui bahawa Saad tiada wang untuk berkahwin maka disuruhnya untuk meminta wang kepada Abd Rahman, Usman dan Ali. Dan Rasullulah menyuruh Saad membeli kelengkapan untuk perkahwinannya.

Ketika sedang membeli keperluan untuk perkahwinan Saad terdengar seruan jihad dari Rasulullah “wahai pemuda2 Islam bersiap sedia segera kerna musuh sedang datang untuk menyerang kita”, lalu Saad menukar fikiran dengan membeli kelengkapan perang siap sedia dengan baju perisai dan kuda untuk berperang. Dan Saad dengan segera pergi berbaris paling hadapan dengan sahabat2 lain dengan siap berpakain perisai perang. Kerana baju perisai yang lengkap, Saad tidak dikenali oleh sahabat2 lain. Takdir Allah Saad telah syahid dalam peperangan tersebut, dan selepas perang jihad tersebut, sahabat2 terkejut kerna tidak menyangka orang yang berperisai lengkap tersebut adalah Saad, mereka sedih dan tidak menyangka kerana Saad sedang bersiap sedia untuk perkahwinannya. Berita syahidnya Saad ini segera disampaikan kepada Rasulullah dan Rasulullaj berkata “di saat kematian Saad bergegar arash Allah dan menangis para maklaikat di langit dan di bumi”. Saad Bin Muaz dimuliakan oleh Allah di saat kematiannya adalah seorang yang hanya 6 tahun jangka hayatnya dalam Islam. Tetapi apakah kita kini yang ketika balir telah pun Islam sehingga hari ini adalah Islam akan dimuliakan oleh Allah di saat kematian kita??

Kesimpulan dari dua kisah ini adalah mereka berjaya dalam hidup mereka kerana mereka memilih perjuangan yang lebih penting iaitu perjuangan untuk memartabatkan Islam dan memerdekakan negara di muka bumi Allah ini. Berbeza dengan kita hari ini, sentiasa dibuai oleh angan2 dan bakhil dengan Allah. kita sanggup menghabiskan berbual dengan “pasangan” atau “awek” yang belum pasti sah atau tidak hubungan tersebut sehingga berjam-jam, tetapi kita solat untuk berjumpa Allah bagaikan kilat tidak sampai dua minit kerana kejarkan masa yang belum tentu akan datang...... kita sanggup habiskan kredit seminggu sepuluh ringgit untuk top-up hanset untuk sentiasa berhubung dengan orang tersayang, tapi kedekut apabila fakir miskin meminta sedekah atau bersedekah untuk masjid demi untuk menjaga hubungan kita dengan Allah........ kita sentiasa tepat masa dalam menonton segala rancangan tv yang kita minati, tetapi sentiasa kita lambatkan janji solat kita dengan Allah walaupun setelah lama masuk waktunya..... kita sanggup membuat puluhan ayat2 indah merayu untuk orang tersayang jika orang tersayang merajuk, tetapi kedekut untuk mengeluarkan ayat rayuan memohon pengampunan kepada Allah atas segala dosa yang kita lakukan dalam hidup ini....... inilah antara punca kelemahan Islam masa kini, kerana kita lebih cintakan dunia dari cintakan Allah kerana kurangnya penghayatan kita terhadap agama Islam kita sendiri. Kita sentiasa menjaga sesuatu yang penting, tetapi kita juga sentiasa lupa akan sesuatu yang lebih penting. Benarlah akan hadis Rasulullah Mafhumnya:

““berjayanya generasi awal (zaman Rasulullah dan sahabat) adalah kerana

mereka menyakini Islam sepenuhnya dan zuhud dengan dunia. Dan binasanya

generasi akhir disebabkan bakhil (berkira dengan Allah Ta’ala) dan panjang

akan angan2nya”

Renung-renungkanlah......

Wallahu a'lam.

Monday, May 5, 2008

sebuah permulaan bagi sebuah perjuangan (http://mindaulama.blogspot.com/)



28. Dan demikian (pula) di antara manusia, binatang-binatang melata dan binatang-binatang ternak ada yang bermacam-macam warnanya (dan jenisnya). Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama[1258]. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun. (surah Faathir- ayat 28)

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam yang memberi kekuatan untuk aku berbakti dalam perjuangan ini. Hanyalah ENGKAU tujuan hidup kami Ya ALLAH dan hanyalah kepada ENGKAU kami mengharap untuk kembali Ya ALLAH, dan semoga laman dan ruangan yang kecil ini dapat memberi sedikit sumbangan kepada perjuangan dalam menegakkan kembali ISLAM di atas muka bumimu Ya ALLAH.

-minda ulama'- (http://mindaulama.blogspot.com/) nama diberi kepada laman dan ruangan ini, adalah untuk himpunan pendapat2 dan idea2 ulama' di Malaysia yang sentiasa bersuara demi menegakkan syiar Islam di Malaysia, ulama' ini tiada lelah dan sangsi dalam dalam perjuangan ini kerna tanggungjawab terhadap Ilahi dan cinta akan Nabi, bukan duniawi yang mereka cari, tapi keredhaan akan Ilahi.

Semoga laman ini dapat memberi manfaat kepada iman diri ini dan kepada semua yang sudi melawati...... bacalah tulisan dan pandangan ulama'2 ini, fikirlah dengan akal dipandukan iman, dan dan jangan kita fikir berpandukan nafsu, fikirlah sebagai seorang Islam, dan fikirlah sebagai seorang hamba ALLAH.

Wallahu a'lam.


doa supaya mencukupkan keperluan diri dan keluarga


Ujian dari Allah dan Ujian dari manusia

Ujian dari manusia dan ujian dari Allah

Alhamdulillah selesai sudah akan dugaan dunia baru2 ini apabila saya menghadapi peperiksaan universiti seperti mana saudara2 lain2 yang turut sama menghadapi peperiksaan universiti dan peperiksaan2 lain. Dalam menghadapi tekanan ujian universiti ini, belbagai perkara telah membuatkan saya tersedar, bahawa sesungguhnya ujian peperiksaan universiti yang kita hadapi ini juga adalah merupakan ujian dari Allah Ta'ala kepada kita hamba NYA.....

Perperiksaan universiti ini sesungguhnya memerlukan kita masa yang lebih besar untuk mengulangkaji pelajaran, tetapi pada masa yang sama, sejauh mana pula kesibukan dan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah di muka bumi milik yang Maha Esa ini. Di masa inilah tempat untuk kita menguji iman dan cinta kita kepada Allah. Kerna bagi orang yang beriman dan cinta akan Allah Ta'ala, selama mana mereka menghadapi tekanan dan ujian semakin dekatlah mereka kepada Allah Ta'ala, kerna mereka yakin bahawa hanya Allah tempat untuk mengandungan hidup dalam apa perkara sekalipun.

Kerna kadang-kala ujian seperti ini juga boleh menjauhkan diri kita dari Allah Ta’ala, kerna mungkin dalam hati ini terdapat akan rasa sangsi terhadap penggantungan hidup kepada Allah Ta’ala. Mungkin juga sesetengah dari kita akan melambatkan solatnya kerna melebihkan ulangkajinya, mungkin juga akan terdapat dari kita yang tertinggal solat subuh kerna tidur lewat pada waktu malam kerna ulangkajinya, dan belbagai-bagai keadaan yang lain2 lagi....

Kadangkala dalam keadaan2 seperti ini, kita kerap tercicir dari ujian Allah ini kerna akal dan iman kita yang gagal membezakan antara “yang penting dan yang lebih penting”. Sesungguh dalam keadaan seperti inilah kita perlu meletakkan lebih sesuatu yang lebih dari sesuatu yang penting. Bukan lah saya menafikan seseorang untuk mengulangkaji pelajaran, tetapi biarlah bila mana kita sentiasa meletakkan “yang lebih penting” itu di hadapan dari “yang penting”.

Sesungguhnya mengulangkaji pelajaran itu adalah penting, tetapi solat dan amalan kita kepada Allah adalah lebih penting, benarlah menuntut ilmu itu penting, tetapi biarlah disaat kita dituntut untuk menghadap Allah kita lalaikan kerna alasan untuk mengulangkaji pelajaran dengan alasan untuk cemerlang dalam ujian. Biarlah medan ujian ini membuatkan kita untuk lebih bertafakur dan mengharap kepada Allah. Jadikanlah medan ujian ini untuk mengajarkan kita lebih untuk meletakkan pergantungan dan cinta kita kepada Allah Ta’ala dengan melakukan perkara sunat seperti tahajud dan perkara2 sunat yang lain. Sesungguhnya kita mungkin cemerlang apabila mendapat keputusan yang baik dalam ujian ini, tetapi terdapat cemerlang yang lebih tinggi disisi Allah apabila kita cemerlang memlihara iman kita.

Semoga ujian ini dapat mengingatkan untuk terus meningkatkan iman kita kepada Allah Ta’ala pada masa kini dan masa hadapan. Sama-samalah kita renungkan.....

Template by:
Free Blog Templates